Antara jasa-jasa umno pada agama.. banyak bukan?!?!

Ini sebagai satu penulisan ringkas untuk menjawab tohmohan dan dakyah yang disebarkan kepada orang Islam di negara ini, kononnya Umno pembela agama dan melayu. Dua isu ini yang di jadikan modal untuk memburukkan Pas dan Pakatan Rakyat, kononnya jika Umno kalah dalam pilihanraya umum akan datang bermakna Islam dan Melayu akan hancur. Daripada pengumpulan hujah-hujah yang ditemui jelas bahawa yang mengkhianat Islam dan Melayu ialah Umno, bukan Pas dan Pakatan Rakyat.

Pengkhianatan Umno Terhadap Agama

1. Tidak menghormati keputusan para mufti mengatakan sure heboh atau jom heboh haram

2. Melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan bertafakkur di depan Tugu Negara tetapi Tun Abdullah (bekas Presiden Umno) telah melakukan juga sempena Hari Pahlawan pada 31/7/07

3. Menutup surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi yang mendirikan Jumaat diarahkan tutup dan imam ditangkap.

4. Meroboh masjid Bujal diKemaman,

5. Meroboh surau di Kampung Berembang pada 30/11/06.

kanak-kanak pun reti 'meratapi' kesayuan kerana rumah Allah yang dibina atas limpahan peluh dan jerih payah akhirnya tumbang walaupun dihalang dengan kudrat, darah dan air mata hamba-Nya.

1. Umno tidak bersungguh-sungguh membenteras gejala murtad. Mengikut rekod orang murtad zaman penjajah selama 446 tahun hanya tidak sampai 150 orang. Tetapi 50 tahun merdeka di bawah tonggak Umno orang murtad 250 ribu (kenyataan Tan Seri Harusani Mufti Perak)

2. Zaman Umno 9 menteri bukan slam berani membantah Artikel 121 (1a) mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah pada 10/6/06.

3. Umno tidak berkerjasama pada program untuk mencegah maksiat contohnya kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk, Ampang.

4. Membiarkan pelaburan KWSP dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera di dalam syarikat arak.

5. Tidak mengarahkan jangan menghidang arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

6. Menjelang Ramadhan 2007 Surau al-Rahman Sek 8 Shah Alam diarah tutup.

7. Dato’ Rais Yatim ketika merasmikan persidangan IFC di sebuah hotel di Bangi 2005 mengatakan bahawa semua agama adalah sama sahaja.

8. Menghapuskan tulisan jawi sehingga orang Islam tidak pandai membaca al-Quran sehingga Utusan Melayu edisi jawi ditutup.

9. Membatalkan cuti hari Jumaat sebagai cuti umum di Negeri Johor, Perlis. Tan Seri Muhyiddin adalah orang yang bertanggungjawab di Johor ketika menjadi Menteri Besar.

10. Menghentikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sehingga SAR terpaksa ditutup.

11. Kerajaan pimpinan Umno di bawah Khir Toyo di Selangor telah menarik wang zakat yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang belajar di al-Azhar yang dituduh terlibat dengan parti pembangkang.

12. Kabinet buang garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM.

13. Tan Seri Nazri Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menuduh orang yang membantah kumpulan yang hendak mengadakan seminar Artikel 11 (untuk memperjuangkan orang Islam bebas murtad) adalah kerja bodoh.

14. Membiarkan kumpulan anti hadis yang berada di dalam Umno.

15. Selepas merdeka orang Islam ada 82%, setelah 52 tahun merdeka hanya tinggal 50% lebih.

16. Kabinet telah meluluskan undang-undang tukar agama pada 22 April 2009, iaitu undang-undang yang membenarkan seorang anak kekal agama asalnya (agama bukan Islam) apabila ibu bapanya menyertai agama Islam.

17. Umno zaman Tun Dr. Mahathir telah mencuba untuk membuang nama Islam pada pertubuhan di negara ini.

18. Dato’ Seri Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Naib Presiden Umno Malaysia telah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009).

