Presiden pertubuhan itu, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata umat Islam khususnya di Malaysia telah dikejutkan dengan pertunjukkan fesyen yang telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.
"Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah SAW?
"Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam?" soal beliau.
Ilmam katanya lagi melahirkan kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.
"Kita menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’.
"Kita juga melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program tersebut.
Justeru, kata Mohd Azizul, Ilmam turut menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini.
"Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina.
"Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya," tambah beliau dalam kenyataan media tersebut.
Ketua Pemuda PAS pusat, Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi juga telah menulis perkara yang sama dalam menyatakan pendapat beliau tentang IFF tersebut (boleh lihat disini episodeperjuangan ). Festival seperti itu telah menghina Islam dan itu adalah cubaan mengelirukan dan menjatuhkan maruah Islam. Sebagai seorang muslim yang faham, kita haruslah menyatakan kebenaran dan membenci perkara tersebut. Jika kita membiarkan perkara ini seolah-olah kita membenarkan Islam dihina. من اعان على معصية ولو بشطر كلمة كان شريكاله فيها
maksudnya : "Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimah, maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat.
Sumber diambil dari : darisungaiderhaka