MURTAD Mengikut Pandangan Ulamak Islam


Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS
Disediakan oleh : Markaz Perjuangan Islam

Pendahuluan

Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke mahkamah.

Selain itu pengikut- pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain- lain.

Selain itu, mungkin ramai dari umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu menukar agama, masuk agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya.

Manakala yang mengamalkan ajaran- ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain. Kertas ini penulis akan mengulas mengenai murtad secara lebih luas mengikut pandangan ulama' Islam.

Definisi Murtad.

Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Allah berfirman, ertinya :
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama- lamanya) .
(surah al-Baqarah : 217)

Rasulullah bersabda, ertinya :
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al- Bukhari)

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab- sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata- kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, "Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku" , maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.


Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata- kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

  • Hukum apa ini ?
  • Hukum ini sudah lapuk.
  • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
  • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
  • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
  • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
  • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
  • Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
  • Seseorang berkata," Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
  • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
  • Membaca ayat- ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama- nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

Tolong Sebarkan Dan Mohon Doa Sampaikan Kepada Mereka Yang Menghina Islam...

Wallahualam..



Sumber:
Markaz Perjuangan Islam

9 WILAYAH TERLIBAT PENGUNDIAN PERINGKAT PERTAMA

Hari ini, 28 November merupakan peringkat pertama pengundian bagi Parlimen Mesir yang melibatkan 9 negeri iaitu:



1) Kaherah

2) Iskandariah

3) Fayyum

4) Port Said

5) Bahrul Ahmar (Laut Merah)

6) Dumyat

7) Kafr Sheikh

8) Luxor

9) Asyut



Seramai 17.5 juta pengundi berdaftar akan menentukan wakil rakyat masing-masing untuk mewakili suara mereka dalam Parlimen selepas revolusi Mesir yang menyaksikan kejatuhan Mubarak.



Menurut laporan Ikhwan Online.com:



1) seramai 3,809 calon pada 9 negeri ini bertanding bagi merebut 168 kerusi sementara 36 parti untuk merebut 199 senarai.



2) Seramai 9,530 orang hakim akan terlibat menyelia tempat-tempat pengundian yang dilakukan di sekolah-sekolah kerajaan. (Semua pusat-pusat pengundian sepanjang pilihanraya di Mesir berada di bawah pantauan hakim-hakim).



3) Sebanyak 4011 buah sekolah menjadi pusat pengundian di 9 negeri terbabit dan Kementeri Pendidikan memberikan cuti peristiwa kepada sekolah-sekolah tersebut hari ini. Ia membabitkan:



-1118 buah sekolah di Kaherah

-595 (Iskandariah)

-101 (Port Said)

-400 (Dumyat)

-633 (Kafr Sheikh)

-365 (Fayyum)

-487 (Asyut)

-201 (Luxor)

-111 (Bahrul Ahmar)






Sumber: Blog Ust Malik

RUU Perhimpunan Aman – Demokrasi Melayu Terpinggir.


Salam Palestin,



Kerajaan BN yang hari ini boleh dikira sebagai kerajaan UMNO sahaja, sedang berusaha meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dianggap oleh pihak pemerintah sebagai satu perubahan dan pembaikan dalam sistem demokrasi negara sebagaimana yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini menjelang pilihan raya umum akan datang.



Ia bertujuan membenarkan komitmen kerajaan UMNO yang semakin lemah di hadapan kemaraan rakyat yang semakin menghayati hak mereka untuk lebih bebas sebelum ini, untuk melakukan pemulihan terhadap sistem demokrasi negara yang dianggap paling lemah di rantau ini. Ia juga tanpa sembunyi lagi diharap menjadi umpan yang lumayan untuk memperolehi semula sokongan rakyat terhadap mereka dalam pilihan raya umum akan datang yang tarikhnya masih kekal terkurung dalam jeriji demokrasi purba ala UMNO itu.



Malangnya, sebaik dibacakan di parlimen dan dibentangkan, rang undang-undang tersebut terus dikecam hebat oleh pihak pembangkang yang menjadi penuntut utama demokrasi negara yang lebih bebas dan telus. Malah, lebih menarik untuk diperhatikan, terbaru pihak pembangkang telah menempelak pihak kerajaan memerintah dengan menganggap RUU Perhimpunan Aman itu jauh di belakang undang-undang yang sama yang diluluskan oleh kerajaan tentera Myanmar yang masih mencari-cari rentak baru memulihkan demokrasi negara mereka yang telah lama hilang.



Walaupun Perdana Menteri cuba menafikan kecaman pembangkang dan bertegas bahawa ia adalah satu penambahbaikan dengan mempromosikan hak berhimpun secara aman tanpa permit polis dan hanya mengenakan hukuman denda tanpa penjara jika disabit kesalahan, ia tetap ditolak kerana syarat-syarat lain yang ketat dan sememangnya bermaksud menghalang perhimpunan rakyat daripada menjadi satu kebebasan yang diimpikan.



