MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN PERSANDINGAN



SOALAN SAUDARI YANG BERTANYA SAYA MELALUI FACEBOOK

Assalamualaikum ustz rosdi...sy nak tumpang tanya dan minta pendapat...harap dapat membantu.

insya'allah sy akan melangsungkan perkhawinan pada hujung tahun ni..sy nak tau apa pandangan ustaz tntg majlis khawen dan keadaan yg paling baik dalam sy nak memenuhi tuntutan syarak..

sy kurang arif dan mahukan pandangan yg boleh membantu. sebab pada pandangan sy ustaz rosdi agak kurang senang dengan cara majlis kawen yg diadakan mengikut budaya melayu skarang ni.. dan sy cuba utk buat yg terbaik..bimbang jugak dalam nak mendapatkan keredhaan dan keberkatan allah dalam kehidupan rumah tangga tp permulaanya pulak yg xmengikut syariat..

"sy budak yang nak belajar"

JAWAPAN:

wa'alaikumussalam.. sbnarnya sy xde pengalaman lagi ni.. tp xpe sekadar berkongsi maklumat..

Nabi saw bersabda " aklinuu nikah waj’aluhu fi masajid wadhrabud duff" maksudnya: hebahkan atau iklankan perkahwinan kamu dan langsungkannya di masjid dan palu lah kompan.

kefahaman daripada hadis ini menunjukkan bahawa islam menyuruh kita supaya menghebahkan perkahwin kepada seluruh masyarakat supaya tidak timbul fitnah. Andai kata perkahwinan itu dilangsungkan secara senyap2 maka akan bnyaklah fitnah dan cakap2 yang tidak menyenangkan akan kedengaran.

Kebiasaan majlis akad dilangsungkan di masjid supaya ia diketahui umum dan pada masa untuk meraih keberkatan masjid sebagai tempat yang suci.

Namun dalam untuk menghebahkan perkahwinan ini mestilah kita mengikut saluran2 yg telah ditetapkan oleh sayarak

Dalam majlis kenduri kahwin diharuskan memalu kompan atau gendang rebana. Setengah pendapat ulama mengatakan haram menyanyi pada majlis kahwin itu.

Di dalam kitab Al-Irsyad mengatakan tidak haram bertepuk tangan dan bersilat pada majlis kenduri kahwin tersebut kecuali menari.

MASALAH YANG PERLU DIJAGA KETIKA INGIN MENGADAKAN MAJLIS PERSANDINGAN

MENJAGA KESUCIAN MASJID (jika dilansungkan di masjid):

· Paluan kompan atau nasyid hendaklah dibuat diluar masjid. Elakkan dari hiburan yg melampau

· Menjaga batas-batas pergaulan lelaki & perempuan

· Mestilah menutut aurat

PERHIASAN:

· Perhiasan wanita bukan untuk dipertontonkan kepada umum: selalu kita lihat majlis perkahwinan si pengantin dipakai dengan pelbagai perhiasan, make-up, gincu, wangi-wangian dan sebagainya. Dalam islam perhiasan wanita hanya boleh dipertontonkan kpd si suami sahaja. Di sini bukan bermaksud pada majlis perkahwinan itu si pengantin itu mesti berpakaian buruk, kusut masai dan sebagainya. Tetapi hendaklah bersederhana (menutup aurat, tiada make-up yg berlebih2an dan tidak membazir contohnya baju pengatin empat lima pasang.

KEPADA SIAPA PASANGAN BOLEH DIPERTONTON ATAU DIPERSANDINGKAN?

· dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja. Rujuk item dibawah (Siapakah Mahram itu)

· Tidak boleh (HARAM) pasangan mempelai menayang atau memperagakan apa saja samada kecantikan, keangungan, kejelitaan kepada mereka-mereka yg tidak dinyatakan dlm senarai di atas

- jika dikhuatir tidak dapat mengawal keadaan orang ramai yang hadir sebaiknya tak perlu bersanding.

