Wathiqah Silmi: Rakyat Mesir kembali ke Medan Tahrir..





Bermula jumaat lepas rakyat mesir kembali semula ke medan tahrir untuk menuntut supaya Wathiqah Silmi itu dibatalkan.



Wathiqah Silmi bermaksud Perjanjian Silmi. Silmi adalah nama Naib Presiden Mesir sekarang yang nama penuh beliau ialah Dr. Ali Silmi (gambar). Beliau adalah individu yang bertanggungjawab mencetuskan isu Wathiqah Silmi ini sehingga mengheret rakyat mesir sekali lagi turun ke Medan Tahrir.



Dr. Ali As-Silmi



Antara isi dalam perjanjian ‘Wathiqah Silmi’ tersebut ialah kuasa tentera merupakan kuasa tertinggi dan bukan parti politik yang memerintah yang diberi mandat oleh rakyat menjadi kuasa utama. Bermaksud mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya yang sedang berjalan sekarang ini tidak boleh memiliki kuasa sepenuhnya untuk menggubal mana-mana dasar kerana perjanjian ‘Wathiqah Silmi’ ini menetapkan kuasa tentera adalah kuasa mutlaq bagi Negara mesir.



Oleh yang demikian, semua ahli politik termasuk calon presiden turun berkumpul di Medan Tahrir mewakili parti masing menuntut pihak kerajaan sementara mesir membatalkan ‘Wathiqah Silmi’ ini.



Menurut laporan akhbar Huriyyah wa A’dalah bertarikh 21 Nov 2011 menyatakan semalam pihak tentera sendiri turun mengepung penunjuk perasaan yang menyebabkan 6 orang terkorban dan ribuan yang cedera.

Dr. Abdul Aziz yang bertugas di Mustasyfa Medan Tahrir bagi Parti Huriyyah wa A’dalah menjelaskan sekitar jam 5 petang semalam pihak polis tentera membuat kepungan mengejut dengan menggunakan gas pemedih mata dan senapang berpeluru getah. Beliau menambah sepanjang semalam seramai 2500 orang tercedera.



0 comments:

Post a Comment