Antara yang jelas ialah keperluan notis 30 hari yang langsung dilihat tidak perlu selain cuba memayahkan dan seperti memberi masa kepada pemerintah untuk bertindak mengurangkan impak dan tekanan perhimpunan tersebut ke atas mereka. Dalam dunia moden yang begitu cepat dan sempurna maklumatnya, tempoh 3 hari sebenarnya sudah cukup kerana kedua-dua pihak -pemprotes dan pihak yang diprotes- boleh melakukan persiapan sewajarnya menghadapi perhimpunan tersebut. Ia hanyalah perhimpunan aman, bukan cerita rusuhan dan revolusi rakyat.



Antaranya juga adalah denda yang mencecah puluhan ribu ringgit dan larangan untuk penyertaan kanak-kanak dalam perhimpunan. Ia seperti mencabut hak mereka sebagai rakyat yang berhak untuk turut bersuara jika hak mereka dicabuli. Adakah hak manusia bermula daripada usia dewasa dan akil baligh? Dengan erti, jika sekolah mereka diroboh tanpa alasan yang benar, mereka tiada hak membantah dan mesti menerima hakikat bahawa mereka hanyalah hamba yang belum diberi kunci kebebasan?



Paling menarik untuk diketengahkan, RUU Perhimpunan Aman tersebut menutup terus pintu untuk perarakan aman di jalan-jalan raya. Ertinya dalam konteks semasa, tiada lagi perhimpunan BERSIH 3 dan seterusnya. Pihak pembangkang selepas ini jika mahu berhimpun secara besar-besaran, tiada lagi peluang untuk memasuki Kuala Lumpur kerana ia dipenuhi ‘buffer zone’ 50 meter di serata tempat. Dua perhimpunan BERSIH sebelum ini, telah dianggap begitu bersejarah di dalam mempromosikan hak rakyat untuk bebas, hak parti pembangkang untuk melalui pilihanraya yang adil dan telus, selain mendedahkan kerajaan BN sebagai kerajaan yang pincang, bebal, lemah dan ketinggalan di dalam menghidupkan demokrasi dan kebebasan untuk rakyat.



PAS sebagai sebuah parti Islam dan komponen penting di dalam Pakatan Rakyat seawalnya membantah RUU baru ini yang dilihat tidak lebih sekadar menukar pakaian lama yang buruk dengan pakaian baru yang lebih cantik dan mampu menutup kerosakan sebenar yang menimpakan sistem demokrasi purba negara yang cuba dipertahankan oleh kerajaan BN demi menyelamatkan mereka daripada kalah dan dijatuhkan oleh rakyat yang mara dengan impian baru bagi mewujudkan kerajaan baru yang lebih adil dan saksama.



PAS mempertegaskan hak rakyat untuk bebas menentukan masa depan mereka tanpa dipaksa oleh pemerintah dengan ugutan dan ketakutan. Islam dan negara Islam mempertegaskan bahawa kekuasaan adalah milik rakyat dan mereka mesti diberi segala hak dan kebebasan untuk menentukan hala tuju negara. Tanpa kebebasan, segala hak kemanusian anugerah Allah yang mencipta manusia akan terbantut dan hilang. Justeru seruan kepada kebebasan hakikatnya adalah seruan kepada keadilan Islam dan inti penting sebuah negara Islam.



Penentangan PAS terhadap RUU baru ini dan segala undang-undang yang tidak adil dan mengongkong rakyat adalah satu komitmen yang jelas untuk membawa negara kepada cara hidup baru yang lebih adil dan terbuka untuk seluruh rakyat. Ia juga menolak dakwaan PAS sebagai parti yang bersifat asabiah dan perkauman Melayu yang sempit, bahkan PAS semakin berjaya menghapuskan mitos kelayakan UMNO untuk terus memimpin bangsa Melayu.



Hari ini dan akan datang sedang menyaksikan orang-orang Melayu semakin bersatu untuk menolak UMNO ke tepi. Kerajaan UMNO hari ini hakikatnya adalah sebuah kerajaan Melayu terpinggir dan keseorangan. UMNO telah tua dan ajalnya tidak perlu dihitung lagi. Jika anda masih ada rasa belas, bercakaplah dengan mereka pasal taubat dan kubur. Untuk urusan dunia yang lebih gemilang, mari bersama rakyat yang berjiwa merdeka, muslim dan bukan muslim.




Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Pusat

PAKATAN PARTI-PARTI YANG BERTANDING DALAM PILIHARA RAYA MESIR



AL-TAHALLUF DEMOKRATI (PAKATAN DEMOKRASI)

  1. Hizbul Huriyyah wa A’adalah
  2. Hizbul Ghad al-Jadid
  3. Hizbul Karamah
  4. Hizbul A’mal
  5. Hizbul Hadharah
  6. Hizbul Jail
  7. Hizbul Islah wa al-Nahdhoh
  8. Hizbul Ahrar
  9. Hizbul huriyyah wal Tanmiyyah
  10. Hizbu Misr al-A’rabi al-Isytiraki

TAHALLUF MIN AJLI MISR (PERIKATAN MESIR)

  1. Hizbul Nur as-Salafi
  2. Hizbul Isolah
  3. Hizbul Bina’ wal Tanmiyyah
  4. Hizbul Masr wal Bina’

ITTILAF AL-TAHALLUF MIN AJLI MISR (GABUNGAN PERIKATAN MESIR)

