2 Tok Guru Kesayangan Ummah

Akhir - akhir ini agak keterlaluan sikap sesetengah dikalangan kita .

Melalui blog , kenyataan akhbar , ucapan di tempat awam , meeting tidak rasmi kedai kopi dan sebagainya jelas kedengaran mereka mengutuk salah seorang dari 2 Tok Guru kesayangan ummah ini .

Kalau musuh yang berbuat demikian , tidaklah menghairankan saya tetapi sangat malang dan cukup menyedihkan apabila ianya dilakukan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka juga anggota gerakan Islam .

Ucapan mereka biadab , tingkah mereka kurang ajar , tanggapan mereka jahat , lidah mereka lancang dan perbincangan mereka langsung tidak beradab , dengan hilai tawa mereka perlekehkan ulama' kita . Saya sungguh sedih dengan perkembangan sebegini . [ bukanlah ulama' itu tidak boleh dikritik tetapi Islam adalah agama yang kaya dengan adab susila atau disiplin yang mesti dipatuhi .]

Tetapi , apabila saya mengamati susur galur penglibatan mereka dengan gerakan Islam ini ternyata mereka adalah seorang yang tidak komited dengan amal Islami dan mereka gagal mengambil sepenuhnya skima pentarbiyyahan daripada manhaj perjuangan parti ini .

Mungkin sebahagian mereka adalah pimpinan tetapi mereka memanjat tangga kepimpinan parti ini melalui populariti peribadi atau kelicikan politik , tidak melalui proses pentarbiyyahan fikrah dan spiritual yang mantap . Biasanya mereka ini sangat memandang jelek kepada aktiviti - aktiviti tarbiyah dan rimas untuk turut sama menyertai gerakkerja kerohanian parti .

Kesannya ialah kepada sikap dan akhlak mereka berjamaah . Mereka menyertai gerakan Islam ini dalam keadaan separa sedar . Antara keinginan untuk berjuang dengan membawa masaalah atau beban kepada jamaah .

Mereka juga gagal memahami disiplin berjamaah dan adab ikhtilaf . Tidak hairanlah apabila berlaku perbedaan pandangan antara 2 tok guru ini , mereka segera berpuak dan menganggapnya sebagai satu perbalahan . Walhal bagi mereka yang berilmu dan bertaqwa , khilaf adalah perkara yang telah berlaku sejak zaman para sahabat rhm dan mereka tanganinya dengan sisplin yang sangat tinggi tanpa meretakkan rasa hormat mereka kepada siapa jua yang berkhilaf dengan mereka .

Jika kita selalu membaca kitab - kitab feqh mahupun kitab - kitab Tayyarat Fikriyah , kita akan dapati khilaf yang begitu banyak dikalangan ulama' , tetapi mereka lalui pengalaman khilaf ini dengan aman berpaksi kepada nilai ilmiah yang bertanggungjawab dan amanah . Malah kita akan temui bagaimana antara satu sama lain mengungkap rasa kagum mereka terhadap ilmu dan taqwa orang yang berkhilaf dengan mereka .

Tiada cemuhan dan celaan melampau kecuali dalam sempadan akhlak dan disiplin yang dibenarkan seperti perbahasan dalam ilmu tajrih wa ta'dil .

Kejahilan turut menyumbang kepada fenomena ini . Biarpun mereka adalah anggota gerakan Islam , kejahilan akan mengheret mereka terjerumus dalam kancah perlecehan akhlak dan sikap sedemikian . Justeru itu , kejahilan dalam apa jua keadaan sekalipun mestilah dibasmi . Kita tidak boleh menerima pemimpin dan anggota gerakan Islam dibiarkan kekal dalam kejahilan . Pada saya kejahilanlah ibu kepada segala masaalah yang timbul .

Tuan Guru Nik Aziz yang saya kenali

Apa pun isu yang timbul , sepatutnya kita bersabar dan tidak segera menari dengan paluan gendang musuh untuk melaga - laga antara kita terutama 2 tok Guru kesayangan ummah ini .

2 Tok Guru ini adalah permata yang tiada tara nilainya kepada ummah . Sewajarnya kita support perjuangan mereka bukan melaga dan menjatuhkan mereka . Sebelum ini saya telah menceritakan sepintas lalu pengalaman juang bersama Tok Guru Hj Hadi yang cukup bagi menampakkan kepada kita betapa sebagai anggota gerakan Islam ini , kita tidak boleh terburu - buru berprasangka terhadapnya

Tiada bezanya nilai yang dimiliki oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Sejak awal sewaktu menuntut di madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh , saya selalu ke kelas Tok Guru Nik Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq di Pulau Melaka dan juga di Dewan Zul [ pejabat PAS ] Kota Bharu .

Saya membesar dengan didikan dan curahan ilmu Ayah Ziq selain guru - guru kesayangan saya yang lain seperti Al marhum Tuan Guru Atiqullah , Tok Guru Ayah Shim , Ustaz Bakar dan Ustaz Rahim di pondok .

Ayah Ziq memang seorang sangat genius dan istemewa. Hujjah dan ilmunya cukup menarik dalam setiap ulasan dan kupasan yang dipersembahkan kepada murid - muridnya . Selain dari hidupnya diabadikan kepada kepada ilmu Ayah Ziq juga mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam dan kukuh keiltizamannya sehingga kini .

Pernah sewaktu saya mengunjungi rumah Ayah Ziq seketika dulu , Ayah Ziq menceritakan pengalamannya sebagai ahli parlimen , seorang diri memandu jauh ke Kuala Lumpur dan seorang diri pula mewakili PAS dalam parlimen ketika itu . Ayah Ziq menghadapi segala fitnah dan tohmahan Barisan Nasional berseorangan di parlimen berbanding hari ini lebih 80 ahli parlimen yang siap menggempur UMNO dan BN .

Ayah Ziq kata , kadang - kadang ana menangis seorang diri ketika memandu mengenangkan penatnya badan dan letihnya jasad mengharungi perjuangan yang sukar dan getir ini . sampai di rumah lewat - lewat malam atau awal pagi selepas memenuhi undangan ceramah di serata negara .

Dulu pastinya tidak seperti sekarang . Apabila kita sampai ke tempat ceramah , kita akan disambut meriah bagai hero atau wira . Dulu kata Ayah Ziq , terkadang orang tak jamu nasi pun , lepas ceramah balik sampai ke rumah lewat malam , isteri pun sudah tidur , masuk ke dapur tidak ada makanan lalu tidur dengan perut lapar dan mengalir air mata sementara ia belum lelap .

Begitulah antara cebisan cerita Ayah Ziq kepada saya [ yang masih segar dan mekar dalam ingatan ] semasa saya mengunjungi Ayah Ziq di rumahnya lebih 18 tahun yang lalu .

Saya cukup menghayati kisah itu kerana saya yang dhaif ini pun cuba meletakkan diri dilandasan perjuangan seperti Ayah Ziq dan saya mula aktif bersama PAS malah mula berceramah sejak usia saya 18 tahun .

Ayah Ziq seorang pejuang yang wara' dan zuhud pula sangat menekuni ibadah . Memandang wajahnya dalam - dalam , membuatkan jiwa kita hidup dan segera insaf atas kealpaan diri . Betapa kalau Ayah Ziq mengungkap kata - kata . Cukup indah dan tinggi nilai hikmahnya . Peribadi Ayah Ziq membuatkan UMNO dan BN lumpuh khas di Kelantan .

Ayah Ziq juga suka menyantuni tok - tok guru yang lain termasuk Ayah Chik yang dianggap tok guru sezaman dengannya . Ayah Ziq pernah menemplak mereka yang memperkecilkan Ayah Chik . Ayah Chik disebut sebagai seorang ulama' besar , lidahnya fasih dan ilmunya tinggi , nak cari seorang sepertinya di Malaysia hari ini tak akan kita temui ... demikianlah kata Ayah Ziq yang masih saya ingat .

Saya percaya , 2 Tok Guru ini sangat ikhlas dalam perjuangan mereka bahkan antara mereka berdua sangat rapat dan saling memahami manhaj perjuangan yang didokong . Tidak mungkin mereka boleh bertelagah . Khilaf mereka dalam pendapat yang bertunjangkan hujjah . Mereka bukan berkelahi atau bergaduh seperti sesetengah orang kita yang bertembung sampai tidak tahu batas akhlak dan hilang nilai persahabatan atau ukhuwwah Islamiyah .

Khilaf ilmi dan hujjah menjadi satu keajaiban para ulama' yang tidak mungkin difahami oleh orang yang jahil . Khilaf menjadi cambahan ilmu yang positif bagi ulama' tetapi sering dibaca pergaduhan dan perbalahan oleh sang juhala' . Akhirnya timbullah para munafik yang akan mengapi - apikan suasana untuk memanmaskan lagi suasana dan kekeliruan bagi masyarakat .