ALASAN-ALASAN SENGAJA DIREKA UNTUK MEMBOLEHKAN PERSANDINGAN

· Sekali seumur hidup

· Anak tok iman pun buat jgak

· Ikut trend sekarang

· Lepas ni boleh bertaubat

· Pihak sebelah sana yang beria-ia nak buat

HARAM PERGI KEMAJLIS KAHWIN YANG ADA CIRI-CIRI BERIKUT:

· Makanan yang disediakan ada unsur2 syubhat

· Jemputan yang besifat pilih bulu (orang kaya sahaja yang dijemput)

· Ada musuh dan menyebabkan orang terasa hati dengan sebab kehadiranya

· Tempat kenduri itu tidak layak bagi seorang muslim

· Orang yang menjemput itu kerana takut kebenciannya

· Mengajak orang ramai ke tempat kenduri supaya mereka bermegah-megah dengannya

· Mengajak supaya orang ramai menyokong kemungkaran

· Tedapay dalam majlis tersebut jamuan arak dan permainan dan ada hamparan sutera dan bekas minum yang disediakan diperbuat daripada emas dan perak

Berselisih ulamak pada meletakkan hukum mengadakan majlis walimatul urus itu. Ada ulama menfatwakan wajib, fardhu kifayah dan ada yang mengatakan sunat. Walaubagaimana pun Nabi saw menyuruh sahabat2 baginda mengadakan kenduri pengantin walaupun dengan sekadar menyembelih seekor biri-biri.

BESAR ATAU KECIL MAJLIS KAHWIN ITU

Timbul persoalan hendak buat kenduri itu secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Sebetulnya majlis kenduri itu besar atau kecil tidaklah ditentu oleh syarak. Kerana baginda sendiri membuat beberapa kenduri kahwin adakala besar (Zainab binti Jahsyi) adakalanya baginda membuat secara kecilan (Sofiyyah).

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENGADAKAN MAJLIS WALIMATUL URUS ITU

Berkata Ibnu al-Hajjab dari mazhab Maliki ialah selepas berlaku persetubuhan antara pasangan. berkata Syeikh Khalil dalam at-Toidheh disunatkan mengadakan majlis walimatul urus terlebih dahulu sebelum pasangan suami isteri melakukan jimak. Berkata al-Lukhmi boleh belaka sebelum atau pun selepas daripada berlaku persetubuhan.

Berkata Ibn Yunus disunatkan membuat majlis walimatul urus itu pada hari akad nikah. Berkata pula al-Baji antara pendapat yang terpilih ialah pada hari yang sama (akad, walimatul urus dan jimak).

Bagi pendapat Ibn Habib pula ialah setelah beberapa hari berlaku majlis akad nikah. Maka terpulanglah kepada kita hendak meletakkan bila waktunya untuk mengadakan majlis walimatul urus.

SIAPAKAH MAHRAM ITU (diambil dari web: http://al-atsariyyah.com )

Adapun ketentuan siapa yang mahram dan yang bukan mahram telah dijelaskan dalam Al-Qur'an Surah An-Nisa ayat 23,

"Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari

saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu istrimu (mertua), anak-anak istrimu yang dalam pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya, (dan diharamkan bagimu) istri-istri anak-anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuai yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (An-Nisa: 32).

Di dalam ayat ini disebutkan beberapa orang mahram yaitu:

Pertama: Ummahatukum (ibu-ibu kalian). Ibu dalam bahasa arab ertinya setiap yang nasab lahirmu kembali kepadanya. Defenisi ini akan mencakup:

1. Ibu yang melahirkanmu.

2. Nenekmu dari ayah maupun dari Ibumu.

3. Nenek ayahmu dari ayah maupun ibunya.

4. Nenek ibumu dari ayah maupun ibunya.

5. Moyang ayahmu dari ayah maupun ibunya.

6. Moyang ibumu dari ayah maupun ibunya.

7. dan seterusnya ke atas.

Kedua: Banatukum (anak-anak perempuan kalian). Anak perempuan dalam bahasa arab artinya setiap perempuan yang nisbah kelahirannya kembali kepadamu. Defenisi ini akan mencakup:

1. Anak perempuanmu.

2. Anak perempuan dari anak perempuanmu (cucu).

3. Anaknya cucu.

4. dan seterusnya ke bawah.

Ketiga: Akhwatukum (saudara-saudara perempuan kalian). Saudara perempuan ini meliputi :

1. Saudara perempuan seayah dan seibu.

2. Saudara perempuan seayah saja.

3. dan saudara perempuan seibu saja.

