NAZAR NAK TUMBANGKAN SEekor kambing

Pada 5 syawal yang lalu seekor kambing telah ditumbangkan bagi menyempurnakan nazar yang lalu. Dalam Islam nazar membawa erti janji melakukan kebaikan secara khusus. Maaf agak terlewat untuk post ini kerana banyak perkara-perkara lain yang patut didahulukan.



Dalam kitab suci Allah s.w.t ada berfirman dalam surah (al-Hajj: 29) bermaksud:



Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya



Segala perjalan dan perlaksanaan berjalan lancar sebagimana yang telah dirancang. Ustaz Mursyid sebagai wakili menguruskan pembelian kambing dengan ammu arab dan dibantu oleh Ustaz Sobri kerana pada waktu itu saya masih di Kaherah. Mengikut maklumat dari mereka saiz kambing tersebut agak biasa, tidak besar sangat (tak sempat tengok, tengok daging yang dah masak) berharga dalam L.E 650 lebih kurang. Tukang sembelih pula tiada orang lain dikalangan pelajar malaysia di bumi zaqaziq ini iaitu ustaz Mumtaz.



Mengikut kata para ulama, orang yang bernazar tidak boleh memakan daging kambing yang dinazarkan itu. Maka dengan itulah kambing tersebut disumbangkan kepada DPMZ untuk buat kenduri bersama-sama ahli DPMZ bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri diperingkat Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) pada tahun ini.

Para ulama telah membahagikan nazar kepada tiga jenis, Pertama ialah Nazar Lajjaj (keras Kepala). Nazar ini berlaku ketika dalam keadaan bertengkar atau bukan dalam keadaan biasa sebagai contoh “jika aku bercakap si fulan ni, maka dengan nama Allah aku akan berpuasa sebulan” orang yang bernazar ini hendak melaksanakan apa yang telah dinazarkan itu dan wajib mengeluarkan kifarah sumpah sebab dalam nazar tersebut orang tersebut ada bersumpah dengan nama Allah.


Manakala jenis yang kedua ialah al-Mujazat atau al-Mukafaat (ganjaran); mensyaratkan kewajipan sesuatu ibadat dengan tercapainya hajat atau kehendak orang yang bernazar tanpa sebarang asakan pertengkaran seperti lulus peperiksaan, sembuh dari penyakit, ditemui barang yang telah hilang dan sebagainya.


Jenis yang terakhir ialah Mutlak iaitu mewajibkan diri melakukan sesuatu ibadat tanpa terikat dengan perkara-perkara yang menguntungkan atau tercapai sesuatu kehendak dan juga tanpa dorongan marah dan permusuhan.


Alhamdulillah.. dah selesai satu nazar. Sebenarnya 2 perkara yang saya sendiri nazarkan yang pertama sembelih kambing dan yang kedua rasanya tidak perlu untuk dikongsi secara umum biarlah saya sempurnakannya nanti..



Wallahu a’lam…

0 comments:

Post a Comment