19. UMNO membelai Yahudi menjadi penasihat PM di pusat pentadbiran di Putra Jaya pada masa sama menahan dan memenjara para ulamak dalam tahanan ISA

Insya'Allah bagi mereka-mereka yang sokong UMNO dapat juga la saham di akhirat kelak . Saya yakin pejuang-pejuang Islam akan membangkitkan perkara-perkara ini di hadapan Allah dan di hadapan Nabi Muhammad nanti... dari risalah penerangan PAS

Sumber: http://pasayangislam.blogspot.com

Pemergian Ustaz Hassan Shukri - satu manifestasi arkanul baiah

''komitmen Almarhum kepada perjuangan PAS sangat mantap. Jangan siapa nak persoalkan kesetiaan Almarhum. Saya tahu Almarhum banyak berkorban untuk PAS''


(Zulkifli Nordin, 2010)



''satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah''




(Tuan Guru Hadi Awang, 2010)



Pemergian Ustaz Hassan Shukri pada usia 71 tahun sememangnya sesuatu yang mengejutkan, lebih-lebih lagi beliau merupakan nama besar di dalam perjuangan Islam di Malaysia di bawah panji PAS dan baru sahaja menerima anugerah tokoh pemuda sempena Muktamar Tahunan PAS pada minggu lalu.



Seperti biasa, pemergian tokoh besar sebegini akan secara automatik melahirkan pelbagai perkongsian pengalaman dan testimoni berkenaan beliau, oleh mereka yang rapat dan juga daripada mereka yang mungkin hanya sempat bertemu beliau buat beberapa detik sahaja. Pepatah pun ada menyebut, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.



Apa yang membuatkan Ustaz Hassan Shukri kekal lama di dalam perjuangan Islam?



Pastikan kekuatan beliau terletak kepada bai'ah beliau. Bai'ah yang kita maksudkan bukan sekadar bai'ah dalam konteks kepada pimpinan, namun bai'ah untuk beramal, bai'ah kepada Allah swt.



Kalau di dalam ilmu Fiqh, kita memahami arkanus solat (rukun-rukun solat) wajib dipenuhi untuk menjadikan solat itu sah, di dalam bai'ah kita pun ada arkan (rukun-rukun) nya yang tersendiri yang mesti kita penuhi, satu janji dan amanah yang mesti ditepati oleh orang-orang mukmin.



Mari kita lihat bagaimana aplikasi arkanul bai'ah di dalam kehidupan Ustaz Hassan;



Fahmu - Semestinya beliau mempunyai kefahaman yang jelas , tentang 'apa yang diperjuangkannya' , kerana tanpa kefahaman yang tulen, mustahil seseorang mampu bertahan berdekad lamanya di dalam perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat. Beliau jelas perjuangan bukanlah kerana sekadar menggerakkan sebuah persatuan yang dianggotai sekumpulan manusia, mahupun perjuangan memberikan ceramah-ceramah agama. Namun ini merupakan sebuah usaha untuk mencapai mardhatillah (keredhoan Allah)



Ikhlas - Amal yang ikhlas sahaja yang mampu bertahan lama. Amal yang 'bahan bakarnya' ialah pujian manusia, habuan harta, tawaran pangkat dan nama akan menjadi rapuh dan lenyap selepas penyebab amalan itu tiada...Namun Allah akan tetap kekal selama-lamanya sebagai tujuan amal dilakukan.



Amal - Ustaz Hassan merealisasikan perjuangan dalam bentuk amal, dan bukan sekadar dalam bentuk penulisan, atau percakapan sahaja. Kedudukan sebagai mantan Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden dan Setiausaha Agung tidak menghalang beliau untuk mengutip sampah dan menyapu halaman!!



Jihad - Beliau sungguh berani dan bijak dalam menghadapi tribulasi dakwah. Terkenal dengan kehebatan dan keberanian berhujah semasa menjadi senator di Dewan Negara pada tahun 1999 mewakili negeri Terengganu, sehinggalah kepada sumbangan penting beliau di dalam draf perlembagaan untuk membolehkan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS.




Tadhiyyah -
Aktivitis Pas yang tidak lokek di dalam perjuangan. Wang poket sendiri dikeluarkan dalam proses menegakkan agama Allah sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang (pelaburan akhirat). Masa dan tenaga yang dikorbankan beliau cukup banyak, sehingga disifatkan Tuan Guru Hadi Awang sebagai ''terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil''



Taat - samada ada jawatan atau tidak, ketaatan kepada pemimpin yang dilantik secara jama'ah dijadikan sebagai sumber ketaatan samada keadaan susah maupun senang.



Tsabat - Perjuangan beliau bermula pada ketika PAS belum dilihat sehebat sekarang. Beliau menjadi Ketua Pemuda pada tahu 1971 sebelum era PAS bersama-sama di dalam BN dan kemudiannya ketika PAS ditendang keluar, dan kemudian di zaman PAS kehilangan negeri Kelantan. Ada teman-teman beliau yang lompat masuk ke UMNO, namun ini tidak menggugat dan mengoyahkan semangat beliau atas perjuangan yang suci ini. (al-Ahzab, 23)



Tajarrud - Pastinya keyakinan beliau akan penjuangan Islam yang sepenuhnya, 'membogelkan' pemikiran daripada rangka pemikiran sekular dan cara pemikiran yang bersih daripada nilai-nilai non-Islamic menjadikan beliau terus kekal pada perjuangan Islam dan PAS.



Ukhuwwah - Hati yang bersih untuk sentiasa bersabar, ber salamatus shadri (berprasangka baik) kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan juga sentiasa mengamalkan itsar, iaitu mendahulukan kepentingan saudaranya. Inilah yang mengikat hubungan pejuang-pejuang Islam dan menjadikan sahabat-sahabat seperjuangan rapat dengan almarhum.



Tsiqoh - Tsiqoh yang ada pada ahli Pas kepada beliau menjadikan beliau diyakini untuk dipilih sebagai pemimpin Pas dan para pengikut tenang dengan karakter dan akhlak beliau. Tsiqoh ini lahir pastikan daripada akhlak dan budi pekerti yang mulia, dan akhlak ini pula pastinya lahir daripada jiwa ibadur rahman yang ingatannya sentiasa pada Allah.



Akhir kata, mari kita muhasabah, bagaimana perlaksanaan rukun-rukun bai'ah kita. Jika rukun-rukun ini rapuh, kita takut bai'ah dan janji kita kepada Allah dalam pejuangan sebagai seorang mukmin di dunia ini hanya kekal sampai selepas belajar, atau selepas berumah tangga atau terganggu hanya kerana perkara-perkara remeh dan bersifat peribadi.



Semoga Allah menjadikan kita semua mukmin soleh dan mukminah solehah yang musleh.




p/s: Al -Fatihah buat Almarhum Ustaz Hassan Shukri.....



kiriman: dari sahabat seberang (Acheh)

Air mata suci...

Membina legasi perjuangan tidak semudah yang diimpikan...

Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya. Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw:


عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ


“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”.


menurut laporan dari blog chilliburung

Antara yang awal hadir ialah Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa) dan wakil dari Kedutaan Luar Negara...


YB Kubang Kerian, Salahuddin Ayub...


Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ketua Penerangan PAS Terengganu.


MP Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut...


Dato' KJ...


Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba dan nampak agak sugul...


Close-up...


Antara yang menyambut TGNA ialah TGHH, Nasa Mat Isa, Dato' Haji Mahfuz, Mujahid dan Dato' KJ...


Tak dapat tahan kesayuan, airmata Tuan Guru bergenang... aku yang dok snap gambar Tok Guru pun ikut bergenang..


Tadi bila airmata TGNA berlinang, aku pun ikut berlinang jugak... kali ni, aku tengok TGNA dah tak dapat bertahan, kalau dah TGNA x dapat nak tahan, apalagi la aku ni ha... terus simpan kamera, dok jauh2...

