Pilihanraya: Adakah wang pertaruhan itu judi..?


Pada awal minggu ini ada seorang sahabat di Malaysia bertanya satu soalan kepada saya melalui email Facebook. soalan yang ditanya itu saya rasa sudah terjawab sejak berpuluh tahun lalu. walau bagaimanapun saya ingin kongsikan dengan sahabat2 kerana ia amat penting untuk diketahui.

Saya berkeyakinan masih ramai sahabat2 diluar sana tidak mengetahui tentang masalah ini. buktinya soalan ini sudah dua kali diajukan kepada saya. pertama; semasa balik cuti tempoh mesir dalam darurat baru-baru ini. kedua: awal minggu lepas 18 ogos dan soalan yang saya maksudkan sebagaimana di bawah:

Soalan: Orang UMNO mendakwa bahawa PAS sama saja dengan UMNO sebab mengamalkan judi. buktinya wang pertaruhan PILIHARAYA. apakah jawapan atau hujah untuk menolak tohmahan tersebut?

Jika jawapan saya dibawah tidak menjawab persoalan yang ditanya, sahabat2 boleh rujuk semula kepada mereka2 yang lebih alim dalam masalah ini. ini ulasan dan jawapan saya:

Pertama: Kalau ada org UMNO kata PAS dan UMNO sama suruh dia undi PAS sebab dia kata PAS dan UMNO sama.. saya tak boleh undi UMNO sebab saya kata UMNO dan PAS tak sama.. kalau ada penyokong UMNO yang dia tak boleh undi PAS bermakna PAS dan UMNO tak sama.. kenapa takut untuk undi PAS dan tak akut nak undi UMNO jika benda tu sama..

Kedua: Wang pertaruhan - wang pertaruhan itu hanya disebut untuk orang-orang kampung saja supaya mereka mudah paham dan semangat berkerja untuk menang pilihanraya.. istilah sebenar dipanggil ' wang deposit'..

Ketiga: Apabila wakil rakyat yang bertanding mendapat 1/8 jumlah undi. maka duit tersebut boleh diambik balik walaupun kalah..kalau judi duit pertaruhan itu akan hilang terus atau dikira hangus jika kalah..

Keempat: Apabila disebut judi maka ia terdiri dari dua pihak, satu pihak akan menang dan mendapat wang pihak sebelah sana yang kalah.. satu pihak lagi akan kalah kehilangan wang pertaruhan.. dalam pilihan raya wakil rakyat yang bertanding bukan untuk mendapat wang pihak lawan tp bertanding untuk mendapat sebanyak mungkin jumlah pengundi.. duit puak yang kalah juga bukan dapat kepada puak yang menang, bahkan diserah kepada pihak kerajaan..

Kelima: Dalam pengajian usul fiq ada satu kaedah iaitu "apabila bertembung antara dua keburukan, maka mesti dipilih keburukn yang lebih ringan".. dalam isu ini jika ada yang berkata duit deposit itu judi maka ada 2 keburukan disana yang saling bertebungan iaitu;

1)Masuk pilihanraya terlibat ngan judi sudah tentu judi itu buruk dan berdosa
2)Tidak menyertai pilihanraya buruk juga akibatnya. bahkan lebih buruk jika ditinggalkan pilihanraya sebab memberi peluang kepada puak2 yang lawab islam dan smpai bila islam boleh ditegakkan jika tak menyertai pilihanraya, kerana Malaysia hari ini masih lagi membuka laluan parti-parti politik untuk bersuara melalui sistem demokrasi dan pilihanraya satu2nya cara yang ada untuk mengubah landskap politik Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Sekali gus dapat menukar kerajaan yang ada kepada kerajaan yang melaksanakan undang2 Islam..

Jadi apabila ditinggalkan pilihnraya, maka berseronoklah umno dan konco-konconya sahaja yang bertanding, tidak ada lagi parti islam. Maka meninggalkan pilihanraya lebih buruk dan lebih banyak lagi kerosakkan akan berlaku.. Ada pun PAS menyertai pilihanraya bukan hendak menyokong judi.. PAS tahu judi berdosa, PAS tak iktiraf pun judi itu halal.. tapi dosa tinggal pilihanraya yang menyebabkan rasuah, kezliman dan penyewengan lebih besar dosa berbanding masuk pilihanraya yang orang jahil jer kata benda tu judi...

Wallahu'alam..

Bukti blog pro-Umno: Rakyat tunggu tindakan Jais


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melengah-lengah isu menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) atas laporan murtad sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, apabila di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

“Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan.

Dalam isu Jais, Tuan Ibrahim hari ini juga menimbulkan persoalan terhadap beberapa reaksi dan tindakan Umno sejurus selepas cetusan isu Jais menyiasat gereja – yang beliau sifatkan sebagai amat mencurigakan.