Akhirnya dalam ruang yang terhad ini , suka saya pesan agar jangan sekali - kali kita memberi ruang kepada para juhala' ini membuat onar dalam jamaah . Sebolehnya kita bimbing mereka , jika tidak berkesan , tindakan disiplin perlu dikenakan kepada mereka yang sering menghuru harakan jamaah dengan tindakan mereka yang tidak thiqah kepada pimpinan dan juga tidak wala' kepada jamaah jauh sekali untuk beradab dengan para ulama'

Sumber: Al-fadhil Ustaz Nasrudin Tantawi

BUKU: DETIK-DETIK HIDUP KU (Hasan Al-Banna)

Latarbelakang Keluarga Imam Hasan Al-Banna.



Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua orang anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa mereka. Perselisihan ini boleh membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad dan terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana. Ahmad bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna, Di Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Separuh hari dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan belajar Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi berbagai buku berharga mengenai Islam dan Sunnah.



Apabila penduduk kampung tersebut membina sebuah masjid mereka sendiri, mereka telah menjemput Ahmad Al-Banna menjadi imam solat Jumaat yang pertama di situ. Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang ilmiah itu telah menarik hati orang ramai. Beliau pun dilantik menjadi Imam dan Khatib tetap masjid tersebut atas permintaan ramai. Ahmad Al-Banna menerima tugas tersebut kerana mencari keredhaan Allah dan bukan kerana inginkan keuntungan kebendaan.. Dia meneruskan kerjanya sebagai tukang membaiki jam untuk menyara hidupnya dan masa lapangnya digunakan dalam mengkaji hadis. Ahmad bin Abdur Rahman Al-Banna menyusun banyak buku mengenai hadis. Beliau menyusun semula Musnad Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab di segi ilmu Fiqh. Kitab ini dinamakannya ‘Al-Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam Ahmad bin Asy-Syebani’. Kemudian beliau menulis pula huraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya ‘Bulugh-ul-Amani Min Asrarul Fath-ur-Rabbani’. Beliau juga menulis huraian mengenai kitab Abu Dawud dan menamakannya ‘Minhatul Mabud’. Di samping itu, beliau telah menyunting Musnad dan Sunnan Imam Syafi’e dan menulis huraian mengenainya. Karyanya dinamakannya ‘Badayi’-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad-as-Syafi’e wal Sunnan’. Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang menyentuh Masanid keempat Imam tadi. Ahmad Al-Banna adalah seorang ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah menunjukkan kecekapannya itu. Beliau telah melakukan kerja akademik secara bersendirian saja. Syeikh Ahmad bin Abdur-Rahman adalah seorang manusia alim yang hebat. Dia wara’, berakhlak mulia dan bertaqwa. Isterinya juga berperibadi mulia serta wara'. Isterinya berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan isteri pertamanya ini, Ahmad Al-Banna memperolehi tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan 2 perempuan. Anak-anaknya itu bernama Hasan Al-Banna (yang sulung), Abdur-Rahman Al-Banna, Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-Banna dan Fauziah Al-Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri. Dengan isteri kedua ini, dia memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah Al-Banna.



Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.



Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah menentukan tarikh kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan akibat kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu Mustafa Kamal. Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan sebuah perkampungan petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak lama (tradisional). Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad As-Diniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat.pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Saikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah. Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.



Tugas Hasan Al-Banna Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al-

Ikhwanul Muslimin.



Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya. Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya. Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atu-Tahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.



Perkabwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.



Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al-Banna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

... dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula).

(Surah An-Nur, ayat 26.)



Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.



Nama anak lelakinya ialah Ahmad Saiful Islam. Beliau juga tabah dan berwibawa seperti bapanya. Ahmad Saiful Islam berkelulusan di bidang ilmu perubatan dari sebuah Kolej Perubatan. Beliau ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara selama dua puluh lima tahun ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasir. Ada pepatah Arab yang bermaksud: ‘Anak seekor singa adalah singa juga’. Ahmad Saiful Islam memiliki segala sifat bapanya.



Syahidnya Imam Hasan Al-Banna.



Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang-orang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun. Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam Hasan Al-Banna telah melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang mempengaruhi seluruh Dunia Islam. Gerakan ini membawa perubahan hebat kepada Dunia Arab. Ia telah menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Hasan Al-Banna adalah seorang yang berwibawa dan berhati tabah. Beliau memiliki peribadi Muslim sejati. Setiap tindakannya melambangkan eiri-ciri hidup Islam. Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulamak besar Mesir, telah memuji Hasan Al-Banna dengan berkata demikian: ‘Peluru telah menembusi jasad Hasan Al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak bersolah dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar. Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud; “Apabila seorang Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”



Peranan keluarga Hasan Al-Banna dalam membina ketokohannya.



Seseorang yang dipilih Allah untuk menegakkan agama (ad-Din)-Nya akan diberi-Nya nilai-nilai peribadi yang melayakkan orang itu melaksanakan tugas berat tadi. Nilai-nilai peribadi itu akan dipupuk semenjak peringkat kanak-kanak lagi. Di antara contoh terbaik di zaman kebelakangan ini ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Semenjak beliau kanak-kanak lagi, beliau sudah memiliki peribadi yang mulia dan wara’. Nilai peribadi ini semakin matang setelah beliau meningkat dewasa. Beliau benci kepada maksiat dan kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam sejak di peringkat awal lagi. Imam Hasan Al-Banna dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mulia. Keluarganya hidup dalam keadaan serba sederhana dan mengamalkan Islam di segenap sudut kehidupan mereka. Mereka hidup bebas daripada gejala maksiat yang terdapat di bandarayanya. Bapanya berkelulusan Universiti Al-Azhar dan sangat alim dalam Hadith dan ilmu Fiqh. Imarn Hasan Al-Banna menerima pendidikan bercorak agama dan moden. Adiknya, Abdur Rahman Al-Banna menyebut mengenainya seperti berikut:



‘Abangku yang dihormati. Ketika kau berumur sembilan tahun, saya baru menjangkau umur tujuh tahun. Kita mengaji Al-Quran dan belajar menulis di sekolah. Apabila kau berjaya menghafal dua pertiga Al Quran saya mampu menghafal sehingga Surah At-Taubah. Ketika kita pulang dari sekolah, bapa kita menyambut dengan penuh kasih sayang. Bapa kita yang dikasihi mengajar kita sirah (riwayat hidup) Rasulullah (s.a.w.), ilmu Fiqh dan nahu. Bapa kita telah menyediakan jadual pengajian kita ketika di rumah. Kau belajar ilmu Fiqh Imam Abu Hanifa manakala saya belajar ilmu Fiqh Imam Malik. Di segi ilmu nahu, kau belajar kitab ‘Alfiyah’ dan saya pula belajar kitab ‘Malhamatul Arab’. Corak pengajian kita itu memerlukan kita mengulangkaji pelajaran bersamasama dan bekerja keras. Justeru itu, kita terpaksa menyediakan jadual dan senarai kerja harian. Duhai abangku! Dalam hidupku, tidak pernah saya melihat orang yang begitu banyak berpuasa dan bersolah seperti kau. Kau bangun waktu sahur dan bersolah. Kemudian kau mengejutkan saya daripada tidur untuk menunaikan solah subuh. Selepas solah, kau membaca senarai kerja harian. Suara kau yang manis dan penyayang itu masih bergema di telinga saya. Kau pernah berkata, ‘Pukul lima hingga enam pagi ialah masa mengaji Al-Quran; pukul enam hingga pukul tujuh pagi ialah masa untuk belajar tafsir Al-Quran dan Hadith; pukul tujuh hingga lapan pagi ialah masa untuk belajar Fiqh dan Usul Fiqh.’ Itulah kerja rumah kita. Selepas itu kita pun pergi ke sekolah.



‘Terdapat banyak buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-samameneliti buku-buku tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan hurufhuruf berwarna emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’; kitab ‘Qustalani’; dan kitab ‘Nail Al-Authar’. Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku-buku diperpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi saya tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian yang luar biasa.’



‘Bapa kita selalu mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah. Kita kerap mengikuti dengan teliti perbahasan ilmiah antara beliau dengan para ulama yang lain. Majlis-majlis tersebut dihadiri olch Syeikh Muhammad Zahran dan Hamid Muhsin. Pernah kita mendengar perbahasan mereka mengenai ‘Arasyh Allah’ di langit tinggi. Di antaranya ialah adakah ‘Istiwa’ bermaksud duduk atau tinggal? Apakah pendapat Imam Ghazali dalam hal ini? Apa pula kata Zamakhshari mengenai perkara ini? Apakah pula tafsiran Imam Malik bin Anas? Kita mendengar perbahasan-perbahasan ini dengan penuh minat. Segala apa yang kita fahami telah bersemadi di dalam ingatan kita. Segala masalah dan perkara yang sukar difahami telah kita rujuk kepada bapa kita ataupun kepada kitab-kitab tafsir dan As-Sunnah.’ ‘Saya tidak lupa hari di mana halaman rumah kita dipenuhi kanak-kanak kecil. Mereka adalah penuntut-penuntut sekolah yang diiringi oleh ketua darjah dan guru mereka. Isteri guru mereka juga turut sama sambil mendukung anaknya. Setiap kanakkanak membawa ranting-ranting kurma sambil bersyair:



‘Berselawatlah kepada Rasulullah (s.a.w.).’ Guru mereka pula bersyair demikian: ‘Kami tidak akan bergerak sehingga kami menerima kepingan perak di dalam pinggan yang bersih dan berkilat.’ ‘Selepas syair ini, kanak kanak tadi mengulangi rangkap pertama semula. Ibu kita pun keluar membawa kepingan perak di dalam sebuah pinggan yang bersih dan berkilat. Dia mengisi beg isteri guru tersebut dengan kek dan kuih-kuih manis. Guru itu pun pulang ke rumah selepas acara tersebut. Acara itu diadakan kerana kau telah habis menghafal Al-Quran.’ (Petikan daripada buku Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna.) Yang di Pertua pertama 'Jamiat-usy-Syubbanul Muslimin’ Mesir, Jeneral Muhammad Saleh Harb Pasya, menulis mengenai suasana di rumah Imam Hasan Al- Banna: ‘Saya berpendapat suasana di rumah memainkan peranan penting dalam memina peribadi Imam Hasan Al-Banna. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang ‘alim, wara’ dan berpegang kuat kepada agama dan ini memberi kesan yang ketara kepada peribadi Imam Hasan Al-Banna.’



‘Pendidikan yang diterimanya telah mencorakkan roh dan akhlak Islam yang sebenar ke dalam dirinya. Beliau terlibat di dalam amalan Sufi di peringkat awal lagi. Guru rohaniahnya (atau guru Sufinya mahir dalam ilmu Al-Quran, as-Sunnah dan Fiqh. Ilmunya seumpama sungai yang mengalir tanpa halangan untuk selamalamanya. Ilmunya ini telah banyak membantunya ketika beliau menyampaikan syarahan dan ceramah. Dengan demikian, beliau berjaya memuaskan dirinya sendiri dan juga orang lain.’ (Al Imam-As-Syahid Hasan Al-Banna.)



Syahidnya Imam Hasan AI Banna.



Selepas pengharaman itu, para anggota Ikhwan di seluruh Mesir telah dikenakan tindakan kejam. Seluruh cawangan dan pusat-pusat kegiatannya telah dirampas. Beribu-ribu belia terpelajar telah dipenjarakan. Para pemuda dan pemudi tersebut ditindas ketika berada di dalam penjara. Semasa kekecohan ini berlaku, Nuqrasyi Pasya naik menjadi Perdana Menteri Mesir. Ketika inilah Hasan Al-Banna telah dibunuh. Imam Hasan Al-Banna mati syahid pada 15hb Februari 1949 di hadapan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin. Hari kematiannya disambut meriah oleh Yahudi, pihak British dan pihak-pihak lain yang bermusuh dengan Islam.



Pencapaian Hasan Al-Banna.



Hasan Al-Banna yang dilahirkan daripada keluarga miskin di sebuah kampong sunyi bernama Mahmoodiyah, telah syahid di jalanraya terbesar di Kaherah. Pembunuhannya telah dirancang oleh pihak British, Yahudi dan kerajaan Mesir sendiri. Beliau hidup hanya selama 43 tahun. Al Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1928 M. oleh Hasan Al Banna di mana dalam masa dua puluh tahun sahaja, beliau telah membawa pembaharuan kepada masyarakat Mesir yang sedang mengalami kemerosotan budaya, politik dan agama. Beliau telah mengembalikan masyarakat Mesir ke landasan Islam semula. Maka berkumandanglah cogan-cogan kata seperti: ‘Mencari keredhaan Allah ialah matlamat kami’, ‘Al-Quran ialah perlembagaan kam’, ‘Jihad ialah jalan kami’ dan ‘Syahid di jalan Allah ialah cita-cita kami’.



Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai Hasan Al-Banna, Hassan Al Banna suka bersolah dan berpuasa semenjak kecil lagi. Kami selalu ke masjid untuk menunaikan solah Isya’. Selepas itu beliau menghadiri majlis Tariqat Hasafiyah.. Kami beribadat di situ agak lama juga. Ketika itu, tiada seorang pun orang luar di situ. Waktu malam di situ selalunya sunyi senyap. Yang kedengaran hanyalah suara orang beribadat.’



‘Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, ‘Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah bendabenda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.’ Imam Hasan Al-Banna suka kepada orang-orang yang warak dan soleh. Semenjak kecil lagi beliau suka bergaul dengan mereka. Beliau pernah berkata, ‘Nikmat hidup yang sebenar boleh didapati melalui pergaulan dengan orang yang soleh. Merekalah raja, ketua dan bangsawan yang sebenar.’ Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang sangat pemurah. Amin Ismail seorang anggota Ikhwan telah menyebut sifat pemurah Hasan Al-Banna: ‘Suatu hari beliau membawa saya menemui seorang tukang jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang jahit tersebut untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah lorong yang sempit dan gelap di kawasan Al Maghrabeen. Tukang jahit itu bangun dan menyerahkan jubah Hasan Al-Banna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami. Dia terus meminta upah sebanyak tiga paun. Imam Hasan Al-Banna memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan bersedia untuk beredar dari situ. Terfikir saya hendak mengambil baki wang dua paun itu tetapi Hassan Al-Banna menahan saya. Sedarlah saya bahawa Imam Hasan Al-Banna tidak mahu saya mengambil baki wang: dua paun itu. Dalam perjalanan pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan Al-Banna menyuruh saya memberi satu riyal kepada

pengemis tersebut. Baru saya tahu bahawa Imam Hasan Al-Banna ada wang sebanyak lima paun saja dan kesemua wang itu telah diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak berwang lagi. Imam Hasan Al-Banna bersifat pemurah sehingga ke akhir hayatnya.’ Seorang anggota Ikhwan terkenal, Bahi Al Khouli ada menyebut mengenai Hasan Al-Banna: ‘Dalam tahun 1932, beberapa tahun selepas tertubuhnya Al Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna telah ditawarkan satu jawatan tinggi oleh pihak kerajaan. Tawaran itu dibuat untuk memesongkan fikiran Hasan Al-Banna daripada usaha dakwah Islamiahnya. Hasan Al-Banna menolak tawaran itu secara kasar dan pegawai kerajaan yang mengemukakan tawaran tersebut berasa malu. Jika beliau menerima tawaran tersebut, anak-anaknya sudah tentu akan hidup mewah sehingga menimbulkan iri hati orang lain. Namun begitu, Imam Hasan Al-Banna tidak inginkan keuntungan duniawi.’ ‘Pihak British juga menawarkan kepadanya beribu ribu paun ketika bermulanya Perang Dunia Kedua. Wakil British memberitahu Hasan Al-Banna bahawa pihak British bersedia memberi wang yang diperlukannya. Hasan Al-Banna menghalau wakil British tadi yang cuba membeli maruahnya. Akhirnya British membuat kesimpulan bahawa Hasan Al-Banna tidak dapat dipengaruhi emas atau perak.’ ‘Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikatsyarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata, ‘Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.’ Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan.’ ‘Pihak musuh telah melemparkan berbagai tuduhan terhadap Imam Hasan Al-Banna. Di antara tuduhan tuduhan tersebut ialah:

i) Dia adalah seorang pengintip upahan dan perasuah;

ii) Dia menerima bantuan asing berjumlah beribu-ribu paun;

iii) Dia memiliki banyak kereta dan saham di dalam banyak syarikatsyarikat.’

‘Begitu hebat sekali tuduhan mereka. Tetapi apabila beliau mati dibunuh oleh musuh-musuhnya, beliau miskin sekali sehingga beliau tidak mampu memiliki sebuah rumah pun di Kaherah. Beliau menyewa sebuah rumah dengan membayar 1 paun 80 Qursh sebulan. Ketika beliau syahid, anak-anaknya tidak mempunyai sumber pendapatan langsung.’ (Al Imam-us-Syahid)



Mufti Besar Palestin, Haji Amin Al Hussaini memberi pandangannya:



‘Saya menemui Imam Hasan Al-Banna buat pertama kalinya pada tahun 1946, ketika saya kembali ke Mesir dari Eropah. Saya berbual dengannya dan dapati beliau seorang manusia yang berhati bersih. Hubungan kami pun semakin erat. Beliau memiliki sifat dan akhlak yang mulia. Di samping itu, beliau juga seorang yang lemah lembut, bijaksana dan berazam kuat. Kesemua ciri-ciri peribadi ini berakar umbi di dalam dirinya lantaran kuat imannya terhadap Allah. Beliau juga seorang juga sangat tabah dan mampu berkorban. Nilai-nilai peribadi yang unggul ini menjadikannya seorang pemimpin Islam yang terkenal dan diminati. Saya pernah menziarahinya dan mendapati rumahnya sangat sederhana sekali.’ ‘Saya pernah bertemu Hasan Al-Banna dalam satu majlis. Majlis itu dianjurkan oleh bekas Setiausaha Negara, Abdur-Rahman Azzam untuk meraikan Muhammad Ali Jinnah. Muhammad Ali Jinnah diiringi oleh Nawabzada Liaquat Ali Khan. Saya dan Hasan Al-Banna merupakan orang yang pertama sampai ke majlis. Kami berbual dengan para pernimpin Pakistan agak lama juga. Kemudian para jemputan lain pun tiba seorang demi seorang. Saya lihat Hasan Al-Banna mempelawakan tempat duduknya kepada setiap tetamu yang baru tiba dan beliau beredar ke belakang. Hal ini berterusan sehingga akhirnya beliau mendapat tempat duduk yang berdekatan dengan pintu masuk dewan makan. Apabila semua tetamu sudah tiba, Abdur-Rahman Azzam menjemput mereka masuk ke dewan makan, Imam Hasan Al-Banna yang duduk di hujung sekali berada berdekatan dengan dewan makan. Saya terus mernerhatikan dan sedarlah saya bahawa beliau adalah seorang yang berperibadi mulia. Beliau juga mempunyai kepandaian luar biasa dalam menyelesaikan masalah-masalah sukar. Setiap kali saya terkenangkannya, saya akan menyuarakan kata-kata berikut: ‘Alangkah baiknya jika masa dapat menghasilkan orang yang seperti itu sekali lagi. Tetapi masa terbukti terlalu kedekut untuk berbuat demikian.’



Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai peribadi Imam Hasan Al-Banna

seperti berikut:


‘Jika mesyuarat diadakan di atas tanah, Hasan Al-Banna akan duduk di atas guni. Hasan Al-Banna suka duduk di kerusi belakang. Wajahnya selalu kelihatan riang dan berseri-seri. Biasanya beliau memakai jubah dan kepalanya berserban. Beliau menggunakan bahasa yang mudah dan fasih ketika berbual dengan orang lain. ketika berbincang, beliau kerap menyebut ayat-ayat Al-Quran. Beliau telah menghafal seluruh Al-Quran dengan baik sekali dan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu.’ Bahi al Khouli menulis mengenai Hasan Al-Banna seperti berikut: ‘Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan dengan penuh kemuliaan. Beliau berpuas hati dengan makanan yang didapatinya dan juga pakaian yang mampu dimilikinya. Rumahnya kecil dan tidak mencukupi untuk menampung keluarganya yang ramai itu. Corak hidupnya sederhana sekali. Behau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan harta pesaka yang banyak untuk isteri dan anak-anaknya. Beliau menyampaikan risalah Allah kepada orang ramai dan hal ini menyejukkan matanya dan menyenangkan hatinya.’



‘Imam klassan Al-Banna adalah seorang yang berfikiran luas. Beliau mengajak manusia mencintai Allah dan melakukan kebaikan. Satu hari, beliau telah melawat ke kawasan hulu Mesir. Sekumpulan paderi Kristian dan para pengikut mereka telah datang menemui Hasan Al-Banna. Ketika berbual, Hasan Al-Banna telah menyebut ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh Nabi Isa (a.s.) dan Siti Mariam (a.s.). Mula-mula beliau mernbaca ayat-ayat tersebut, kemudian barulah mentafsirkannya. Orang-orang Kristian itu menyangka pertemuan tersebut diatur khas untuk mereka kerana tidak disentuh langsung masalah orang-orang Islam. Mereka begitu tertarik sekali dengan Imam Hasan Al-Banna kerana beliau tidak menunjukkan sikap prasangka atau sikap buruk terhadap mereka seperti kebanyakan ulamak Islam yang lain.’ Imam Hasan Al-Banna sangat baik dan sayang kepada rakan-rakan sepejabatnya Amin Ismail, salah seorang sahabatnya telah berkata, ‘Beliau selalu rnenyemak kerja-kerja saya di pejabat dan membetulkan sebarang kesilapan yang ada. Ketika beliau membetulkan kesilapan saya, saya tidak berasa diri saya telah melakukan kesilapan. Ketika itu saya berasa segala kata-katanya adalah betul. Apabila beliau mengambilkan surat-surat yang telah disemak dan diperbetulkannya, beliau pun berkata dengan penuh kasih sayang, ‘Awak boleh menyemak pembetulan yang saya lakukan. Awak juga bolch menambah atau memotong yang mana awak suka.



Saya bersumpah bahawa saya tidak suka menambah atau memotong sesuatu.’ Beliau selalu menziarahi rumah saya setiap kali saya mendapat cahaya mata. Beliau merawat saya ketika saya jatuh sakit. Ketika saya berada di dalam kesusahan beliau mententeramkan saya walaupun saya hanya seorang kerani biasa di pejabat. Beliau adalah seorang yang sangat sibuk dan hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu malam. Beliau makan dua kali sehari dan makanannya pun sedikit sahaja. Ketika membuat lawatan, beliau mengucapkan salam kepada setiap anggota rombongan sambil bertanya khabar anak-anak mereka dengan menyebut nama-nama mereka dan mengenai pelajaran anak-anak mereka. Bahkan saya telah melihat beliau bertanya khabar keadaan binatang-binatang yang mereka miliki. Daya ingatannya sangat kuat hingga mampu mengingati butir-butir yang terperinci.’ ‘Saya sangat sayang pada Imam Hasan Al-Banna. Saya pernah mengadu kepadanya, ‘Ya sayyidi, Allah belum memaafkan saya dan tidak sukakan saya. Buktinya ialah saya telah berusaha menghafal satu muka surat kitab suci Al-Quran sepanjang malam tetapi gagal. Ini bermakna saya masih tidak diberkati Allah.’ Melihat keadaan saya yang sedih itu, Imam Hasan Al-Banna menepuk belakang saya sambil menyapu air mata saya yang sedang mengafir itu, lalu berkata, ‘Apabila seorang manusia menangis kerana Allah, maka Allah sentiasa bersedia untuk memaafkannya. Saidina Umar Al-Khattab (r.a.) sendiri tidak dapat menghafal seluruh Al-Quran.’ Saya puas hati dengan jawapannya itu.’ ‘Beliau pernah menjemput saya ke rumahnya. Sebaik sahaja beliau Nampak saya, beliau terus memegang tangan saya sambil berkata. ‘Mari kita memperbaharui bai’ah (sumpah setia kita.)’ Saya pun meletakkan tangan saya atas tangan Imam Hasan Al-Banna dan kami pun memperbaharui sumpah setia kepada Allah dan Rasul-Nya. Selepas itu beliau berkata, ‘Saya melantik awak menjadi anggota Majlis Tertinggi.’



‘Imam Hasan Al-Banna telah mengetuai tunjuk perasaan mengenai masalah Palestin yang dianjurkan olch Ikhwan di Kaherah. Ketika kami tiba di ‘Al Mutabatul Khizra’, pihak polis pun menyerang para penunjuk perasaan. Imam Hasan Al-Banna tampil ke hadapan dan meminta polis jangan melepaskan tembakan. Namun begitu, pihak polis terus melepaskan tembakan dan Hasan Al-Banna mengangkat tangannya. Kedua dua tangannya itu cedera parah kena tembakan. Beliau menenteramkan kami dengan mengatakan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan tapi kami sedar bahawa kedua tangannya telah cedera kena peluru.’ ‘Imam Hasan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai Al-Quran pada setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik, seperti berikut; ‘Adakah bercinta itu halal atau haram?’ Hasan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab, .Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.’ ‘Imam Hasan Al-Banna sangat kasih kepada para anggota bawahan Ikhwan. Orang lain pulang ke rumah untuk makan tengahari tetapi beliau makan dengan orang bawahannya.’ Kata Abdur-Rahman Al-Banna; Imam Hasan Al-Banna sangat gigih berdakwah. Kami menghadiri ceramah ceramahnya. Kami begitu tertarik dengan kegigihan dan kesungguhannya sehingga kan kami lupa kepada dunia. Beliau pernah berkata, “Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah (s.a.w.) datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah (s.a.w.). Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah (s.a.w.), patut sekali datang mendengarnya daripada kami.” ‘Baginda Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang dating daripada ajarannya.’ ‘Setiap kali Imam Hasan Al-Banna melakukan lawatan kerana kerja dakwahnya, beliau tinggal di masjid. Kerap kali beliau melakukan lawatan tersebut pada bulan Ramadhan. Beliau tinggal di masjid dan juga berpuasa di situ. Beliau berbuka puasa dengan buah tamar dan air. Apabila orang datang ke masjid untuk bersolah, mereka melihat ada orang baru di situ. Imam Hasan Al-Banna pun menyampaikan ceramahnya selepas saja bersolah. Tidak lama kemudian, barulah orang sedar bahawa penceramah tersebut adalah Imam Hasan Al-Banna.’ ‘Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Ismailiah, beliau dapati para penduduk di situ terlibat di dalam pertikaian agama. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bernama ‘Salafi’ dan yang satu lagi ialah ‘Soofi’. Ketika bersolat, anggota salah satu kumpulan tidak mahu berimamkan anggota daripada kumpulan yang satu lagi. Dalam suasana beginilah Imam Hasan Al-Banna memulakan tugas dakwah Islamiahnya. Tempat beliau memulakan tugas dakwahnya bukanlah di masjid tetapi di kedai-kedai kopi. Dasar dasar dakwahnya ialah:

1) Perpaduan ummah mesti dikekalkan;

2) Kesernua kumpulan perlu sepakat di dalam perkara-perkara dasar Islam;

3) Kata-kata Imam Syafi’e yang ini perlu menjadi dasar: ‘Setiap kali saya

bertikai dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan

kebenaran melalui lidah lawan saya itu’;

4) Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala

kesilapan kepada diri sendiri;

5) Orang lain perlu dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;

6) Sebarang perbalahan perlu dielakkan;

7) Perlulah diingat bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);

8) Sebarang persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang

perselisihan, kita hendaklah menganggap pihak yang satu lagi itu

berkemungkinan melakukan kesilapan;

9) Perlu bersatu ketika menentang musuh bersama;

10) Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan;

11) Perlu ada rasa kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah dia dikecam dan disindir.’



Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasih-Nya kepada Hasan Al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah perjuangannya kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Al Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat. Berikut ialah kenyataannya ketika itu, yang ditujukan kepada para sahabatnya: ‘Wahai anggota Ikhwan, ramai daripada kamu semua masih belum menyedari sepenuhnya perjuangan Al Ikhwan. Ketika tiba hari kamu menyedari dan memahami perjuangannya, maka kamu akan menghadapi banyak penentangan dan permusuhan. Kamu dapati diri kamu diselubungi oleh kesukaran dan kesusahan. Perjalanan kamu akan dirintangi oleh banyak halangan. Apabila kamu berjaya mengatasi halanganhalangan ini barulah kamu akan menjadi pembawa panji-panji Islam yang sebenar. Hari ini kamu tidak dikenali, tetapi kamu akan merintis jalan perjuangan Ikhwan. Perjuangan ini memerlukan banyak pergorbanan. Oleh itu, kita haruslah bersedia. Kejahilan orang terhadap Islam juga merupakan halangan perjalanan kamu. Para ulamak rasmi akan menunjukkan rasa terkejut apabila melihat cara kamu berdakwah. Jihad yang kamu lancarkan atas nama Allah tidak akan dihargai. Para pemerintah, pemimpin dan golongan kaya akan berasa iri hati terhadap kamu. Kerajaan akan menentang kamu dan akan berusaha menyekat segala kegiatan kamu serta melempar onak dan duri di sepanjang perjalanan perjuangan kamu. Pihak yang berkepentingan akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menggagalkan perjuangan kamu. Pihak yang lemah dan pengecut akan menggunakan kerajaan untuk tujuan tersebut. Orang-orang yang berakhlak buruk akan sentiasa menentang kamu. Ada pula golongan yang meragui perjuangan kamu lalu melemparkan berbagai tuduhan. Mereka akan memberi gambaran yang salah terhadap perjuangan kamu dan di samping itu, mereka juga memiliki kuasa, kekayaan dan pengaruh. Dalam keadaan beginilah kamu dikira benar-benar telah memasuki gelanggang pengalaman dan ujian. Kamu akan dipenjarakan, dibuang dan dihalau dari rumah kediaman. Harta kamu akan dirampas, rumah kamu digeledah dan tempoh ujian ini mungkin memakan masa yang lama. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa Dia akan membantu para Mujahidin dan memberi ganjaran kepada para mukmin.’ (Risaail Imam Al-Banna)



Jamiyyatul Man’i Al-Muharramat (Persatuan Mencegah Perkara Haram)



Beberapa pemuda nampaknya tidak berpuas hati dengan kegiatan kebajikan yang terhad di sekolah saja. Mereka berpakat untuk meluaskan kegiatan tersebut. Mereka ini ialah Ustaz Muhammad Ali Budayyar (seorang guru di Jabatan Pelajaran), Ustaz Abdul Rahman Sa’ati (Pegawai Jabatan Keretapi) dan Ustaz Sa’id Budayyar (jurutera). Dalam satu mesyuarat, mereka bersepakat untuk menubuhkan satu persatuan Islam yang bernama Jam’iyyatul Man’i Muharrammat’. Yuran keahliannya ialah 5 hingga 10 Milyam seminggu. Tugas-tugas persatuan pun dibahagi-bahagikan di kalangan ahli-ahli persatuan. Sebahagian dari mereka ditugaskan untuk menyediakan perkataan dan khutbah-khutbah. Sementara yang lain pula ditugaskan untuk menulis khutbah-khutbah itu dengan jelas dan terang (edit). Selain itu mereka juga ditugaskan untuk mencetaknya dan selebihnya ditugaskan untuk mengedar pada yang lain. Seorang ahli lagi bertugas dalam kerja-kerja penerbitan. Ahli-ahli yang bakinya bertugas menghantar surat-surat yang telah siap disusun. Surat-surat ini dihantar kepada orang-orang yang pihak persatuan dapati telah terlibat dalam kegiatan maksiat atau pun melakukan ibadat dengan tidak sempurna lebih-lebih lagi solah. Apabila ada ahli yang melihat orang tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan, dia akan memberitahu pihak persatuan dan akan menghantar sepucuk surat mengingatinya tentang kesalahan itu. Begitu juga bagi mereka yang mempermudahkan solah serta tidak khusyuk dan tenang ketika melakukan ibadat itu. Orang lelaki yang memakai perhiasan emas juga dinasihati melalui surat kerana Islam melarang lelaki memakai perhiasan emas. Apabila seseorang wanita meratap sesuatu kematian dengan memukul mukanya sendiri atau dia mengeluarkan kata-kata yang berlawanan dengan dasar-dasar Islam, maka suaminya atau penjaganya akan menerima surat supaya bertindak melarang wanita tersebut dari terus melakukan kesalahan itu. Ringkasnya, pihak persatuan menghantar surat kepada orang-orang yang begini tanpa mengira tua atau muda. Ahli-ahli persatuan adalah muda-muda belaka, oleh itu mereka dapat mengelakkan diri dari disyaki atau dikesan. Orang ramai pun tidak mengambil hirau terhadap mereka. Bahkan orang ramai menyangka kegiatan ini dijalankan oleh Syeikh Muhammad Zahran. Mereka pun pergi menemuinya dan menyatakan betapa tersinggungnya mereka. Mereka meminta Syeikh Zahran menasihati mereka secara lisan dan bukannya melalui surat. Walaubagaimanapun Syeikh tersebut menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan itu dan dia cuba memberi alasan yang memuaskan hati mereka. Mereka hamper-hampir tidak mempercayainya apabila pada satu hari Syeikh Muhammad Zahran sendiri menerima sepucuk surat dari persatuan tersebut. Beliau dikatakan menunaikan solah zohor antara dua tiang dan amalan ini dianggap makruh. Oleh sebab beliau seorang ulama’ terkenal, maka dia sepatutnya menjauhkan amalan makruh agar orang ramai dapat menjauhi perkara perkara yang haram. Saya masih ingat lagi di mana Syeikh Zahran telah memanggil saya ketika itu. Saya masih lagi berhubung dengannya dalam pengajian umum walaupun saya telah pun meninggalkan sekolah atau perpustakaannya, untuk sama-sama menyelesaikan masalah tadi. Beliau mengesyorkan agar saya dapat bekerjasama mencari jawapan kepada masalah tadi di dalam kitab ‘Fathul Bari’. Tajuk perbahasan ini masih segar lagi dalam ingatan saya hingga kini. Saya pun membaca rangkap-rangkap dari kitab ‘Fathul Bari’ sambil tersenyum. Sementara itu Syeikh tersebut terus bertanya saya mengenai orang yang menghantar surat teguran kepada beliau. Selepas bertungkuslumus membaca kitab tersebut akhirnya didapati bahawa nasihat yang diberi dalam surat teguran tersebut adalah betul. Saya kemudian memberitahu hal ini kepada para anggota persatuan dan mereka sangat sukacita mendengarnya. Persatuan tersebut meneruskan kegiatan mereka selama lebih dari enam bulan. Orang ramai berasa terkejut dan takut dengan kegiatan ini. Akhirnya, rahsia kegiatan persatuan itu telah terdedah melalui seorang pemilik kedai kopi. Dia telah menjemput seorang penari dan penyanyi ke kedai kopinya untuk mengadakan tarian dan nyanyian. Lantaran itu, dia menerima surat dari persatuan. Surat-surat ini tidak dihantar melalui pos untuk menjimatkan wang. Surat-surat begini diletakkan di tempat-tempat yang mudah dilihat dan diambil orang yang berkenaan. Pemilik kedai kopi itu ialah seorang Muallim. Dia sangat bijak kerana Berjaya menangkap pembawa surat tersebut. Pembawa surat itu dicela di hadapan khalayak ramai dalam kedai kopi itu. Dengan demikian, terbongkarlah rahsia kegiatan persatuan tersebut. Berikutan peristiwa itu, para anggota persatuan tadi mengambil keputusan mengurangkan kegiatan mereka yang berbentuk surat menyurat itu. Mereka berusaha mencari cara-cara lain untuk menghadapi kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam.



Cuti Musim Panas.



Cuti musim panas sangat sesuai untuk melaksanakan jadual harian yang tersebut tadi. Di samping itu, kami ada kegiatan tambahan iaitu menghadiri majlis perbincangan ilmiah dari terbit matahari sehingga waktu Dhuha tua di rumah Syeikh Muhammad Khalaf Nooh. Di dalam majlis tersebut, kami menghafal kitab ‘Alfiya’ karangan Ibnu Malik dan juga kitab Syarah Ibn ‘ukail. Kami juga mengkaji ilmu Fiqh dan Hadith. Pengajian ilmiah tambahan telah banyak membantu saya melayakkan diri untuk memasuki Darul Ulum. Saya mungkin gagal memasuki Darul Ulum tanpa daya usaha ini.



