Alangkah Luasnya Rahmat Allah S.W.T

Sifat Rahmat Allah swt boleh difahami kasih sayang Allah itu amat luas dan agung ke atas hamba-hamba dan sekelian makhluk-Nya. Sehebat mana kasih sayang suami terhadap isterinya, setinggi mana kasih sayang ibu kepada anaknya dan sedalam mana cinta pasayangan kekasih tetap tidak dapat menandingi sifat rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Ta’arif

Dalam Kitab Mausu’ah Islamiyyah Ammah menta’rifkan sifat rahmat itu sebagaimana berikut:

Pada bahasa: kelembutan (الرقة) dan beramah mesra atau belas kasihan (التعطف)

Dari sudut Istilah:

Menyampaikan kebaikan iaitu: lemah-lembut dan belas ehsan; melepaskan manusia dari mara bahaya atau membebaskan manusia daripada cenderung kepada kejahatan serta menyampaikan kebaikan kepada mereka. Maka membantu golongan yang lemah itu rahmat, menolongan golongan yang memerlukan itu rahmat, meringankan beban seseorang itu rahmat, tidak menekan golongan bawahan itu rahmat dan bermuamalat dengan penuh kasih sayang terutama kepada kedua ibubapa itu rahmat.

Jumlah kalimat rahmat

Bilangan kalimat Rahmat dalam al-Quran diulang sebut sebanyak 79 kali manakala kata dasar (رحم) disebut sebanyak 336 kali merangkumi nama Allah dan sifat-Nya; contohnya (الرحمن- الرحيم- رحما)

Sebahagian sifat rahmat pada sunnah

Pertama: kasih sayang Allah melebihi kasih sayang wanita pada anaknya

قدم على النبي صلى الله عليه وسلم سبي، فإذا امرأة من السبي قد تحلب ثديها تسقي، إذا وجدت صبياً في السبي أخذته، فألصقته ببطنها وأرضعته، فقال لنا النبي صلى الله عليه وسلم: (أترون هذه طارحة ولدها في النار). قلنا: لا، وهي تقدر على أن لا تطرحه، فقال: (لله أرحم بعباده من هذه بولدها

“Didatangkan tawanan kehadapan Rasulullah saw, ketika itu ada seorang wanita yang payudaranya basah kerana sedang masa menyusui, lalu ia mendapati seorang bayi di antara tawanan, maka ia pun mangambilnya dan menempelkannya pada perutnya lalu menyusuinya. Rasulullah saw pun berkata kepada kami: “Menurut kalian apakah wanita ini akan melempar anaknya ke dalam api?”, kami pun menjawab : “tidak, dan ia mampu untuk tidak melemparnya”, maka Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih sayang terhadap hamba-Nya melebihi wanita ini terhadap anaknya.”

Kedua: berjemaah itu rahmat berpecah itu azab sebagaimana sabda baginda saw (Musnid Ahmad):

الجماعة رحمة والفرقة عذاب
Bermaksud: berjemaah itu rahmat berpecah itu azab

Ketiga: 10 hari terawal bulan ramadhan

أوله رحمة وأوسطه مغفرة وأخره عتق من النار
Bermaksud: mulanya (Ramadhan) Rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya bebas dari api neraka.

Keempat: dalam doa kepada kedua ibu bapa sebagaimana doa yang diajar oleh baginda saw seperti berikut:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ، رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Bermaksud: Ya Allah.. Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..”

Kelima: mendoakan rahmat kepada saudara seagama ketika bersing (يرحمكم الله) bermaksud: semoga Allah merahmati kamu. Sebagaimana hadis di bawah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Ertinya: Daripada Abu Hurairah ra, daripada sabda Baginda Nabi s.a.w: Apabila salah-seorang kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: “الْحَمْدُ لِلَّهِ“. Dan hendaklah pula saudara ataupun kawan (di sisinya yang mendengar ucapan itu) menyebut: “يَرْحَمُكَ اللَّهُ“. Dan apabila dia menyebut “يَرْحَمُكَ اللَّهُ“ maka hendaklah (yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan) mengatakan : “ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ “ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari

Keenam: Selalu juga perkataan Rahmat digunakan apabila berlaku peselisihan pendapat dalam melontarkan pandangan dan berijtihad. Maka diperdengarkan sabda Rasulullah saw. bermaksud:

اختلاف امتي رحمة
Ikhtilaf umatku adalah rahmat.(Riwayat Maqdisi, Baihaqi dan Haramain).

Ketujuh: orang mukmin itu seumpama satu tubuh diriwayatkan kitab Sohih Bukhari dalam bab Adab

مثل المؤمنين في توادهم وتعاطفهم وتراحمهم مثل الجسد إذا اشتكي منه شيء تداعي له سائر الجسد بالسهر والحمي
“Permisalan kaum mukminin satu dengan lainnya dalam hal kasih sayang, tolong menolong dan kecintaan, bagaikan tubuh yang satu, jika salah satu anggotanya mengeluh sakit, maka seluruh tubuh akan merasa demam atau terjaga.

Kelapan: berkasih sayang semasa muslim insyaAllah akan dikasih oleh yang zat yang Maha Pengasih sebagai mana Hadith riwayat al-Tirmidhi ini:

الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
Bermaksud: Pengasih-pengasih itu bakal dikasihi oleh Zat Yang Maha Pengasih. Karena itu kasihilah orang-orang di permukaan bumi ini, tentu orang-orang yang ada di langit mengasihimu sekalian.

Kesembilan: Sifat rahmah Allah swt melebihi kemurkaan-Nya

لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِى كِتَابِهِ ، فَهْوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِى غَلَبَتْ غَضَبِى
Maksudnya: Ketika Allah menetapkan ketentuan bagi makhluk-Nya, Dia menulis dalam kitab-Nya: Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku. Kitab tersebut berada di sisi-Nya yang berada di atas ‘Arsy.”
Kesepuluh: Penyakit taun rahmat kepada orang yang beriman azab kepada yang tidak beriman

عن عائشة رضي الله عنها قالت: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله علي من يشاء وأن الله عز وجل جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلاً ما كتب الله له مثل أجر شهيد(صحيح البخارى)

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

Kesebelas: malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing dan gambar atau patung

فَجَاءَ جِبْرِيلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ وَاعَدْتَنِي فَجَلَسْتُ لَكَ فَلَمْ تَأْتِ، فَقَالَ: " مَنَعَنِي الْكَلْبُ الَّذِي كَانَ فِي بَيْتِكَ إِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ

Maka telah datang Jibril, dan berkata Rasulullah saw: Kamu telah berjanji dengan saya dan saya telah duduk untuk kamu tetapi kamu tidak datang! Maka dia berkata: Telah menegah saya anjing yang ada di dalam rumah kamu. Sesungguhnya kami tidak masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan tidak patung.

Keduabelas: Rahmat Allah swt di hari akhirat

عَنِ ابْنِ أَبِي مَلِيْكَةَ أَنْ عَائِشَة َرَضِيَ اللهُ عَنْهَا، زَوْجَةَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لاَ تَسْمَعُ شَيْئاً لاَ تَعْرِفُهُ إِلَّا رَاجَعَتْ فِيْهِ حَتَّى تَعْرِفَهُ، وَأَنْ النَّبِيْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏"مَنْ حُوْسِبَ عُذِّبَ.‏"‏ قَالَتْ عَائِشَةَ: فَقُلْتُ: أَوَ لَيْسَ يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ‏[‏فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَاباً يَسِيْراً]‏؟ قَالَتْ: فَقَالَ: ‏"إِنَّمَا ذَلِكَ الْعِرْضُ، وَلَكِنْ مَنْ نُوْقِشَ الحِْسَابُ يَهْلَكْ‏‏‏."‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب من سمع شيئا، فراجع حتى يعرفه.

Dari Ibnu Abu Malikah bahawa Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. tidak akan mendengar (dan menerima) sesuatu yang tidak diketahuinya kecuali setelah mengkaji dan merujuk perkara tersebut sehingga dia tahu (kebenarannya), bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dihisab akan diseksa.” Aisyah berkata: aku berkata: Bukankah Allah SWT telah berfirman: Maka akan dihisab dengan penghisaban yang mudah? Kemudian dia berkata: baginda bersabda: “Sesungguh yang dimaksudkan oleh ayat itu ialah pendedahan amalan, namun sekiranya seseorang itu penghisabannya dibicarakan maka pasti padah menimpanya.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Sesiapa yang Mendengar Sesuatu maka Kajilah Dahulu Sehingga Dia Mengetahui (Kebenarannya).