Kena paham, bila TGNA menangis, bukan sebab dia sedih, tapi sebab TGNA tahu akan sampai hari dia dan kita-kita pulak...

masing-masing nak kena selalu ingat Allah...


Saat Jenazah Allahyarham diusung untuk disembahyangkan... yang pakai baju biru tu ialah blogger Pak Bakaq ~Penarik Beca... ada yang label Pak Bakaq sebagi blogger pemecah belah...

Yang label Pak Bakaq macam tu, sekor pun aku tak nampak sebaliknya blogger yang korang hina ni semalaman dok urus macam-macam hal dan urusan dengan keluarga Arwah.


Jenazah Allahyarham disembahyangkan oleh hampir 500 hadirin dan diimamkan oleh TG Presiden PAS Haji Hadi...

Pimpinan lain semuanya berada dalam saf depan...

Waktu ni aku rasa sangat-sangat terharu bila tengok barisan pertama & kedua makmum dipenuhi oleh para ulamak & ilmuan agama...

begitulah hebatnya orang yang rapat disisi Allah, hidup dan matinya dikelilingi para ilmuan dan ulama.

macam mana hari kita esok..?


Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA...

Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata...

Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang...

Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi...

Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan...

Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia...

Jangan khianat, jangan khianat & jangan khianat...


Dato' Nizar..


** dimanakah kita semua? kita buang semua isu2 politik disini. adakah kita mati membawa harta atau nama? semua ini kerana imaan. tepuk dada akan kita akan tahu diparas mana imaan kita.


GEGAR Lancar Program Ala-Ala Gerila Di Kelantan

Pujian harus diberikan kepada warga Kelantan yang bertindak bijak mengajar pihak yang bersikap "kurang ajar" terhadap warga Kelantan, institusi Di Raja Kelantan dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.

Tanpa mengambil masa yang lama, tanpa perlu berbincang-bincang, tanpa perlu bersusah payah mewar-warkan apa yang perlu dibuat, rakyat Kelantan sepakat memboikot Majlis Perasmian "Kelantan Fiesta" yang berlangsung dalam suasana yang paling memalukan pihak Red Carpet khususnya UMNO Kelantan.

Nasib juga acara semalam tidak disiarkan secara langsung dikaca telivisyen, kalau tidak pasti situasi yang lebih buruk akan menimpa UMNO Kelantan dan yang lebih penting lagi - Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia dato' Seri Najib Tun Razak.

Mana tidaknya, perancangan yang rapi telah dilakukan oleh pihak GEGAR dimana sekiranya PM tampil dalam majlis malam semalam, 1 banner sepanjang 100 kaki yang tertulis "DAULAT TUANKU, Patek RAKYAT MAHU KERAJAAN PUSAT SERAHKAN Royalti 5% segera KEPADA KERAJAAN KELANTAN, BUKAN WANG EHSAN" yang berjaya diseludup masuk ke stadium akan diangkat sebaik sahaja PM berucap dan pastinya akan tersiar secara langsung di kaca telivisyen anda..!

Jangan fikir rakyat Kelantan akan duduk diam dalam isu Royati Minyak dan Gas, setiap masa akan ada kejutan demi kejutan kepada pihak-pihak yang bersekongkol dengan Kerajaan Pusat.

Kisah Semalam

Rancangan awal yang telah diatur oleh pihak GEGAR ialah menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia dengan banner sepanjang 100 kaki tersebut di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. atas sebab-sebab tertentu, program awal pagi dibatalkan. dibatalkan kerana pihak GEGAR fikir, kejutan awal akan memberi impak yang kurang baik untuk program pada sebelah malamnya yang dijangka lebih menarik.

Pihak GEGAR mahu kejutan seperti ini dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia secara langsung dikaca telivisyen. kita nak tengok macam mana menggelabahnya PM dan gerombolan berbaju batik berperut buncit secara langsung di kaca telivisyen.