Keempat: `Ammatukum (saudara-saudara perempuan ayah kalian). Masuk dalam kategori saudara perempuan ayah :

1. Saudara perempuan ayah dari satu ayah dan ibu.

2. Saudara perempuan ayah dari satu ayah saja.

3. Saudara perempuan ayah dari satu ibu saja.

4. Masuk juga di dalamnya saudara-saudara perempuan datuk dari ayah maupun ibumu.

5. dan seterusnya ke atas.

Kelima: Khalatukum (saudara-saudara perempuan ibu kalian). Yang masuk dalam saudara perempuan ibu sama seperti yang masuk dalam saudara perempuan ayah iaitu :

1. Saudara perempuan ibu dari satu ayah dan ibu.

2. Saudara perempuan ibu dari satu ayah saja.

3. Saudara perempuan ibu dari satu ibu saja.

4.Saudara-saudara perempuan nenek dari ayah maupun ibumu.

5. dan seterusnya ke atas.

Keenam: Banatul akhi (anak-anak perempuan dari saudara laki-laki). Anak perempuan dari saudara laki-laki mencakup :

1. Anak perempuan dari saudara laki-laki satu ayah dan satu ibu.

2. Anak perempuan dari saudara laki-laki satu ayah saja.

3. Anak perempuan dari saudara laki-laki satu ibu saja.

4. Anak-anak perempuan dari anak perempuannya saudara laki-laki.

5. Cucu perempuan dari anak perempuannya saudara laki-laki.

6. dan seterusnya ke bawah.

Ketujuh: Banatul ukhti (anak-anak perempuan dari saudara perempuan). Ini sama dengan anak perempuan saudara laki-laki, iaitu meliputi :

1. Anak perempuan dari saudara perempuan satu ayah dan ibu.

2. Anak perempuan dari saudara perempuan satu ayah saja.

3. Anak perempuan dari saudara perempuan satu ibu saja.

4. Anak-anak perempuan dari anak perempuannya saudara perempuan,.

5. Cucu perempuan dari anak perempuannya saudara perempuan.

6. dan seterusnya ke bawah.

Catatan penting:

Tujuh yang tersebut di atas adalah mahram karena nasab. Sehingga kita boleh mengetahui bahwa ada empat orang yang BUKAN MAHRAM walaupun ada hubungan nasab, mereka itu adalah :

1. Anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ayah (sepupu).

2. Anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ibu (sepupu).

3. Anak-anak perempuan dari saudara perempuan ayah (sepupu).

4. Anak-anak perempuan dari saudara perempuan ibu (sepupu). Mereka ini bukanlah mahram dan boleh dinikahi.

Kelapan : Ummahatukum al-laati ardha'nakum (ibu-ibu yang menyusui kalian). Yang termasuk ibu susuan adalah :

1. Ibu susuan itu sendiri.

2. Ibunya ibu susuan.

3. Neneknya ibu susuan.

4. dan seterusnya keatas.

Catatan penting:

Kita melihat bahwa dalam ayat ini Ibu susuan dinyatakan sebagai mahram, sementara menurut ulama pemilik susu adalah suaminya karena sang suamilah yang menjadi sebab isterinya melahirkan sehingga mempunyai air susu. Maka disebutkannya ibu susuan sebagai mahram dalam ayat ini adalah merupakan peringatan bahwa sang suami adalah sebagai ayah bagi anak yang menyusu kepada isterinya. Dengan demikian anak-anak ayah dan ibu susuannya baik yang laki-laki maupun yang perempuan dianggap sebagai saudaranya (sesusuan), dan demikian pula halnya dengaan saudara-saudara dari ayah dan ibu susuannya baik yang laki-laki maupun yang perempuan dianggap sebagai paman dan bibinya. Karena itulah Nabi ? menetapkan di dalam hadits beliau yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary dan Imam

Muslim dari hadits `Aisyah dan Ibnu `Abbas –radhiyallahu `anhuma-, "Sesungguhnya menjadi mahram dari susuan apa-apa yang menjadi mahram dari nasab".

