Fakta Kelantan: Sebahagian Perubahan 20 Tahun Membangun Bersama Islam



A]. PENDIDIKAN ISLAM - PENINGKATAN SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN

1. Bangunan dan pertambahan kelas - memberi peluang belajar lebih ramai

2. Maahad Tahfiz Al-Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah & Tumpat

3. Menambah bilangan guru terlatih (kursus KDC), tetap dan berelaun.

4. Ko-kurikulum berpandukan Kementerian Pendidikan (akademik)

5. Sukatan pendidikan (agama) dari Universiti Al-Azhar Mesir.

6. Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan mendapat kebenaran untuk melanjut pengajian di Universiti Al Azhar memasuki tahun dua.

7. Menambahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK, dari tahun ke tahun

8. Membuka kelas kemahiran dan sains - sains tulen, teknik, vokasional dan perdagangan.

9. Menubuh Kolej Islam Kelantan dengan nama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)


B]. PERKEMBANGAN DAKWAH

1. Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat

2. Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok

3. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran: 50 orang satu DUN

4. Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam.

5. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan

6. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Unit Pembangunan Islam MPKB).

7. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.

8. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam

9. Kempen kesedaran menutup aurat

10. Menganjur hari kebesaran Islam dan menjemput orang bukan Islam hadir sama

11. Menganjur sambutan bulan Sembahyang.

12. Menganjur sambutan Hari Hudud.

13. Memasukkan program Ihya’ Ramadhan dalam kalendar pelancongan

14. Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan.

15. Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998

16. Memperincinkan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.

17. Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berprinsipkan simbolik al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.


C]. MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM.

1. Pengharaman judi dikuatkuasa pada 1hb. Januari 1992.

2. Menutup kelab-kelab malam dan pusat hiburan.

3. Menghapus kegiatan pelacuran.

4. Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.

5. Pengawalan kedai gunting - wanita untuk wanita, lelaki untuk lelaki

6. Menyusun penjualan arak mulai 1hb. Julai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka ataupun tempat-tempat yang bukan tempat awam.

7. Pengasingan Kaunter bayaran untuk lelaki dan wanita di semua pusat membeli belah.

8. Membanyakkan papan tanda berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa.

9. Melarang papan tanda (iklan) yang memperagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam.

10. Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)

11. Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam 1998.

12. Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri.1998 yang mengutamakan nilai-nilai keIslaman.

13. Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam


D]. PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM

1. Mengasingkan akaun halal dan haram

2. Memindahkan simpanan tetap dari bank riba ke Bank Islam/Bank Muamalat.

3. Dasar Tender Terbuka dalam pembalakan.

4. Menubuhkan Tabung Serambi Mekah.

5. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar kepada sistem Islam mulai tahun 1993.(sehingga kini sebanyak 25 cawangan Ar-Rahn dibuka seluruh negara)

6. Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan. (kenderaan & komputer)

Mesir buka perbatasan Rafah secara kekal

CAIRO (Arrahmah.com) – Mesir pada Sabtu (28/5/2011) membuka kembali perbatasan Rafah dengan Jalur Gaza, sehingga memungkinkan siapapun untuk menyeberang secara bebas untuk pertama kalinya dalam empat tahun, AFP melansir.

Bas pertama yang penuh dengan penumpang menyeberang ke Mesir pada hari Sabtu pagi (28/5) di terminal Rafah, tempat sekitar 400 warga Gaza menunggu.

Selain itu, hari ini terdapat dua ambulans yang mengangkut pesakit dari Jalur Gaza untuk memperoleh perawatan yang sesuai di Mesir.

Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi, mengumumkan pada tanggal 29 April, setelah perdamaian antara Fatah dan Hamas, menyatakan bahwa perbatasan itu akan dibuka secara kekal. Langkah ini akan membantu meringankan blokade yang dikenakan oleh Israel terhadap Gaza.

Perbatasan Rafah akan dibuka selama lapan jam setiap hari kecuali hari Jumat dan hari cuti. Meskipun demikian, perbatasan ini tetap tidak boleh dilewati oleh pengangkutan barang.

Sejak penguling mantan presiden Hosni Mubarak pada tanggal 11 Februari, dewan militer telah melonggarkan pengaturan ketat Mesir di Rafah.

