Kita pekerja yang baik atau pekerja yang jahat



Seandainya kita menjadi pekerja yang baik kepada bos kita, kita melakukan segala arahannya tanpa sebarang alasan dan dalih. Sebelum bos kita mengarahkan sesuatu, dari awal lagi kita telah laksanakan arahan tersebut. Kita suka kepada bos, bos kita suka kepada kita. Orang yang menghina bos kita, kita akan cepat-cepat mempertahankannya dan begitulah seterusnya.



Para sahabat Nabi s.a.w mereka pekerja yang baik kepada Allah s.w.t mereka menunaikan kewajipan agama contohnya solat jemaah, sebelum azan berkumandang mereka sahabat-sahabat Baginda yang mulia awal-awal lagi berduyung-duyung menuju ke masjid sebab mereka mahu menjadi pekerja yang baik yang melaku kerja-kerja agama dengan penuh ikhlas tanpa diawali dengan seruan dan suruhan.



Kehidupan dunia hari ini yang tak sudah-sudah menghambat manusia berlumba-lumba mengumpul harta, kesenangan, kemewahan dan kemegahan menyebabkan bukan setakat lewat ke majid bahkan manusia menjadi culas sehingga kewajipan terbesar ini dikesampingkan dalam kehidupan mereka.



Bukan salah atau berdosa pergi ke masjid lewat ketika seruan iqamat dikumandangkan. Tetapi itulah kehebatan, kedahsyatan puncak taqwa dan tanda keikhlasan sahabat-sahabat Nabi yang mulia menjadi pekerja yang baik kepada Allah s.w.t sang pencipta yang maha agong.



Wallahua’lam..

boikot sweden: Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat, 19 Mac ini.



Himpunan itu dirancang sebagai menunjukkan bantahan terhadap tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad s.a.w.



Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pada tarikh itu, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden.



Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Sweden.



"Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 19 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah s.a.w.



"Saya menyeru dan mengajak seluruh umat Islam yang prihatin agar turun bersama-sama kami bagi menzahirkan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita," katanya.



Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.



Sumber: Harakahdaily.net

nasihat poksu...

Setiap amanah itu sebenarnya penentu kebahagiaan. ...



Ya Allah!! berikanlah kepada kami kekuatan untuk melunaskan setiap amanah yang kau taklifkan...

Ya Rabb!! bukalah bagi kami pintu rahmatmu agar kami dapat mengecapi kemanisan dalam mujahadah memikul tanggungjawab perjuangan agama mu.....



Teman!!!!



Mulianya hidup kita dengan taklifan perjuangan dari Ilahi,

Gembiranya roh kita apabila menyelesaikan amanah Rabbul Jalil