Azan Subuh



Sambil menghabiskan cuti musim panas di Mahmoodiyah, kami telah menjalankan satu kegiatan khas pada setiap pagi hari Jumaat. Pada setiap pagi Jumaat, kami membahagi-bahagikan bandar Mahmoodiyah kepada beberapa kawasan. Kami berjumlah tiga orang tetapi kadangkala lebih dari itu. Saya bersama-sama dengan Muhammad Affandi Dimyati dan Abdul Mut’al Sankal pergi ke kawasan masingmasing untuk membangunkan orang ramai khasnya para anggota Tariqat Hasafiyah, lebih awal sikit dari waktu subuh. Saya mendapat kepuasan apabila dapat membangunkan para muazzin dari tidur untuk melaungkan azan subuh. Selepas membangunkan mereka, saya pun duduk di tebing Sungai Nil untuk menunggu laungan azan. Masjid-masjid di Mahmoodiyah berdekatan antara satu sama lain. Azan yang dilaungkan dari masjid-masjid itu seolah olah berbunyi senada saja. Saya telah membangunkan banyak orang untuk menunaikan solat, lantaran itu saya akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan orang-orang yang melakukan solat tadi. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan Allah akan mendapat ganjaran. Dia juga akan mendapat ganjaran manusia yang telah rnengikut jalan kebenaran itu sehinggalah ke Hari Perhitungan. Ganjaran itu tidak akan berkurangan walau sedikit.” Kegembiraan saya berganda apabila saya dapati diri saya adalah orang yang termuda sekali menunaikan solat di masjid. Ini semua lantaran rahmat Allah. Segala puji bagi Allah.



Kemasukan ke Darul Ulum.



Tempoh tiga tahun di Maktab Perguruan merupakan satu termpoh yang penuh dengan ibadat dan kegiatan sufi. Di samping itu, saya juga berkesempatan menuntut ilmu-ilmu yang lain. Dua perkara telah banyak membantu saya. Yang pertama ialah perpustakaan bapa saya. Bapa saya juga menggalakkan saya supaya gemar menuntut ilmu. Banyak buku yang dihadiahkannya kepada saya. Buku-buku yang banyak mempengaruhi saya ialah ‘Al Anwarul Muhammadiyyah’ oleh Nabhani, kitab Mukhtadarul Mawahib Al-Ddiniyyah oleh Qastalani dan ‘Noorul Yaqeen fi Seeratus Sayyidul Mursaleen’ oleh Syeikh Khudari. Tunjuk ajar dari bapa saya dan minat saya dalam menuntut ilmu telah mendorong saya menubuhkan perpustakaan saya sendiri. Saya telah mengumpul majalah-majalah lama, makalah makalah dan buku-buku untuk memenuhi perpustakaan saya. Saya berminat menuntut ilmu semenjak berada di Sekolah I’dadiyah rendah di Mahmoodiyah lagi. Saya sentiasa ternanti-nanti untuk meminjam beberapa buah buku dari Syeikh Hasan al-Kitabi. Tempoh pinjaman ialah seminggu dengan dikenakan sedikit bayaran. Selepas membaca buku-buku itu, saya pun mengembalikannya dan meminjam buku-buku lain pula. Hal ini berterusan begitu. Saya sangat terpengaruh dengan cerita yang bertajuk ‘Puteri Yang Berani’. Buku itu mengingatkan saya kepada corak buku-buku cerita waktu itu. Buku-buku cerita waktu itu bersekitar mengenai rintihan, keberanian, sikap sanggup mempertahankan tanah air, berpegang kepada agama Islam, jihad pada jalan Allah dan perjuangan untuk mencapai kehidupan yang mulia. Sebaliknya, buku-buku cerita serta novel-novel sekarang penuh dengan kelucahan dan kekosongan. Terdapat perbezaan yang jelas antara perkembangan kebudayaan dahulu dan sekarang. Saya rasa sudah sampai masanya untuk menyiasat mengapa para penerbit menerbitkan bahan-bahan bacaan lucah yang berbentuk buku cerita, majalah dan akhbar dan kemudian dipaparkan kepada masyarakat lapis baru.



Perkara kedua yang mendorong saya berminat untuk menuntut ilmu ialah adanya para guru terpilih dan terkemuka di Maktab Perguruan Damanhur. Mereka ini ialah Abdul Aziz Atiya iaitu Pengetua Maktab Perguruan di Iskandariah dan Ketua Ikhwan di sana, Syeikh Farhat Salim, Syeikh Abdul Fattah Abu Alam, Haji Ali Sulaiman dan Syeikh Al Basiyooni. Mereka ini semua adalah orang orang yang wara’ dan bertaqwa. Semoga Allah merahmati mereka. Mereka sentiasa menggalakkan para penuntut mengkaji ilmu. Saya mempunyai hubungan rohani dengan mereka. Hubungan ini sentiasa menjadi satu dorongan kepada saya. Abdul Aziz Atiya mengajar kami pendidikan amali. Setiap bulan dia mengadakan ujian untuk kami. Dia sangat suka kepada jawapan yang saya beri di dalam ujian tersebut. Dia menulis kata-kata berikut di dalam buku jawapan saya: ‘Awak telah memberikan jawapan yang baik. Jika boleh, saya akan memberi markah yang lebih tinggi dari yang tertinggi. Dia mengembalikan buku jawapan tadi sambil memberi kata kata pujian, nasihat dan galakan. Tidak lama kemudian, dia telah memilih saya untuk membaca proof buku bertajuk ‘al-Mu’alim’. Buku tersebut dicetak di Syarikat Percetakan Al-Mustaqbil, Damanhur. Hal ini semua terbukti sangat berfaedah di dalam menambah ilmu dan membina peribadi saya. Di samping mengikuti kursus yang telah ditetapkan, saya juga mengkaji buku-buku umum yang lain. Saya berjaya menghafal kitab-kitab berikut:

i) Mulhatul ‘Airab oleh Hariri,

ii) Alfiyah ibni Malik

iii) Al-Yaqootiyah

iv) Al-Jauhara

v) kitab Ar Rajbiyah



Saya juga menghafal sebahagian besar kitab-kitab

i) Fiqh Mazhab Hanafi yang bernama Qadoori, Matan Qadoori dalam Fiqh Mazhab Abi Hanafi.

ii) Matan Al Ghayat wail Taqreeb oleh Abu Syuja dalam Fiqh Mazhab Syafie.

iii) Matan Manzooma oleh ibni Amir dalam Mazhab Maliki.



Saya masih ingat lagi nasihat bapa saya: ‘Sesiapa yang mengkaji matan, makadia akan menguasai ilmu.’ Nasihat ini mempengaruhi saya. Saya cuba menghafal matan Asy-Syatibiyah dalam ilmu Qiraat. Walaupun saya tidak berapa kenal istilah-istilahnya, namun begitu saya berupaya menghafal muqaddimah-muqaddimahnya. Saya masih lagi ingat sebahagian dari rangkap-rangkap di dalam kitab itu. Satu hari, Inspektor Pelajaran telah melawat kelas kami ketika bahasa Arab sedang diajar. Waktu itu saya berada di dalam tahun Ketika itu saya hanya menghafal kitab ‘Milhatul Alrab’ oleh Hariri. Dia menyoal para penuntut mengenai tanda ‘isim’ (nama) dan ‘Fi’il’ (perbuatan) dalam ilmu nahu. Kemudian dia bertanya mengenai tanda huruf. Guru saya, Syeikh Muhammad Ali Al-Najar memilih saya untuk menjawab soalan itu. Sebagai jawapan, saya telah membaca serangkap dari Milhatul: ‘Huruf tidak mempunyai tanda/alamat. Sesiapa yang dapat berfikir mengenai penjelasan saya ini akan mendapat alamatnya/tandanya.’ Inspektor itu tersenyum sambil berkata: ‘Baiklah saya akan memikirkannya dan mendapat tandanya/alamatnya.’ Kemudian dia mengucap terima kasih kepada guru kami dan terus beredar dari situ. Minat saya yang mendalam di segi menuntut ilmu telah menarik ramai kawan kami yang sedang membuat persiapan untuk masuk ke Darul Ulum. Mereka semua adalah guru-guru sekolah rendah yang sedang menuntut di Maktab Perguruan. Mereka mencadangkan diadakan pengajian secara bersama agar semua dapat masuk Darul Ulum. Syeikh Ali Naufal yang mencadangkan supaya berbuat demikian. Waktu itu, Darul Ulum terbahagi kepada dua Bahagian. Bahagian Tajheezi [Persediaan] terbuka kepada para penuntut Al-Azhar dan Maktab Perguruan. Bahagian Al-‘Ali al-Mu-aqit [Bahagian Pengajian Tinggi] menerima para penuntut yang lulus Sijil Pelajaran Menengah dari Al-Azhar. Jabatan Aali telah ditutup pada tahun akademik 1923-1924. Sebagai ganti, satu Jabatan yang lebih tinggi telah dirancangkan, yang akan diterima hanya para penuntut yang telah habis pengajian mereka di Jabatan Tajheezi. Sebahagian dari rakan-rakan kami dari Maktab Perguruan membuat keputusan memasuki Jabatan Tajheezi. Tetapi kebanyakan mereka memilih untuk memasuki Jabatan Aali Aarzi kerana ia merupakan peluang terakhir. Syeikh Ali Naufal mahu berbincang dengan saya. Syeikh Ali Naufal adalah seorang guru di Maktab Perguruan Pelajaran dan saya pula dalam tahun tiga dikehendaki mengambil peperiksaan untuk mendapat Diploma Perguruan Pelajaran Rendah. Lantaran itu saya pun tidak dapat menyertai kumpulan pengajian itu. Syeikh Ali Naufal dapat masuk menyambung pengajiannya melalui jalan persahabatan dan bantuan dari sahabat. Dia berkata kepada saya, ‘Persahabatan Mempunyai beberapa keistimewaan. Oleh itu adalah perlu sekali bekerjasama dengan para sahabat dan menerima nasihat mereka.’ Saya pun tidak ada pilihan lain selain dari menurut desakannya.



Pendapat Saya Mengenai Pendidikan dan Ijazah.



Saya mempunyai pendapat sendiri mengenai ilmu, pengajian ilmu dan ijazah. Ini adalah kesan dari kajian saya mengenai kitab Ihya’. Saya sangat minat terhadap ilmu. Saya terlalu cenderung kepada pembacaan dan dalam usaha untuk menambah ilmu. Saya yakin pada faedah ilmu secara perseorangan dan juga kumpulan. Saya juga rasa berkewajipan menyebarkan ilmu pada manusia. Saya pernah berusaha menerbitkan sebuah majalah bulanan bernama ‘Asy Syams’. Saya berjaya menyusun dua keluaran. Dari segi ini, saya menurut dasar-dasar Syeikh Muhammad Zahran yang menerbitkan majalah bulanan ‘Al-As’ad'. Corak yang serupa digunakan untuk majalah kegemaran saya, ‘Al- Manar’. Walaubagaimanapun saya sangat terpengaruh dengan pendapat dan gaya Imam Ghazali mengenai ilmu, dan usaha menuntut ilmu (adab menuntut ilmu). Saya begitu ingin meningkatkan pengajian saya tetapi saya dalam keadaan yang serba salah. Berlaku pertarungan antara keinginan menuntut ilmu dan pendapat Imam Ghazali. Menurut Imam Ghazali, manusia hanya perlu mendapat pendidikan setakat yang perlu untuk menunaikan kewajipan agama dan mencari nafkah hidup, kemudian membuat amal-amal ibadat dan jangan membuang waktu. Hal ini membuat saya bersikap menuntut ilmu setakat yang perlu saja. Timbul dalam fikiran saya hendak memasuki Darul Ulum dan pusat-pusat pengajian yang berkaitan dengannya. Para penuntut yang mendapat diploma pendidikan tinggi berpeluang dihantar ke luar negeri. Perkara ini semua membuat fikiran saya jadi serba salah. Saya selalu menyoal diri saya, ‘Mengapa awak hendak memasuki Darul Ulum? Adakah awak inginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Mungkin awak ingat dengan cara ini awak boleh mendapat banyak wang yang dapat membantu awak memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang mahal dan memandu kereta kereta yang mahal dan mewah?’ Tetapi sekali lagi saya diperingatkan bahawa fikiran begini sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu tidak akan ke mana-mana. Allah berfirman di dalam Al-Quran (3:14) maksudnya:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak1 dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembati yang baik (syurga).”

Saya menyoal diri saya ‘Adakah kerana kemegahan? Sehingga orang berkata engkau guru berijazah dan bukan guru sekolah rendah (ini haram). Menuntut kemegahan adalah penyakit dari penyakit-penyakit hati. Ia adalah keinginan nafsu yang perlu ditentang. Ini adalah satu kejahatan yang dilakukan manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w; maksudnya;

“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba pakaian, celaka dan binasa.”

Saya menyoal diri saya, ‘Adakah awak hendak mendapatkan Khazanah ilmu kerana hendak menandingi para ulamak terkenal; atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil; atau kerana hendak mengatasi orang lain agar hak-hak awak tertegak?’ Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka. Allah akan mengenakan siksaan yang berat kepada para ulamak yang memiliki ilmu tetapi tidak beramai dengan ilmunya dan Allah tidak memberi manfaat ilmunya itu pada dirinya. Saya juga berkata kepada diri saya sendiri, ‘Awak ingin menuntut ilmu kerana hendak menjadi berguna kepada orang lain. Allah dan para malaikat-Nya merahmati orang yang mengajar ilmu yang baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. dihantar ke bumi sebagai pendakwah. Sekiranya awak hendak menuntut ilmu itu adalah ikhlas kerana Allah dan untuk faedah manusia, maka mengapa awak bertegas hendak memasuki Darul Ulum? Ilmu tersembunyi di dalam buku-buku dan di dalam hati para ulamak dan ulamak-ulamak sufi. Sijil (ijazah) ialah satu benda yang menimbulkan keburukan. Ia merupakan satu tunggangan kepada kehidupan dan kekayaan duniawi. Hasutan dunia mcrupakan racun yang membunuh rohani seseorang. la memusnahkan amalan amalan baik dan merosakkan hati kita. Oleh itu, jika awak hendak mendapatkan ilmu, maka kajilah buku-buku dan janganlah mengejar diploma serta sijil dari pusat pengajian.’ Fahaman ini telah menguasai saya. Lantaran itu, saya tidak belajar bersamasama Ali Naufal, seorang guru. Tetapi guru saya, Syeikh Farhat Salim sangat menyayangi saya dan bersimpati dengan saya dalam berbagai keadaan dan saya pula sangat menyeganinya. Katanya, ‘Awak sudah hampir dengan diploma. Ilmu bukanlah sesuatu yang mencederakan. Persediaan peperiksaan Darul Ulum ialah satu ujian untuk merintis jalan kepada peperiksaan yang lebih tinggi. Jika awak lepaskan peluang ini, ia tidak akan kembali lagi di masa hadapan. Sertailah dan bertenang. Saya yakin awak akan berjaya. Lagi pun saya ada kaitan rapat dengan kemasukan serta pengajian awak. Awak bebas membuat keputusan menolak atau masuk.’ Syeikh Farhat Salim telah menggalakkan saya memasuki Darul Ulum. Ujian kemasukan dijangka diadakan sebaik saja selesai peperiksaan Diploma.



Dua Peribadi Yang Hebat.



Saya ingin mencatitkan ingatan saya kepada dua peribadi hebat yang bersemadi di dalam hati dan fikiran serta mempengaruhi saya untuk tempoh waktu yang lama. Yang pertama ialah Syeikh Ahmad Asy-Syarqawi Al-Huriyani. Saya berpeluang menemuinya hanya sekali sahaja. Dia telah datang ke Damanhur untuk menemui anak-anak lelakinya, para penuntut dan para pengikutnya. Dia melawat rumah rumah mereka untuk bertanya khabar. Dia sempat bersama dengan kami untuk satu malam. Sifat-sifatnya yang unggul itu mengagumkan saya. Dia sangat mencintai ilmu, oleh itu dia menasihati orang ramai mendapatkan pendidikan. Sesiapa yang tidak mampu menuntut ilmu kerana masalah pembiayaan, maka Syeikh Ahmad Asy-Syarqawi akan menanggung perbelanjaan itu sehingga tamat pengajiannya. Kemudian dia hendaklah pula membiayai pengajian pelajar miskin yang lain sehinggalah sempurna pengajiannya. Usahanya ini mendapat kejayaan besar. Di Huriyan, semua orang, termasuk yang miskin, berpeluang mendapatkan pendidikan. Kerjasama bentuk ini membantu semua orang mendapatkan pendidikan. Di samping itu, hal ini menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat di antara mereka. Hiburan Syeikh Ahmad Asy-Syarqawi di waktu musim panas ialah mengumpulkan para penuntut dari berbagai pusat pengajian untuk mengadakan perbincangan (muzakarah). Di dalam perbincangan tersebut, dia suka bercerita, mengemukakan teka teki, mendengar bangkangan bangkangan dari para penuntut dan kemudian membasuh fikiran mereka dengan ceramah-ceramahnya yang bernas itu. Kegiatannya ini telah mengakibatkan kebanyakan penuntut di Maktab Perguruan terdiri dari mereka yang datang dari Huriyan. Dia datang untuk member galakan dan menaikkan semangat mereka. Dia menghabiskan lawatannya yang pendek itu membincangkan masalah-masalah mengenai pendidikan. Saya juga mendapat perhatiannya. Semoga Allah mengasihani dan menempatkannya di Syurga. Orang yang kedua yang sangat saya ingati ialah Syeikh Sawi Daraz. Beliau merupakan seorang pemuda yang wara’. Syeikh Sawi Daraz seorang petani. Ketika itu umurnya lebih kurang 25 tahun. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Beliau adalah seorang yang cerdik dan berpandangan jauh. Pernah di satu ketika kami berbincang kisah beberapa orang wali dan ulamak. Di antara tokoh-tokoh yang turut dibincangkan ialah Syed Ibrahim ad-Dasuqi yang dikuburkan di Damanhur dan Syed Ahmad Al-Badwi yang dikuburkan di Thantha. Syeikh Sawi Daraz bertanya, ‘Awak tahukah kisah Syed Ahmad Al-Badwi?’ Saya menjawab, ‘Ya, dia adalah seorang ulamak besar yang wara’ dan bertaqwa.’ Syeikh itu menyoal lagi, ‘Setakat itu saja yang awak tahu mengenainya?’ Saya menjawab, ‘Ya, setakat itu saja yang saya tahu.’ Syeikh itu berkata, ‘Dengarlah! Saya akan menceritakan lebih lanjut mengenainya. Syed Badwi meninggalkan Mekah, tempat asalnya dan datang menetap di Mesir. Beliau sebenarnya adalah rakyat Maghribi dan datang ke Mesir ketika di bawah kerajaan Mamalik. Mamalik berketurunan hamba dan pemerintahannya ialah sah. Syed Ahmad Al-Badwi pula berketurunan dari Saidina Ali r.a.. Syed Badwi berketurunan mulia, berilmu tinggi dan mempunyai hak dari segi pemerintahan. Golongan ‘Ahli Bait’, (yakni keturunan keluarga Rasulullah s.a.w.) menganggap jawatan Khalifah itu hak mereka. Daulah Abbasiah telah berakhir di Baghdad. Masyarakat Islam telah berpecah-belah kepada beberapa wilayah kecil yang diperintah oleh pemerintah-pemerintah yang telah berjaya merampas kuasa. Salah seorang dari mereka itu ialah Mamalik, pemerintah Mesir waktu itu. Syed Badwi hendak memperjuangkan dua perkara. Yang pertama ialah menegakkan pemerintahan berkhalifah semula. Yang kedua ialah menggulingkan pemerintahan Mamalik yang dianggapnya tidak sah itu. Untuk menjayakan perjuangannya, dia telah mengatur satu rancangan khas. Dia telah mengumpul beberapa sahabat dan penasihat termasuk Syed Mujahid dan Syed Abdul ‘Aaal. Mereka mengambil keputusan untuk menyebarkan dakwah dan mengumpul orang ramai untuk membaca Al-Quran dan berzikrullah. Mereka juga menetapkan beberapa lambang untuk majlis anjuran mereka itu. Lambang-lambang itu ialah sebilah pedang-pedang dari kayu tongkat yang dianggap sebagai paksi perhimpunan mereka. Sehelai bendera khas dan sebuah perisai kulit diisytihar sebagai Syiar Ahmadiah. Apabila orang ramai berkumpul dan mempelajari perundangan Islam, mudahlah mereka menyedari bahawa masyarakat telah rosak lantaran kemungkaran kemungkaran yang ada di dalam kerajaan dan juga kerana pemerintahan secara berkhalifah telah berakhir. Dengan cara ini orang ramai akan berasa lebih bertanggungjawab kepada Islam. Hal ini juga akan mendorong mereka supaya melancarkan jihad untuk menghapuskan kemungkaran dan menegakkan kebaikan. ‘Para pengikut Syed Badwi mengadakan perhimpunan besar mereka setahun sekali. Tanta terpilih sebagai pusat kegiatan mereka kerana tempat itu terletak di tengah tengah kawasan yang mengandungi segala bandar-bandar termasyhur di Mesir, dan jauh dari pusat pemerintahan. Di dalam perhimpunan tahunan inilah Syed Badwi dapat mengukur kemajuan usahanya. Syed Badwi tidak muncul di hadapan khalayak ramai. Dia memencilkan dirinya di bilik atas dan menutup mukanya dengan serbang kerana hendak menimbulkan kegerunan di kalangan orang ramai. Perkara ini adalah perkara biasa di waktu itu. Para pengikutnya menyebarkan khabar angin kononnya sesiapa yang melihat Syed Badwi akan menemui maut. Dengan demikian, gerakan Badwi kian terkenal dan banyaklah orang mendampinginya. Tetapi, keadaan di waktu itu tidak membantu kejayaan gerakan Syed Badwi kerana Az-Zahir Baibris Al-Band Qadari telah menaiki takhta kerajaan Mesir. Raja Az-Zahir telah berjaya mengalahkan tentera Salib di dalam banyak pertempuran. Dia juga berjaya mengalahkan kaum Monggol (Tartar) dengan bantuan Muzaffar Qataz. Kejayaan-kejayaannya ini telah membawanya ke kemuncak kemasyhuran. Banyaklah orang yang mendampinginya. Di samping itu, dia telah menjemput seorang putera Bani Abbasiah ke Mesir dan berbai’ah di tangannya. Tindakan Az-Zahir Baibris telah menggagalkan rancangan Syed Badwi.


Perkara ini tidak habis setakat ini saja. Az-Zahir telah memperbaiki hubungan politiknya dengan Syed Badwi. Dia masih lagi berhubung dengan Syed Badwi dan menaikkan pangkat serta kedudukan Syeikh tersebut. Az Zahir melantik Syed Badwi sebagai orang yang bertanggungjawab membahagi bahagikan tawanan perang di kalangan keluarganya. Tugas ini dianggapnya mulia. Hal ini wujud sekian lama sebelum Syed Badwi sempat menyempurnakan cita-citanya. Kerajaan terus berada di tangan Mamalik dan peranan sistem berkhalifah tetap kecil saja. Hal ini berterusan untuk tempoh yang lama.’ Saya terus mendengar kisah riwayat hidup Syed Badwi dari Syeikh Sawi. Saya sungguh kagum dengan kecerdasan Syeikh Sawi Daraz, seorang petani muda yang hanya mendapat pendidikan rendah di kampungnya. ‘Berapa banyakkah terdapat orang-orang yang bijak di Mesir seandainya ada orang yang boleh mencari dan menggerakkan mereka.’ Kata-kata Syeikh Sawi masih lagi bergema di telinga saya hingga sekarang. Kata-katanya itu sungguh mulia dan penuh dengan pengajaran. Nasib seluruh manusia berada di tangan Allah. Allah berfirman:

Maksudnya:

“Sesungguhnya bumi ini diwarisi kepada sesiapa yang dikehendaki di

kalangan hamba-hambanya. Kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang

bertaqwa.”



Seminggu Di Al-Azhar



Keputusan pemeriksaan doktor telah keluar dan saya dapati nama saya berada di dalam senarai calon-calon yang lulus. Saya pun terus bersedia untuk menduduki ujian kemasukan. Hanya seminggu yang tinggal dan saya perlu tumpukan perhatian kepada pelajaran. Saya membawa barang-barang dan buku-buku saya dan pergi ke Al-Azhar. Di Al-Azhar, saya tinggal di dekat pintu pintu gerbang lama. Saya diperkenalkan kepada beberapa orang penuntut lain yang sedang berusaha untuk memasuki Darul Ulum. Kami mengambil keputusan menumpukan perhatian kepada mengkaji ilmu dan mencari keredhaan Allah bersama-sama. Kami bergilir-gilir keluar untuk makan dan juga tidur. Kami tidak tidur kecuali dalam keadaan yang memaksa saja.

Ilmu Aruud (Ilmu Kiasan Bahasa) tidak dapat saya fahami langsung kerana ia adalah satu perkara baru dari segi makna perkataannya. Saya pun mempelajarinya bersungguh-sungguh. Itulah saja caranya. Saya tidak gentar dengan ilmu Hisab dan ilmu Kemasyarakatan. Tetapi di dalam ilmu Nahu, saya khuatir nanti gagal. Saya mula merasa tidak mampu bersaing dengan para penuntut dari Darul Ulum. Mereka ini telah lulus kursus sijil di Al-Azhar dan kini saya sedang menghafal kitab Alfiyah Ibni Malik dan huraiannya mengenainya oleh Ibnu Aqeel. Sementara itu bapa saya bersama-sama dengan saya dalam setengah-setengah keadaan. Walaupun begitu dia mengajar mata-mata pelajaran yang berlainan dari susunan mata mata pelajaran yang perlu untuk memasuki Darul Ulum. Saya merasa tidak puas hati. Hari peperiksaan tiba. Saya menghadapinya dengan tenang. Saya masih lagi ingat Bait Aruud (rangkap ilmu bahasa) yang kami hadapi dalam peperiksaan itu. Soalan itu menghendaki kami untuk memisahkannya dan mencari sebab-sebab serta pengenalannya dan juga syair yang berkaitan dengannya iaitu:

“Jika aku menjadi sesuatu yang lain dari manusia. (Akulah menerangi malam purnama).”



Mimpi Yang Benar



Allah, dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim-Nya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hamba-Nya yang beriman. Apabila Dia mahukan sesuatu urusan atau perkara Dia akan mempermudahkan kepada hamba-Nya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi terserbut, saya sedang berada di dalam sebuah perahu bersama-sama ulamak yang terkenal. Perahu itu sedang belayar di Sungai Nil. Salah seorang ulamak itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pendalaman Mesir. Dia menyoal saya, ‘Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai Al-Afiyah?’ Saya menjawab, ‘Ini dia!’ Katanya, ‘Mari kita ulang kaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian sekian.’ Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian lalu saya terjaga. Saya merasa sangat gembira. Pagi esoknya, saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar merupakan sumber maklumat kepada seorang mu‘min. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.