Sementara itu, dibukanya perbatasan ini ternyata membawa kekhawatiran tersendiri bagi Israel. Negara Zionis itu menganggap bahwa langkah tersebut akan lebih memudahkan para ‘militan’ untuk masuk dan keluar dari Gaza. (althaf/arrahmah.com)

ULAMAK ATAUKAH ERDOGAN BENTENG PERJUANGAN?


Kami mewakili mahasiswa Mesir tidak menyokong kepada tindakan beberapa kelompok yang bergerak untuk menghakiskan kepimpinan ulamak dalam tampuk tertinggi PAS Pusat. Kerana telah menjadi tradisi parti dan ia terbukti berkesan di sepanjang alur sejarah perjalanan dakwah jemaah PAS yang didokong kuat oleh wibawa para ulamak telah berjaya menembusi jutaan sanubari daripada masyarakat kampung yang buta huruf hinggalah kepada kelompok berpendidikan, intelektual dan sebagainya.

Disamping ulamak yang sinonim dengan kefaqihan mereka dalam ilmu agama, sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat untuk memimpin bukan sahaja cekap mengurus tadbir jentera parti malah mereka golongan ulamak ini menjadi jambatan kepada seluruh umat untuk menuju ke suatu destinasi yang dijanjikan oleh Allah iaitu Hari Akhirat yang kekal abadi.

Bagaimana mungkin seseorang itu boleh menceritakan atau mengaplikasikan tentang sesuatu sudut agama secara terperinci padahal dia sendiri tidak atau belum mengharungi dan mendasari lautan ilmu agama tersebut. Maka keperluan kepimpinan ulamak dalam tampuk tertinggi PAS tidak boleh dinafikan. Sekiranya kepimpinan ulamak diminoritikan, dan itu akan menjadi masalah besar di dalam PAS sendiri.

Amat mengecewakan, isu untuk mengecilkan peranan dan dominasi kepimpinan ulamak dalam PAS dimainkan oleh pimpinan PAS sendiri, yang sebelum ini bertanding atas tiket PAS dengan keizinan pimpinan atasan PAS. Dibaratkan kacang lupakan kulit, kerana setelah mereka dapat mencari pengaruh dalam PAS, mereka bertindak di luar kerangka kehendak jemaah PAS itu sendiri. Sepatutnya akhlak dalam berjemaah hendaklah kita bertindak mengikut arahan jangan terlalu bersegera atau menjadi golongan musta’jilun melangkaui ketetapan kerana padahnya memberi implikasi yang buruk kepada masa depan jemaah Islam ini.

Malang berganda apabila ada kelompok-kelompok yang mendakwa kepimpinan ulamak antara punca wakil rakyat PAS gagal menonjol dalam aspek ekonomi berbanding komponen pembangkang yang lain. Jika seseorang itu memahami ketegasan Islam dalam pembangunan dan kemajuan peradaban manusia, ekonomi bukanlah menjadi tunggak utama perbincangan perjuangan. Bagi Islam pembangunan dalaman jiwa manusia itu lebih penting dari segala-gala elemen sampingan itu.

Tidakkah kita nampak, hasil didikan tarbiyyah ulamak ramai wakil rakyat yang berfikrah PAS tahan diuji walau disogok dengan jutaan ringgit, dan tidak kurang juga, ada wakil rakyat berfikrah PAS menjual tanah milik mereka semata-mata untuk membantu rakyat di kawasan mereka. Dan ada juga wakil rakyat PAS yang hampir bankrap kerana pengorbanan mereka untuk perjuangan. Semua contoh yang disebut ini merupakan hasil kewibawaan ulamak memimpin Ummah.

Dan inilah tradisi dan keunikan yang dimiliki oleh gerakan Islam yang bernama PAS, bahkan ianya menjadi suatu kewajiban untuk kita bersama-sama mempertahankan kesucian ini daripada dirobek oleh tangan-tangan jahat yang cemburu, yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menafikan kebijaksanaan ulamak memerintah dan mengemudi bahtera parti.

Apakah faktor yang mendorong mereka (erdogan) untuk merebut jawatan penting?...Adakah dengan ilmu agama yang `sejemput`, mereka dapat memberi jaminan kepada seluruh ummat dapat memerintah atas nama Islam melebihi kepakaran ulamak yang sedia ada?...Sedangkankan kepimpinan ulamak telah membuktikan keizzahan Islam sejak zaman berzaman.