Ketigabelas: Memberi Salam

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال السلام عليكم فرد عليه السلام ثم جلس فقال النبي صلى الله عليه وسلم عشر ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله فرد عليه فجلس فقال عشرون ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله وبركاته فرد عليه فجلس فقال ثلاثون

Seseorang datang kepada Nabi Sallallaahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan: “assalaamu ‘alaikum”, maka Rasul menjawabnya, dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh”. Kemudian datang lagi orang lain dan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, maka Rasulullah menjawabnya dan orang itu duduk. Maka baginda bersabda: “Dua Puluh”. Kemudian datang lagi orang ketiga seraya mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh”, maka beliau menjawab, lalu orang tadi duduk. Maka baginda bersabda: “Tiga Puluh” [Sunan Abu Daud – Dinilai Hasan oleh at-Tirmidzi dalam al-Jami’ al-Kabir]

Sifat Rahmat

Sesungguhnya Allah swt telah menganugerahkan sifat rahmat ini kepada hamba-hamba-Nya. Pada sifat rahmat ini terdapat 100 bahagian akan tetapi Allah swt telah menurunkan satu bahagian sahaja untuk seluruh makhluk-Nya berkongsi sifat ini. Manakala 99 bahagian yang berbaki itu milik-Nya dan Allah swt bersifat dengan sifat Rahmat ini secara mutlak.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : جعل الله الرحمة مائة جزء فأمسك عنده تسعة وتسعين وأنزل في الأرض جزءا واحدا فمن ذلك الجزء تتراحم الخلائق حتى ترفع الدابة حافرها عن ولدها خشية أن تصيبه
Dari Abu hurairah ra. ia berkata; saya mendengar Rasulullah saw bersabda; Allah telah menjadikan rahmat itu seratus bahagian. sembilan puluh sembilan ditahan disisi- Nya, satu bahagian Ia turunkan ke bumi, dari satu bagian itulah semua makhluk saling menyayangi sampai binatang itu mengangkat kakinya karena khawatir menginjak anaknya;

Sebahagian besar dari satu juzu sifat rahmat ini Allah telah menganugerahkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Tiada makhluk lain yang dapat menandingi sifat Rahmat dan kasih sayang Nabi saw dengan kemuliaan sifat rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada baginda, baginda memenuhi undang di rumah para hamba sahaya dan baginda makan bersama mereka. Sebagaimana firman Allah swt:
Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
Surah at-Taubah: 128

Firman Allah swt lagi:

Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
Surah al-Imran: 159

Dengan sifat kasih sayang yang ada pada Rasulullah saw baginda berkeinginan melihat umatnya mendapat hidayat Allah swt. menyeru ummat untuk bertaubah, menyeru ummat untuk sujud kepada Allah swt, mengajar ummat pengertian tauhid, mengajak ummat untuk bersilatul rahim, menyuruh ummat bersyukur atas setiap kenikmatan dan bersabar atas setiap musibah yang melanda. Berbekalkan sifat rahmat ini baginda saw tidak peduli kemana diperintah oleh Allah jauh atau dekat nescaya baginda akan menyahut seruan Allah swt dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebagaimana rintihan munanjat baginda saw:

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني أم إلى عدو ملكته أمري إن لم يكن بك على غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة من أن تنزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك
Ya Allah.. Ya Tuhanku.. Aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatanku, sedikitnya helahku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Ya Tuhan yang Maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi, Engkau adalah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhan ku . Kepada siapa engkau serahkan diriku ini? Kepada orang jauh yang memandangku dengan muka masam atau kepada musuh yang ingin menguasai diriku. Jika tiada murka Mu terhadap diriku, aku tidak peduli tetapi kemaafan Mu lebih luas kepadaku. Aku berlindung dengan cahaya wajah Mu yang telah engkau pancarkan ke arah segala kegelapan, menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada turunnya ke atasku murka Mu atau berlakunya ke atasku murka Mu. Kepada Mu pengaduan yang sungguh sungguh sehingga capai keredhaan Mu. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Mu.

Nikmat dan Rahmat

Kebiasaannya nikmat Allah swt itu manusia mudah untuk merasai, mengerti dan melihatnya. Contohnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, pekerja yang dinaikkan pangkat dan mendapat bonus bulanan, anak muda yang baru mendirikan rumah tangga, rezeki yang melimpah ruah dan perut yang sentiasa terisi dengan makanan dan minuman. Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung banyaknya sebagaimana fiman-Nya:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah an-Nahl: 18

Manakala rahmat Allah swt bagi sesetengah orang mereka sukar untuk meramal rahmat kurnia Allah yang melimpah ruah kepada mereka. Contohnya seseorang yang hendak bermusafir ke satu destinasi. Apabila sampai dipertengahan jalan kenderaan yang ditungganginya rosak dan tergendala, lalu dia membuat keputusan tidak meneruskan perjalanan dan berpatah balik semula ke rumah. Keesokkan harinya tersebar berita bahawa tempat yang hendak ditujunya itu berlaku bencana alam dilanda gempa bumi atau seumpamanya. Orang tersebut mendapat dan dilindungi dengan rahmat Allah swt.

Bagi yang orang beriman kurniaan Rahmat Allah swt disambut dengan rasa syukur lantas diterjemah rasa syukur itu dengan memperbanyakan amal ibadat dan kerja-kerja kebajikan.

Sifat Rahmat dan Iktikad

Allah menjamin kepada setiap orang yang beriman akan di masuk syurga walaupun iman mereka seberat zarah setelah diazab di dalam api neraka.

عن أبي سعيد الخدري، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :"يخرج من النار من كان في قلبه مثقال ذرة من الايمان" قال أبو سعيد فمن شك فليقرأ { آية 40 من سورة النساء }. هذا حديث حسن صحيح.

Terkeluar daripada api neraka bagi orang yang di dalam hatinya beriman walaunpun sebesar zarah” berkata Abu Said Sesiapa yang syak maka bacalah ayat ini {Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu)}. Surah an-Nisa’: 40

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah swt itu tidak zalim kerana Dia telah mengharamkan sifat zalim itu ke atas diri-Nya. Allah swt tidak mengekalkan seseorang itu di dalam neraka kerana Allah swt telah memberi jaminan kepada hamba-Nya yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah akan diberi syurga. Setelah ditebus segala dosa yang dilakukan maka dimasukkan pula ke dalam syurga.

Manusia tidak layak masuk ke syurga jika hendak diukur dengan amalan yang telah dilakukan semasa di dunia. Hanya dengan rahmat dan kasihan belas Allah sahaja yang boleh membantu seseorang untuk masuk dan menikmati syurga. Bukan bererti tidak beramal itu boleh meraih rahmat Allah swt. Bahkan beramal itu adalah asbab untuk mendapat rahmat dan kesian daripada Allah swt. Tetapi amal ibadat tidak semestinya membolehkan seseorang masuk syurga

Manusia sebagai hamba kepada Allah perlu bertindak melakukan segala perintah-Nya sebagaimana hamba, manusia hanya boleh berharap kasih sayang tuannya. Apabila manusia diistilahkan sebagai hamba, maka tidak boleh bagi seorang hamba mengeluh jika kerja atau amalan yang dilakukan itu tidak diberikan gaji dan dibalas dengan neraka dan begitulah sebaliknya. Mungkin amal atau kerja yang dilakukan di dunia tidak memenuhi syarat sebagaimana kehendaki-Nya. Tidak boleh mengeluh sama sekali.

Dalam kitab karangan Imam habib Abdullah Haddad (Nasihat Agama Wasiat Iman) menceritakan ada seorang hamba Allah yang telah beribadat selama 500 tahun. Pada hari kiamat Allah berkata kepadanya: wahai hamba-Ku! Masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. Jawab hamba itu dengan protes: bahkan, Ya Tuhan! Masukkanlah aku dengan ke dalam syurga dengan kerana amalanku. Maka Allah swt pun memerintahkan supaya ditimbang segala amalan hamba itu dengan satu nikmat sahaja; iaitu nikmat melihat. Ternyata berat timbangan nikmat melihat itu tidak menyamai seluruh berat amal ibadatnya. Sedang di atas hamba itu masih banyak lagi nikmat-nikmat lain yang masih belum ditimbang. Maka Allah swt pun memerintahkan supaya ia dibawa masuk ke neraka. Ketika itulah, baru hamba itu sedar, lalu merayu: Ya Tuhan ku aku tersalah. Kini masukkanlah aku ke dalam syurga dengan Rahmat-Mu! Lalu Allah pun memerintahkan supaya ia dibawa masuk kedalam syurga, seraya Allah swt yang bersifat dengan Maha Besar dan Maha Tinggi memuji hamba itu serta berterima kasih kepada-Nya