  1. Hizbul Mustaqilin al-Jadd
  2. Baddu Ajnahat al-Hizbul Nasora
  3. Syababul Thaurah

TAHALLUF AT-THAURAH MUSTAMIRRAH (PERIKATAN REVOLUSI BERTERUSAN)

  1. Hizbul Tahalluf as-Sya’bi al-Isytiraki
  2. Al-Hizbul al-Isytiraki al-Masri
  3. Hizbul al-Musawah wal Tanmiyyah
  4. Hizbul Tayyar al-Masri
  5. I’tilaf Syabab al-Thaurah
  6. Hizbu Masr al-Huriyyah
  7. Hizbul Tahalluf al-Masri

AL-KATLAH AL-MASRIYYAH (MASSA MESIR)

  1. Hizbul al-Masriyyin al-Ahrar
  2. Al-Hizbul al-Masri al-Demokrati al-ijtima’ie
  3. Hizbul Tajammu’

TAHALLUF FULUL (SAKI BAKI HIZBUL WATONI)

  1. Hizbul Watoni al-Masri
  2. Hizbul Muhafazin
  3. Hizbul Huriyyah
  4. Hizbul Ittihad
  5. Hizbu Masr al-Qaumi
  6. Hizbu Masr al-Hadithah

PARTI-PARTI YANG BERTANDING PILIHAN RAYA SECARA SENDIRIAN

  1. Hizbul Wafd al-Jadid
  2. Hizbul Fadhilah
  3. Hizbul A’rabi al-Demokrati al-Nasiri
  4. Hizbul Takaful al-Ijtima’ie
  5. Hizbul Nahdhah
  6. Hizbul Khudhri al-Masri
  7. Hizbu Haras al-Thaurah
  8. Hizbu Nahdhah Misr
  9. Hizbu Misr 2000
  10. Hizbu Huququl Insan wal Mawatinah
  11. Hizbul Salam al-Ijtima’ie
  12. Hizbul A’dalah al-Ijtima’iyyah
  13. Hizbul Mustaqilin al-Jadd
  14. Hizbul Wasti al-Jadid
  15. Hizbul Wafaq al-Qaumi
  16. Hizbu Syabab Misr
  17. Hizbul Juhbah al-Demokrati
  18. Hizbul Hayat
  19. Hizbul Wa’yu
  20. Hizbul Sya’bi Demokrati
  21. Hizbul A’rabi Lil A’dli wal Musawah
  22. Hizbul Taghyir wal Tanmiyyah
  23. Hizbul as-Shuyu’ie al-Masri

KEBIMBANGAN DARI JAUH TEL AVIV APABILA PIHAK TENTERA HILANG DARIPADA BERPERANAN DI MESIR

Israel al-Youm melaporkan Tel Aviv menaruh kebimbangan dari jauh berikutan situasi-situasi politik yang merosot di Mesir dan pemintaan rakyat Mesir supaya kerajaan sementara Mesir hari ini melepaskan tapuk kepimpinan. Kebimbangan itu berganda apabila kerajaan sementara tentera hari ini dilihat cuba dikeluarkan dari berperanan dan mentadbir Negara mesir.

Sumber Zionis itu berkata: keaman dan ketenteraman negara mesir merupakan keperluan strategik bagi Negara Israel. Kebimbangan Israel itu merujuk kepada masa depan hubungan politik masa depannya dengan Mesir. Dan kemungkinan akan belaku penentangan ke atas Israel.

Akhbar itu menambah lagi: Selepas Israel berpuas hati ke atas Mesir sebagai orang tengah antara Israel dengan palestin dalam membebaskan tawanan askar Israel (Gilad Shalit) yang ditawan tentera hamas pada tahun 2006 dengan 1000 orang tebusan pejuang palestin. Dan dengan bantuan Mesir juga seorang warga Negara Israel Ilan Gerabil terselamat daripada dituduh pergintip Israel .Mesir juga membaik pulih semula saluran paip gas dan dipam semula ke Israel. Oleh itu kebimbangan yang menebal kerana hubungan masa depan politik dengan mesir masih kabur. Semua diplomasi Mesir dan Israel yang disebut itu berlaku dalam tempoh pengalihan kuasa yang diterajui oleh pihak tentera selepas kejatuhan Presiden Mubarak.

Akhbar itu menambah lagi: Duta besar Israel Isaac Levanon juga mengungkapkan agar Mengekalkan hubungan strategik antara dua Negara.

Beliau menegaskan “kebimbangan Israel terhadap lanskap politik orang Islam yang sedang meningkat kekuatan dan kekuasaan mereka ini boleh merosakkan hubungan strategik antara kedua-dua negara”

Akhbar itu menganggarkan (sokongan orang Islam sebanyak 50%). Jika selepas ini Israel tidak mampu mengadakan hubungan rasmi dengan Negara mesir, Israel terpaksa berdikari sendiri dari sudut perhubungan antara kedua-dua dan ianya tidak sekali-kali menjejaskan bajet pembiayaan keamanan Negara Israel.