Maka untuk seterusnya, kita biarkan PM menikmati hari siang yang indah di Negeri Kelantan. harus ada kenangan manis dan perlu disertai dengan "kenangan pahit". tunggu sebelah malamnya.

Jam 8:00 malam berkumpul di Food Court bersebelahan dengan stadium. yakin tak ada SB yang akan syak ada perancangan hebat untuk malam tadi untuk PM. nak bagi SB lalai bukan susah, pakai saja apa-apa baju yang tertulis "1Malaysia" atau baju batik. baju batik dengan beg sandang adalah imej tipikal gerombolan, baju t'shirt dan beg sandang pula adalah imej tipikal SB.

Tak pasal-pasal hujan turun selebat-lebatnya. angin kencang, khemah-khemah peniaga hampir-hampir terangkat dan para peniaga bertempiaran berteduh di Food Court dan juga perkarangan stadium. blog TT menyiarkan secara langsung dan detail apa yang berlaku semalam.

Najib: Gagal Hadir atau Malu Untuk Hadir

Dalam aturcara majlis semalam tertera jam 9:00 malam - ketibaan jemputan kehormat Perdana Menteri Malaysia, tapi sampai jam 10:00 malam, kelibat PM tak muncul-muncul, yang muncul ialah Stopa Mohamad. aku dah agak, dengan kehadiran yang tak cecah 500 orang (itupun lepas budak-budak sekolah diangkut sama), tak mungkin PM Najib akan muncul. APCO tak kan biarkan kroninya dimalukan.

Stopa Mohammad jadi Kambing Hitam. majlis dimulakan dengan pengumuman bahawa PM tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu (ala cakap je la tak dapat hadir sebab penonton tak ramai, tak kan nak siar secara langsung majlis PM dalam stadium penuh dengan kerusi kosong..?) dan digantikan oleh Tok Pa.

Team GEGAR terus on plan ke-2 bergegas ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk mengucapkan selamat tinggal bersama dengan banner ke-2 juga sepanjang 100 kaki (back-up kena ada beb...).

Di Stadium, sebaik sahaja bacaan doa selesai, blub..! blackout..! senyap sunyi... sudahnya Tok Pa berceramah pakai Loud Hailer, aku dengan geng-geng bantai gelak, ni majlis Gilang Gemilang kejadah pakai Loud Hailer..? sikit-sikit aku nampak Tok Pa "in future" tengah demo dengan gerombolan... hahaha...

Ceramah Tok Pa memang best... Tok Pa ajak rakyat Kelantan maju ke depan, nak maju kedepan kena naik Keretapi kata Tok Pa... aik..? ni zaman bila ni Tok Pa... tapi ada betul jugak cakap Tok Pa... nak naik jet, enjin dah hilang, nak naik kapal, semua kapal dagang Zionis, nak naik kapal selam, kompom tak leh menyelam...

Dah la... malas nak cerita pasal Tok Pa...

Ngam-ngam geng GEGAR sampai dekat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Jet peribadi PM berlepas, laju sungguh speed PM pengecut ni. tapi tak de hal. masa PM lalu dekat jalan utama tu mesti dia perasan banner sepanjang 100 kaki yang dah dipasang sejak semalam dekat lapangan Terbang.

Seterusnya, kita dah rancang akan terjah setiap program Kerajaan Pusat di Kelantan. asal ada program gerombolan je, pati pihak GEGAR akan turun padang, banner 100 kaki akan terus berkhidmat dan mengingatkan geng-geng gerombolan bahawa rakyat Kelantan akan terus komited menuntut Hak Negeri Kelantan.

Kelantan Fiesta akan berjalan seperti biasa. kalau ada geng gerombolan nak datang, dipersilakan... kami menunggu anda setiap masa..!

Sumber:http://perisik-rakyat.com/

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA, BEKAS CALON PAS LENGGONG & AJK DEWAN ULAMA PAS PERAK DITAHAN POLIS MESIR


Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria atau nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria (berserban dlm gambar) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.



Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.



PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.



Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.



http://misabah.blogspot.com