kewajipan mendokong pas

Hukum mendokong PAS ke atas umat Islam di Malaysia adalah WAJIB.Ini kerana PAS merupakan sebuah Jemaah yang mempunyai ciri-ciri sebuah jemaah Islam.Hal ini sabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah :

- Al-maidah : 2 , yang bermaksud:

“ dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan “

- Ali Imran : 104 ,yang bermaksud :

“ Hendaklah ada satu golongan dari kamu yang menyeru kearah kebaikan dan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan “

- Hadis riwayat bukhari :
“ bersamalah kamu dengan jemaah umat Islam dan Kepimpinan Mereka “

- “ hendaklah kamu menolong saudaramu samaada yang menzalimi atau yang dizalimi.Maka ditanya “ wahai Rasulullah SAW ,pasti akau menolongnya jika dia dizalimi,tapi bagaimana pula aku menolong orang yang menzalimi.lalu bersabda Rasulullah SAW “ tegahlah dia daripada melakukan kezaliman maka itulah pertolongan kamu padanya “ al-hadis.

Banyak lagi nas daripada Al-Quran dan Sunnah yang menunjukkan kewajipan mendokong gerakan Islam. Perlu difahami bahawa beberapa Qarinah yang terdapat di dalam nas-nas tersebut yang mengisbatkan makna Wajib.Qarinah-qarinah itu adalah :

- Semua nas di atas datang dengan ‘ sighah Amr ‘ ,menurut kaedah usul fiqh :
الامر يدل على الوجوب ما لم تكن قرينة على خلافه
Sigah Amr itu menunjukkan makna wajib selagi tidak ada dalil lain yang mengubahnya ‘

- Dalam surah al-Imran : 104 , pendapat setengah ulama’ bahawa kalimah من di dalam ayat tersebut lebih tepat dengan makna ‘ Tabyiniah ‘ daripada makna ‘tabidiah‘.Mafhum ayat tersebut ialah mendokong gerakan dakwah adalah wajib kepada setiap rakyat Malaysia yang Muslim,dan bukannya fardhu kifayah sebagaimana yang difahami.Ini bertepatan dengan tuntutan dan suasana semasa.

- Perbahasan makna hadis تلزم جماعة المسلمين وامامهم di mana Imam Syafaie di dalam Ar-Risalah menyatakan bahawa maksud jemaah Muslimin ialah jemaah Islam yang paling Dahulu ( mula-mula diwujudkan di tempat tersebut : penterjemah ).Imam Badruddin Al-Aini menaqalkan beberapa pendapat ulama’ dalam ,عمدة القاري antara nya kata setengah ulama’ yang dimaksudkan dengan jemaah Muslimin itu ialah Jemaah yang paling ramai.Pendapat lain pula ,iaitu Jemaah golongan ulama’.Ada yang menyatakan iaitu mana-mana jemaah umat Islam yang berhimpun bertujuan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan Islam yang wajib.Semua pendapat ulama’ yang di utarakan di atas bertepatan dengan gerakan PAS.

Adapun di antara cirri-ciri sebuah jemaah Islam ialah :

a- Berdakwah ke arah kebaikan
b- menyuruh kepada yang maaruf
c- menegah kemungkaran

Perlu diketahui juga beberapa kaedah dalam melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar iaitu:

a ) Terlebih dahulu mestilah mengubahnya dengan tangan .Sekiranya tidak mampu,mengubahnya dengan perkataan.sekiranya tidak mampu,barulah dengan hati.Pada asalnya mengubah dengan tangan itu adalah ‘ azimah ‘ yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim melainkan ketika wujudkan ‘ illah’( sebab ) iaitu tidak mampu,maka ketika itu barulah diizinkan mengambil rukhsah.Hal ini disebut di dalam hadis sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud :
“ sesiapa dari kamu yang melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan ,dan jika dia tidak mampu,hendaklah mengubahnya dengan perkataan dan jika tidak mampu ,hendaklah mengubahnya dengan hati,yang demikian itu selemah-lemah iman “

b ) Para ulama’ berpendapat bahawa sememangnya di dalam mencegah kemungkaran dengan tangan mestilah mempunyai kuasa.Tidak mungkin boleh dilaksanakan tanpa kuasa.Oleh itu,memperolehi kuasa adalah wajib berdasarkan kaedah fiqh :
ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
“ Perkara yang tidak sempurna wajibnya itu melainkan dengannya,maka hukumnya wajib "

Sumber: http://kebangkitan-pemuda.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment