Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan Ke Mesir Kena Sabotaj?

saya melahirkan rasa terharu dan mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan negeri kelantan yang sudi menghantar delegasi untuk menjenguk dan menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan anak-anak kelantan di mesir.

walau bagaimanapun, saya merasa terkilan di atas tindakan beberapa pihak tertentu seolah2 ada sabotaj ke atas kehadiran delegasi ini. antara persoalan yang bermain di fikiran saya, di manakah wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) @ Education Malaysia (EM) yang sepatutnya menyambut ketibaan delegasi ini? Adakah maklumat tentang kehadiran ini tidak diketahui atau disembunyikan oleh pihak2 tertentu? yang pasti pihak delegasi telah memaklumkan akan kehadiran mereka kepada pihak KBMK. lagi pun kehadiran delegasi ini atas nama rasmi kerajaan negeri kelantan yang terdiri Dato Timb. Menteri Besar, Dato Nik Amar, Dato Takiyddin, Dato Setiausaha Negeri, YPD MKPB-BRI dan beberapa orang lagi

Antara lain, tujuan pihak delegasi kerajaan negeri datang ke mesir ialah bertemu dengan pihak Universiti Al-Azhar untuk membincangkan soal pengajian di sini. Pengaturan dan ketetapn tarikh pertemuan telah dimaklumi awal oleh pihak delegasi kepada pihak KBMK di atas tujuan tersebut, masalahnya, pihak delegasi dimaklumi pertemuan tersebut tidak dapat diadakan kerana sheikhul Azhar difahamkan berada di luar Mesir.

apa yang menguatkan tanggapan saya bahawa ada sabotaj pihak2 tertentu ialah apabila 6 jam (hari terakhir) sebelum keberangkatan pulang delegasi, barulah dimaklumkan bahawa pihak universiti al azhar bersetuju mengadakan pertemuan tersebut. itupun setelah seorang wakil delegasi pergi berjumpa secara direct dengan pihak KBMK.

jika kesilapan ini berlaku tanpa disengajakan saya boleh terima, akur dan mohon penjelasan lanjut. akan tetapi jika ia satu perancngan atas dasar sentimen kenegerian atau kepolitikan saya anggap satu tindakan yang tidak profesional dan kurang matang.

Wallahua'lam..

Pemuda Pas mahu Dr Dzulkefly minta maaf

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, perkara-perkara yang besar dan melibatkan dasar parti perlu diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti sama ada muktamar tahunannya atau Majlis Syura Ulama selain memerlukan pindaan Perlembagaan Pas.

Katanya, langkah-langkah itu memerlukan proses yang panjang dan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti dan semua ahli.

“Bukan semudah itu untuk melontarkan sesuatu pandangan yang besar apabila melibatkan dasar dan perlembagaan parti.

“Beliau sepatutnya merujuk Perlembagaan Pas serta kepemimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan kerana boleh menimbulkan satu polemik yang meresahkan ahli di peringkat bawahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahir, natijah dari kenyataan Dzulkefly semalam, pengundi Melayu juga sudah mula mempertikaikan kenyataan beliau dengan menganggap Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Menurut beliau dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Katanya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Ujar, Mohd Shahir, perlembagaan parti dengan jelas menggariskan syarat bahawa ahli mestilah beragama Islam.

Katanya, sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan dasar dan matlamat perjuangannya Islam, sudah tentu mereka yang mendukungnya juga mesti terdiri daripada orang-orang Islam.

Sementara itu, Mohd Shahir berkata, amat sukar bagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam menerima kepemimpinan tertingginya daripada kalangan bukan Islam.

“Sepatutnya sebagai pimpinan Pas di peringkat pusat, beliau perlu berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan dan berbincang dengan kepemimpinan Pas Pusat supaya kenyataan beliau selari dengan dasar parti,” katanya.

“Kami berharap Dr Dzulkefly Ahmad lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pas,” katanya.SH

Sumber: Sinar Harian

Timbalan Presiden Bukan Islam?.-Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

1. PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Ia bukan cabang politik atau menjadi Lajnah Siasah kepada mana - mana jamaah induk lain seperti Harakah Islamiah Syamilah [HIS] atau lainnya dengan namanya yang baru. Sebaliknya PAS adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengambil peranan Gerakan Islam yang berjuang ke arah menegak dan mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta.

2. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang mendokong cita - cita perjuangan Islam serta objektif perjuangannya menepati kesyumulan Islam, lalu PAS meletakkan orientasi perjuangannya secara seimbang dan sepadu antara Gerakan Tarbiyyah, Gerakan Dakwah dan Gerakan Siasah.

3. Justeru itu PAS tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti politik semata - mata seperti mana parti - parti politik yang lain. Sebaliknya PAS adalah sebuah gerakan atau jamaah induk yang dibawahnya mempunyai pelbagai jabhah atau lajnah seperti Lajnah Tarbiyah, Lajnah Dakwah dan Lajnah Siasah.

4. Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua tertinggi yang dipilih melalui muktamar PAS. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya sarat dengan perencanaan untuk memperjuangkan Islam, maka wajiblah pimpinannya terpilih dari kalangan muslim, selain ianya adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh perlembagaan parti.

5. Jawatan Timbalan Presiden adalah antara jawatan tertinggi parti. Ia adalah Jawatankuasa Harian parti dan saff tertinggi selaku pemegang rahsia dan amanah perjuangan Islam yang didokong oleh parti.

6. Saya tegas meletakkan keseluruhan saff kepimpinan tertinggi disemua peringkat parti atau saff kepimpinan yang menjadi ahli mesyuarat utama dan tetap parti mestilah terdiri dari kalangan muslim kerana PAS adalah Gerakan atau Jamaah Islam, bukan badan kebajikan atau biro politik kepada jamaah tertentu.

7. Apabila saya menegaskan demikian, bukan bermakna PAS sebagai sebuah Gerakan Islam meminggirkan golongan non muslim. Jauh sekali untuk mencurigai mereka tanpa sebab dan asas yang jelas. Kerana umum mengetahui bagaimana prinsip dan sikap Islam terhadap non muslim yang tidak memerangi Islam.

8. Sekurang - kurang kita mempunyai 3 saluran untuk mengekalkan hubungan baik dengan non muslim.

Pertama : Melalui Tahaaluf Siasi [ kerjasama politik ] atau sosial yang dibina di atas persamaan tertentu pula tertakluk kepada perjanjian tertentu.

Kedua : Membentuk sebuah organisasi khas non muslim yang memiliki ketua dari kalangan mereka sendiri serta bernaung dibawah badan induk parti seperti yang ada pada hari ini iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketiga : Memanggil atau mengundang pemimpin non muslim untuk menyertai mesyuarat tertinggi parti di semua peringkat berdasarkan keperluan. Ertinya bukan sebagai ahli mesyuarat tetap.

9. Mengisi Jawatan dalam parti seperti PAS sebagai sebuah Gerakan atau Jamaah Islam tentunya berbeza perbahasannya dengan mengisi jawatan dalam kerajaan.

10. Non muslim tidak perlu tersinggung apa lagi rasa diperkecil apabila tidak masuk senarai wajar mengisi jawatan tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden kerana PAS secara analoginya adalah sebuah rumah orang Islam, so ketua keluarga rumah orang Islam tentunya muslim. Adapun hubungan baik dengan non muslim boleh berlansung dengan pelbagai keadaan yang dibenarkan seperti non muslim boleh bertandang atau menziarahinya spada masa - masa tertentu atau boleh mengundang non muslim tinggal berjiran.

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat