Dulu kini dan selama-lamanya itulah PAS meperjuangkan Islam sebenar sejak dari penubuhannya lagi hingga ke Islam berada di tempat yang selayaknya. Bukan seperti UMNO kata nak kepada Islam tapi hampes pun takde.. Dulu kata Malaysia Negara Islam, sekarang ghaib wal ghuyub.. Timbul pulak Islam hadhari, tak sampai 2 penggal pelopornya telah terkubur..
Biar ezoegypt terpanggil untuk menulis soal khayalannya DELIMA MELAYU MESIR (1) MESIR PUSAT PENGKADERAN PEMBANGKANG. Saya terpanggil juga menjawab dan menghuraikan beberapa kekusutan yang bermain dalam pemikiran beliau yang telah mengganggu untuk berfikir secara waras mengunakan kepala otak yang dikurniakan Allah bukan dengan kepala lutut dalam membuat pertimbangan.
kerancakkan kebangkitan umat manusia menyedari hakikat Islam sebagai sebuah agama yang bersifat syumul, Islam sebagai agama yang memerintah, Islam sebagai panduan ummah, Islam pembuka jalan hidayah dan Islam sebagai penyatu fikrah. Masyarakat bukan Islam juga terkesan dengan kebangkitan ini, di Eropah berduyung-duyung orang bukan Iskam memeluk Islam. Di luar sana ramai yang terkorban syahid memperjuangkan agama suci Islam. Dari budak kecik hingga kepada orang dewasa mereka memahami hidup tanpa Islam adalah satu kesesatan yang nyata.
Tanpa diduga dicelah-celah kebangkitan itu ada seorang anak muda dari bumi Malaysia begitu bangga dan bersemangat dengan perjuangnya memperjuangkan bangsa melayu. Sebagai maklumat tambahan kepada beliau MELAYU tiada nilai satu sen pun di hadapan SWT, era perjuangan untuk mendaulat bangsa melayu hanya sesuai pada masa sebelum merdeka 1957 dulu. Ini bermakna artikel yang dipostkan itu menyerlahkan tahap pemikiran penulis tersebut ketinggalan 50 tahun lebih ke belakang. Amat malang lagi orang yang memperjuangkan Islam ditohmah dengan pelbagai istilah dan kalimah.
KELAB UMNO BERMASALAH ?
Di mesir kelab umno memang bermasalah. Bukan sahaja bermasalah bahkan kewujudannya tidak diperlukan. Rakyat Malaysia di mesir tidak kebuluran dan tidak mati kelaparan kalau Kelab umno tiada. Kecuali mereka-mereka yang selalu makan duit haram hasil cukai terbesar judi dan arak dari dalam Negara dari usaha tangan-tangan umno menyalurkan kepada mahasiswa. Penulis cukup kesian melihat mahasiswa yang terlibat dengan kelab UMNO, secara tidak retoriknya mereka sebenarnya bukan menyokong sangat kewujudan kelab umno di bumi mesir ini, mereka hanya mahu merompak duit UMNO secara terhormat memohon bantuan, zakat pinjaman dari pihak kerajaan yang selama ini diwar-warkan duit kerajaan sedangkan ia adalah duit rakyat.
MENTERI BESAR N9 BIJAK MENGHANTAR PEGAWAI NEGERINYA?
Bagaimana boleh si ezoegypt mengatakan pagawai N9 bijak menghantar pengawai BKAN, pelajar N9 yang terlibat dengan kemalangan pada hari raya kedua hari tu pun orang-orang PMRAM yang urus. Mungkin la pada padangan saya, si ezogypt boleh kata Menteri Besar N9 bijak menghantar pengawai negerinya sebab inilah satu-satunya BKAN yang beliau selalu dijemput, di BKAN kelahiran beliau sendiri belum tentu dapat masuk dan berceramah berdegar-degar HIDUP MELAYU!!!HIDUP UMNO!!! HIDUP ISLAM HADHARI!!! kalau di BKAN lain minta maaf la, Adakah kes yang terpencil sebegini boleh dijadikan kaedah umum untuk BKAN lain mengikut jejak langkah BKAN N9. Kalau hendak diukur dari sudut pengurusan, BKAN lain lagi cekap dan ahli lagi ramai.. inilah tanda dunia sudah hampir musnah, untuk mengangkat diri sendiri manusia sanggup menghina orang lain dan jemaah-jemaah Islam yang ada.
Sudah menjadi tradisi bagi setiap pegawai yang dilantik oleh kerajaan Malaysia terutama bagi negeri-negeri yang diperintah UMNO. kedatangan mereka cukup merimaskan mahasiswa/i di bumi Mesir. diawal kemunculan dan kedatangan mereka nampak baik, bersolat berjemaah di masjid dan berlebai. selepas kenal itu ini, tahu serba sedikit maka bermulalah satu persatu hak kebebasan kemahasiswaan disekat dan dianiaya. Paling menyayat hati ada di sesetengah premis, akhawat/mahasiswi tidak dibenarkan berpurdah. Adakah ini tugas para pegawai sehingga hak peribadi seseorang dan tuntutan agama ke atas diri muslimah pun sanggup mereka eksplotasikan?
0 comments:
Post a Comment