Banyak lagi perbincangan tentang sifat rahmat Allah swt dan pesuruh-Nya Nabi Muhammad saw yang terdapat didalam al-Quran dan as-Sunnah serta sirah Nabawiyyah dan di dalam riwayat hidup para salafu soleh. Semoga bermanfaat untuk semua

Dengan rahmat-Mu kami meminta tolong

Wallahu’alam

Rosdi Bin Latif
Pengarah Lembaga Pengurusan MANHAL

Sumber:http://pmram-manhal.blogspot.com/

Khatam Kitab Ibnu Abi Jamrah

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipangjatkan kepada Allah swt kerana dengar berkat dan rahmat-Nya dapat juga kami seluruh ahli DPMZ mengkhatamkan sebuah kitab dengan bantuan seorang guru iaitu Sheikh Husni Ginting di awal ramadhan ini. Jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa dari pagi hari hingga ke maghribnya. Kami tidak yakin dapat mengkhatamkan kitab tersebut dengan waktu yang diambil terlalu singkat selama tiga hari tanpa bantuan seorang guru seperti beliau.

Program daurah kitab ini dikelolai oleh Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMZ dengan jayanya telah menarik ramai para mahasiswa dari seluruh muhafazah datang mengerumuni majlis ilmu ini.. Syabas!!!


Kitab yang kami maksudkan itu adalah Kitab Hasyiah Sheikh Muhammad al-Syanwani Ala Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Kitab ini telah di karangan oleh Sheikh Ibnu Abi Jamrah dengan mengumpulkan hampir tiga ratus hadith yang diambil dari Kitab Sohih Bukhari. Secara tepatnya jumlah hadis yang terkumpul dalam kitab ini 293 buah hadis.

Inisiatif Sheikh Ibnu Abi Jamrah mengumpulkan hampir 293 hadis dalam kitab ini bertujuan memberi kemudahan kepada tolibul ilmu dan kita semua untuk memahami Kitab Sohih Bukhari secara keseluruhan kerana Sheikh Ibnu Abi Jamrah sememangnya tahu kita generasi yang terkemudian ini tidak mampu hendak mengkhatamkan 8000 hadis lebih kurang yang terkandung dalam Kitab Sohih Bukhari itu sendiri.


Oleh yang demikian untuk memudahkan maka Sheikh Ibnu Abi Jamrah memilih hadis-hadis yang mengcakupi segala aspek yang terkandung dalam sohih bukhari dan diletakkan dalam satu kitab yang kami ceritakan ini. Disusun dalam kitab ini dengan dimulai dengan hadis berkaitan dengan peristiwa Rasulullah saw menerima wahyu daripada Allah swt dan di akhiri dengan hadis yang memceritakan perihalnya redha Allah swt.

Diakhir majlis seperti biasa Sheikh Husni Ginting yang terkenal dengan jolokan musannid telah menganugerahkan ijazah bersanad kepada para hadiri. Inilah kelebihan bagi orang Islam setiap ilmu yang perturunkan ada susur galur sanadnya. Apa yang tertarik pada sanad tersebut ada beberapa nama yang berbunyi ‘sultan’. Maksudnya di sini generasi terdahulu dari golongan bangsawan atau kerabat di raja yang menguasai ilmu agama Islam dan mereka memiliki dan mewarisi sanad tersebut.

Satu impian dan harapan dari saya suatu hari nanti sistem pengajian bersanad ini mampu dikuasai oleh golongan atau kaum kerabat istana. Saya tidak boleh bayangkan betapa indahnya pengamalan Islam di Negara kita jika yang Di Pertua Agong kita memegang sanad yang tertinggi dalam sesuatu bidang ilmu dan mampu membuat satu majlis untuk membaca hadis musalsal, membaca sohih bukhari, sohih muslim dan sebagainya lantas menganugerahkan sanad tersebut kepada rakyatnya. Semua ini tidak mustahil kerana telah berlaku seumpama ini pada satu ketika dahulu dan satu cita-cita semoga benda yang baik ini berulang lagi di Negara kita ini.. insyAllah.


Wallu’alam…