Kepimpinan PAS yang dibarisi para ulamak telah menimbulkan suasana kepada dunia, sehingga ianya kadang-kala berjaya menarik perhatian gerakan Islam terulung dunia iaitu Ikhwan Muslimin untuk mempelajari sesuatu daripada PAS, tetapi realiti ini jarang disyukuri oleh anggota atasan dan bawahan PAS, atas kurniaan yang besar Allah SWT berikan kepada parti ulamak yang memimpin.

Jangan sesekali tindakan kita itu dikendalikan oleh nafsu hingga kita mewajahkan kemampuan kita melebihi kemampuan dan ilmu para ulamak.

HANYA ULAMA : Memiliki kekuasasan yang luar biasa. Tak mengikat tetapi mengendalikan. Tidak menekan, tetapi menggetarkan. Tak mengancam, tetapi mempersona. Tak memaksa, tetapi mencerahkan. Tak menakutkan, tetapi memberi ghairah dalam perjuangan. Kekuasaan spiritual yang menguat sehingga ke struktur. Karisma terbentuk wibawa dan pesona.

MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN PERSANDINGAN



SOALAN SAUDARI YANG BERTANYA SAYA MELALUI FACEBOOK

Assalamualaikum ustz rosdi...sy nak tumpang tanya dan minta pendapat...harap dapat membantu.

insya'allah sy akan melangsungkan perkhawinan pada hujung tahun ni..sy nak tau apa pandangan ustaz tntg majlis khawen dan keadaan yg paling baik dalam sy nak memenuhi tuntutan syarak..

sy kurang arif dan mahukan pandangan yg boleh membantu. sebab pada pandangan sy ustaz rosdi agak kurang senang dengan cara majlis kawen yg diadakan mengikut budaya melayu skarang ni.. dan sy cuba utk buat yg terbaik..bimbang jugak dalam nak mendapatkan keredhaan dan keberkatan allah dalam kehidupan rumah tangga tp permulaanya pulak yg xmengikut syariat..

"sy budak yang nak belajar"

JAWAPAN:

wa'alaikumussalam.. sbnarnya sy xde pengalaman lagi ni.. tp xpe sekadar berkongsi maklumat..

Nabi saw bersabda " aklinuu nikah waj’aluhu fi masajid wadhrabud duff" maksudnya: hebahkan atau iklankan perkahwinan kamu dan langsungkannya di masjid dan palu lah kompan.

kefahaman daripada hadis ini menunjukkan bahawa islam menyuruh kita supaya menghebahkan perkahwin kepada seluruh masyarakat supaya tidak timbul fitnah. Andai kata perkahwinan itu dilangsungkan secara senyap2 maka akan bnyaklah fitnah dan cakap2 yang tidak menyenangkan akan kedengaran.

Kebiasaan majlis akad dilangsungkan di masjid supaya ia diketahui umum dan pada masa untuk meraih keberkatan masjid sebagai tempat yang suci.

Namun dalam untuk menghebahkan perkahwinan ini mestilah kita mengikut saluran2 yg telah ditetapkan oleh sayarak

Dalam majlis kenduri kahwin diharuskan memalu kompan atau gendang rebana. Setengah pendapat ulama mengatakan haram menyanyi pada majlis kahwin itu.

Di dalam kitab Al-Irsyad mengatakan tidak haram bertepuk tangan dan bersilat pada majlis kenduri kahwin tersebut kecuali menari.

MASALAH YANG PERLU DIJAGA KETIKA INGIN MENGADAKAN MAJLIS PERSANDINGAN

MENJAGA KESUCIAN MASJID (jika dilansungkan di masjid):

· Paluan kompan atau nasyid hendaklah dibuat diluar masjid. Elakkan dari hiburan yg melampau

· Menjaga batas-batas pergaulan lelaki & perempuan

· Mestilah menutut aurat

PERHIASAN:

· Perhiasan wanita bukan untuk dipertontonkan kepada umum: selalu kita lihat majlis perkahwinan si pengantin dipakai dengan pelbagai perhiasan, make-up, gincu, wangi-wangian dan sebagainya. Dalam islam perhiasan wanita hanya boleh dipertontonkan kpd si suami sahaja. Di sini bukan bermaksud pada majlis perkahwinan itu si pengantin itu mesti berpakaian buruk, kusut masai dan sebagainya. Tetapi hendaklah bersederhana (menutup aurat, tiada make-up yg berlebih2an dan tidak membazir contohnya baju pengatin empat lima pasang.

KEPADA SIAPA PASANGAN BOLEH DIPERTONTON ATAU DIPERSANDINGKAN?

· dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja. Rujuk item dibawah (Siapakah Mahram itu)

· Tidak boleh (HARAM) pasangan mempelai menayang atau memperagakan apa saja samada kecantikan, keangungan, kejelitaan kepada mereka-mereka yg tidak dinyatakan dlm senarai di atas

- jika dikhuatir tidak dapat mengawal keadaan orang ramai yang hadir sebaiknya tak perlu bersanding.

ALASAN-ALASAN SENGAJA DIREKA UNTUK MEMBOLEHKAN PERSANDINGAN

· Sekali seumur hidup

· Anak tok iman pun buat jgak

· Ikut trend sekarang

· Lepas ni boleh bertaubat

· Pihak sebelah sana yang beria-ia nak buat

HARAM PERGI KEMAJLIS KAHWIN YANG ADA CIRI-CIRI BERIKUT:

· Makanan yang disediakan ada unsur2 syubhat

· Jemputan yang besifat pilih bulu (orang kaya sahaja yang dijemput)

· Ada musuh dan menyebabkan orang terasa hati dengan sebab kehadiranya

· Tempat kenduri itu tidak layak bagi seorang muslim

· Orang yang menjemput itu kerana takut kebenciannya

· Mengajak orang ramai ke tempat kenduri supaya mereka bermegah-megah dengannya

· Mengajak supaya orang ramai menyokong kemungkaran

· Tedapay dalam majlis tersebut jamuan arak dan permainan dan ada hamparan sutera dan bekas minum yang disediakan diperbuat daripada emas dan perak

Berselisih ulamak pada meletakkan hukum mengadakan majlis walimatul urus itu. Ada ulama menfatwakan wajib, fardhu kifayah dan ada yang mengatakan sunat. Walaubagaimana pun Nabi saw menyuruh sahabat2 baginda mengadakan kenduri pengantin walaupun dengan sekadar menyembelih seekor biri-biri.

BESAR ATAU KECIL MAJLIS KAHWIN ITU

Timbul persoalan hendak buat kenduri itu secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Sebetulnya majlis kenduri itu besar atau kecil tidaklah ditentu oleh syarak. Kerana baginda sendiri membuat beberapa kenduri kahwin adakala besar (Zainab binti Jahsyi) adakalanya baginda membuat secara kecilan (Sofiyyah).

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENGADAKAN MAJLIS WALIMATUL URUS ITU

Berkata Ibnu al-Hajjab dari mazhab Maliki ialah selepas berlaku persetubuhan antara pasangan. berkata Syeikh Khalil dalam at-Toidheh disunatkan mengadakan majlis walimatul urus terlebih dahulu sebelum pasangan suami isteri melakukan jimak. Berkata al-Lukhmi boleh belaka sebelum atau pun selepas daripada berlaku persetubuhan.

Berkata Ibn Yunus disunatkan membuat majlis walimatul urus itu pada hari akad nikah. Berkata pula al-Baji antara pendapat yang terpilih ialah pada hari yang sama (akad, walimatul urus dan jimak).

Bagi pendapat Ibn Habib pula ialah setelah beberapa hari berlaku majlis akad nikah. Maka terpulanglah kepada kita hendak meletakkan bila waktunya untuk mengadakan majlis walimatul urus.

SIAPAKAH MAHRAM ITU (diambil dari web: http://al-atsariyyah.com )

Adapun ketentuan siapa yang mahram dan yang bukan mahram telah dijelaskan dalam Al-Qur'an Surah An-Nisa ayat 23,

"Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari

saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu istrimu (mertua), anak-anak istrimu yang dalam pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya, (dan diharamkan bagimu) istri-istri anak-anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuai yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (An-Nisa: 32).

Di dalam ayat ini disebutkan beberapa orang mahram yaitu:

Pertama: Ummahatukum (ibu-ibu kalian). Ibu dalam bahasa arab ertinya setiap yang nasab lahirmu kembali kepadanya. Defenisi ini akan mencakup:

1. Ibu yang melahirkanmu.

2. Nenekmu dari ayah maupun dari Ibumu.

3. Nenek ayahmu dari ayah maupun ibunya.

4. Nenek ibumu dari ayah maupun ibunya.

5. Moyang ayahmu dari ayah maupun ibunya.

6. Moyang ibumu dari ayah maupun ibunya.

7. dan seterusnya ke atas.