Kesembilan: Akhwatukum minar radha'ah (dan saudara-saudara perempuan kalian dari susuan). Yang termasuk dalam kategori saudara perempuan sesusuan adalah :

1. Perempuan yang kamu disusui oleh ibunya ( ibu kandung maupun ibu tiri).

2. Atau perempuan itu menyusu kepada ibumu.

3. Atau kamu dan perempuan itu sama-sama menyusu pada seorang perempuan yang bukan ibu kalian berdua.

4. Atau perempuan yang menyusu kepada istri yang lain dari suami ibu susuanmu.

Kesepuluh: Ummahatu nisa`ikum (dan ibu isteri-isteri kalian). Ibu isteri mencakup ibu dalam nasab dan seterusnya keatas dan ibu susuan dan seterusnya keatas. Mereka ini menjadi mahram bila/dengan terjadinya akad nikah antara kalian dengan anak perempuan mereka, walaupun belum bercampur.

Tidak ada perbedaan antara ibu dari nasab dan ibu susuan dalam kedudukan mereka sebagai mahram. Demikian pendapat jumhur ulama seperti Ibnu Mas'ud, Ibnu `Umar, Jabir dan Imran bin Husain dan juga pendapat kebanyakan para tabi'in dan pendapat Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Ashhab Ar-ro'y yang mana mereka berdalilkan dengan ayat ini, oleh karena itu kita tidak bisa menerima perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menyatakan bolehnya seorang lelaki menikah dengan ibu susuan isterinya dan saudara sesusuan istrinya. Wallahu A'lam.

Kesebelas: Anak-anak istrimu (Ar-Raba`ib) yang dalam pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya. Ayat ini menunjukkan bahwa Ar-Raba`ib adalah mahram. Dan menurut bahasa arab Ar-Raba`ib ini mencakup :

1. Anak-anak perempuan istrimu.

2. Anak-anak perempuan dari anak-anak istrimu ( cucu perempuannya istri).

3. Cucu perempuan dari anak-anak istrimu.

4. dan seterusnya ke bawah.

Tapi Ar-Raba`ib ini dalam ayat ini menjadi mahram dengan syarat apabila ibunya telah digauli adapun kalau ibunya diceraikan atau meninggal sebelum digauli oleh suaminya maka Ar-Raba`ib ini bukan mahram suami ibunya bahkan suami ibunya itu bisa menikahi dengannya. Dan ini merupakan pendapat Jumhur Ulama seperti Imam Malik, Ats-Tsaury, Al-Auza'y, Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan lain-lainnya. Hal ini berdasarkan dzhohir ayat di ayat, "Dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya." Adapun yang tersebut di ayat (Ar-Raba`ib yang dalam pemeliharaanmu) kata "dalam pemeliharaanmu" dalam ayat ini bukanlah sebagai syarat untuk dianggapnya Ar-Raba`ib itu sebagai mahram. Semua Ar-Rabaib baik yang dalam pemeliharaan maupun yang diluar pemeliharaan adalah mahram menurut pendapat jumhur ulama. Jadi kata "dalam pemeliharaanmu" hanya menunjukkan bahwa kebanyakan Ar-Raba`ib itu dalam pemeliharaan atau hanya menunjukkan dekatnya Ar-Raba`ib tersebut dengan ayahnya. Dengan demikian nampaklah hikmah kenapa Ar-Raba`ib menjadi mahram. Wallahu A'lam.

Keduabelas: Istri-istri anak-anak kandungmu (menantu). Ini meliputi :

1. Istri dari anak kalian.

2. Istri dari cucu kalian.

3. Istri dari anaknya cucu.

4. dan seterusnya kebawah baik dari nasab maupun sesusuan.

Mereka semua menjadi mahram setelah akad nikah dan tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama dalam hal ini.

SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN HARAP DITEGUR

2 comments:

bagaimana pulak hukum mmakai inai bagi lelaki masa kawin?sbb saya ada dgr video ust azhar idrus yg mngatakn haram pakai inai ni bagi lelaki..pdahal mmg da ramai sgt lelaki yg saya tgk pakai inai termasuk ust2..takkan la ust2 ni main bedal je kan,tak rujuk mana2..harap ust bleh jelaskan ya.syukran :)

 

insyaAllah nnti ana jelaskan di posting yg akn dtng.. insyaAllah..

 

Post a Comment