Khatam Kitab Ibnu Abi Jamrah

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipangjatkan kepada Allah swt kerana dengar berkat dan rahmat-Nya dapat juga kami seluruh ahli DPMZ mengkhatamkan sebuah kitab dengan bantuan seorang guru iaitu Sheikh Husni Ginting di awal ramadhan ini. Jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa dari pagi hari hingga ke maghribnya. Kami tidak yakin dapat mengkhatamkan kitab tersebut dengan waktu yang diambil terlalu singkat selama tiga hari tanpa bantuan seorang guru seperti beliau.

Program daurah kitab ini dikelolai oleh Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMZ dengan jayanya telah menarik ramai para mahasiswa dari seluruh muhafazah datang mengerumuni majlis ilmu ini.. Syabas!!!


Kitab yang kami maksudkan itu adalah Kitab Hasyiah Sheikh Muhammad al-Syanwani Ala Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Kitab ini telah di karangan oleh Sheikh Ibnu Abi Jamrah dengan mengumpulkan hampir tiga ratus hadith yang diambil dari Kitab Sohih Bukhari. Secara tepatnya jumlah hadis yang terkumpul dalam kitab ini 293 buah hadis.

Inisiatif Sheikh Ibnu Abi Jamrah mengumpulkan hampir 293 hadis dalam kitab ini bertujuan memberi kemudahan kepada tolibul ilmu dan kita semua untuk memahami Kitab Sohih Bukhari secara keseluruhan kerana Sheikh Ibnu Abi Jamrah sememangnya tahu kita generasi yang terkemudian ini tidak mampu hendak mengkhatamkan 8000 hadis lebih kurang yang terkandung dalam Kitab Sohih Bukhari itu sendiri.


Oleh yang demikian untuk memudahkan maka Sheikh Ibnu Abi Jamrah memilih hadis-hadis yang mengcakupi segala aspek yang terkandung dalam sohih bukhari dan diletakkan dalam satu kitab yang kami ceritakan ini. Disusun dalam kitab ini dengan dimulai dengan hadis berkaitan dengan peristiwa Rasulullah saw menerima wahyu daripada Allah swt dan di akhiri dengan hadis yang memceritakan perihalnya redha Allah swt.

Diakhir majlis seperti biasa Sheikh Husni Ginting yang terkenal dengan jolokan musannid telah menganugerahkan ijazah bersanad kepada para hadiri. Inilah kelebihan bagi orang Islam setiap ilmu yang perturunkan ada susur galur sanadnya. Apa yang tertarik pada sanad tersebut ada beberapa nama yang berbunyi ‘sultan’. Maksudnya di sini generasi terdahulu dari golongan bangsawan atau kerabat di raja yang menguasai ilmu agama Islam dan mereka memiliki dan mewarisi sanad tersebut.

Satu impian dan harapan dari saya suatu hari nanti sistem pengajian bersanad ini mampu dikuasai oleh golongan atau kaum kerabat istana. Saya tidak boleh bayangkan betapa indahnya pengamalan Islam di Negara kita jika yang Di Pertua Agong kita memegang sanad yang tertinggi dalam sesuatu bidang ilmu dan mampu membuat satu majlis untuk membaca hadis musalsal, membaca sohih bukhari, sohih muslim dan sebagainya lantas menganugerahkan sanad tersebut kepada rakyatnya. Semua ini tidak mustahil kerana telah berlaku seumpama ini pada satu ketika dahulu dan satu cita-cita semoga benda yang baik ini berulang lagi di Negara kita ini.. insyAllah.


Wallu’alam…

0 comments:

Post a Comment