Tuan Ibrahim berkata perkara paling aneh ialah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Tuan Ibrahim berkata perkara paling aneh ialah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

“Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Aguing PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

"Dengan ledakan sedemikian di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini. Kenapa perkara ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, kata beliau ialah kecepatan media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri dan juga demonstrasi yang dilakukan Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal beliau.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut melontarkan satu soalan untuk renungan ramai untuk rakyat melihat di sebalik lemparan-lemparan yang ditujukan Umno kepada PAS dalam isu murtad ini.

“Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?”

“Yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas ‘demi bangsa, agama dan negara’ selama 54 tahun ini.

"Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, mereka hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat?” selar beliau.

Padahal, kata Tuan Ibrahim selama ini umat Islam sentiasa mempersoalkan banyak tindakan kerajaan pimpinan Umno yang mengancam aqidah umat Islam seperti ketidaksediaan mereka menggubal akta pencegahan murtad, membiarkan ajaran Qadiani terus wujud di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam, dan di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas.

Tegas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sejak dulu lagi PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan dalam pada masa yang sama, PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.

“Isu aqidah – Umno marah pada PAS kononnya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya. Isu jual kerakyatan rakyat – Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.

"Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi hero Islam. Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah ‘undi Melayu’ pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa,” selar beliau lagi.



Sumber: harakahdaily.net

Isu murtad: kejadian serbuan pihak JAIS – Siri 1



Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis kesyukuran yang dianjurkan di gereja Methodist mazhab Protestan di Damansara Utama Selangor.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya sekitar jam 10 malam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Keesokan hari selepas berlaku kejadian serbu Jais itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," katanya.

Menteri besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Kenyataan MB Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim menimbulkan pertembungan dengan pendirian Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang kesal dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya bersifat 'apologetik' (terlalu lembut) berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara (DUMC).

Sehubungan itu, pucuk pimpinan PAS Pusat akan berjumpa dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama Selasa (16 Ogos), demikian menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, beliau berkata permintaan untuk berjumpa dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum dapat ditetapkan lagi.

"Pihak gereja telah bersetuju dengan permohonan PAS untuk bertemu perjumpaan itu akan diadakan pada pukul 4 petang. Dengan Jais, kita belum dapat tarikh lagi. Kami dimaklumkan JAIS belum dapat berjumpa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata rombongan sembilan orang pucuk pimpinan PAS akan diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu memandangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berada di luar negeri.

Rombongan PAS turut akan disertai oleh Mustafa, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Idris Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Seramai 12 orang umat Islam, yang berada dalam majlis tersebut ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an.

Majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah eksekutif NGO itu - yang membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan AIDS - Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti" sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

"Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada hari berkenaan (Rabu 3 Ogos 2011), Harapan Komuniti hanya mengadakan majlis kesyukuran/makan malam amal untuk mengumpul dana di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).

Sementara itu Berita Harian melaporkan ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.

Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.

Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya. Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.

Sumber: Malaysiakini.com & BHarian Online

Isu : Pelanggaran Etika Penjawat Awam dan Penyalahgunaan Kuasa


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menghantar delegasi yang diketuai oleh Ketua DPP Malaysia bersama Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang – undang dan hak Asasi Manusia DPPM ke Mesir pada 2 hb August 2011 yang lalu untuk melihat dan meneliti dari dekat mengenai aduan ramai pihak mahasiswa/i Mesir mengenai salah laku seorang Pegawai Atase Pendidikan Malaysia [ Education Malaysia Egypt ] Kementerian Pengajian Tinggi yang bernama Khairi Jalalluddin.

2. Sebagai seorang pegawai atase pendidikan , Khairi Jalalluddin telah dilihat terlalu banyak melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah pula dengan profesionalisme tugasnya. Beliau juga menjadi Ahli Lembaga Kelab UMNO Mesir.

3. Beliau sepatutnya berperanan untuk memberi khidmat dan membantu peningkatan akademi mahasiswa\i di Mesir, tetapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di kaherah Mesir.

4. Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan ialah

· Berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM]

· Merancang untuk mengheret pelajar Perubatan Mesir menyertai Kelab UMNO.

· Berkempen dihadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai Kelab UMNO Mesir

· Mengadudomba agar pihak Duta bertembung dengan Mahasiswa

5. Lebih banyak penyelewengan dan salahlaku beliau telah didedahkan oleh sebuah laman social facebook KJ Bocor Fan Club.

6. Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius perkara ini dan memohon pihak berwajib seperti pihak Kementerian Pengajian Tinggi menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club.

7. Sekiranya Khairi Jalalluddin bertindak seperti yang didedah, DPP Malaysia mendesak dan menggesa supaya Khairi Jallauddin segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar. Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkaan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai Pegawai Atase Pendidikan dan beliau bolehlah kembali ke Mesir atas nama Ahli kelab UMNO Mesir tanpa perlu lagi berselindung di sebalik jawatan kerajaan.


Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.