Kedua: Banatukum (anak-anak perempuan kalian). Anak perempuan dalam bahasa arab artinya setiap perempuan yang nisbah kelahirannya kembali kepadamu. Defenisi ini akan mencakup:

1. Anak perempuanmu.

2. Anak perempuan dari anak perempuanmu (cucu).

3. Anaknya cucu.

4. dan seterusnya ke bawah.

Ketiga: Akhwatukum (saudara-saudara perempuan kalian). Saudara perempuan ini meliputi :

1. Saudara perempuan seayah dan seibu.

2. Saudara perempuan seayah saja.

3. dan saudara perempuan seibu saja.

Keempat: `Ammatukum (saudara-saudara perempuan ayah kalian). Masuk dalam kategori saudara perempuan ayah :

1. Saudara perempuan ayah dari satu ayah dan ibu.

2. Saudara perempuan ayah dari satu ayah saja.

3. Saudara perempuan ayah dari satu ibu saja.

4. Masuk juga di dalamnya saudara-saudara perempuan datuk dari ayah maupun ibumu.

5. dan seterusnya ke atas.

Kelima: Khalatukum (saudara-saudara perempuan ibu kalian). Yang masuk dalam saudara perempuan ibu sama seperti yang masuk dalam saudara perempuan ayah iaitu :

1. Saudara perempuan ibu dari satu ayah dan ibu.

2. Saudara perempuan ibu dari satu ayah saja.

3. Saudara perempuan ibu dari satu ibu saja.

4.Saudara-saudara perempuan nenek dari ayah maupun ibumu.

5. dan seterusnya ke atas.

Keenam: Banatul akhi (anak-anak perempuan dari saudara laki-laki). Anak perempuan dari saudara laki-laki mencakup :

1. Anak perempuan dari saudara laki-laki satu ayah dan satu ibu.

2. Anak perempuan dari saudara laki-laki satu ayah saja.

3. Anak perempuan dari saudara laki-laki satu ibu saja.

4. Anak-anak perempuan dari anak perempuannya saudara laki-laki.

5. Cucu perempuan dari anak perempuannya saudara laki-laki.

6. dan seterusnya ke bawah.

Ketujuh: Banatul ukhti (anak-anak perempuan dari saudara perempuan). Ini sama dengan anak perempuan saudara laki-laki, iaitu meliputi :

1. Anak perempuan dari saudara perempuan satu ayah dan ibu.

2. Anak perempuan dari saudara perempuan satu ayah saja.

3. Anak perempuan dari saudara perempuan satu ibu saja.

4. Anak-anak perempuan dari anak perempuannya saudara perempuan,.

5. Cucu perempuan dari anak perempuannya saudara perempuan.

6. dan seterusnya ke bawah.

Catatan penting:

Tujuh yang tersebut di atas adalah mahram karena nasab. Sehingga kita boleh mengetahui bahwa ada empat orang yang BUKAN MAHRAM walaupun ada hubungan nasab, mereka itu adalah :

1. Anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ayah (sepupu).

2. Anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ibu (sepupu).

3. Anak-anak perempuan dari saudara perempuan ayah (sepupu).

4. Anak-anak perempuan dari saudara perempuan ibu (sepupu). Mereka ini bukanlah mahram dan boleh dinikahi.

Kelapan : Ummahatukum al-laati ardha'nakum (ibu-ibu yang menyusui kalian). Yang termasuk ibu susuan adalah :

1. Ibu susuan itu sendiri.

2. Ibunya ibu susuan.

3. Neneknya ibu susuan.

4. dan seterusnya keatas.

Catatan penting:

Kita melihat bahwa dalam ayat ini Ibu susuan dinyatakan sebagai mahram, sementara menurut ulama pemilik susu adalah suaminya karena sang suamilah yang menjadi sebab isterinya melahirkan sehingga mempunyai air susu. Maka disebutkannya ibu susuan sebagai mahram dalam ayat ini adalah merupakan peringatan bahwa sang suami adalah sebagai ayah bagi anak yang menyusu kepada isterinya. Dengan demikian anak-anak ayah dan ibu susuannya baik yang laki-laki maupun yang perempuan dianggap sebagai saudaranya (sesusuan), dan demikian pula halnya dengaan saudara-saudara dari ayah dan ibu susuannya baik yang laki-laki maupun yang perempuan dianggap sebagai paman dan bibinya. Karena itulah Nabi ? menetapkan di dalam hadits beliau yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary dan Imam

Muslim dari hadits `Aisyah dan Ibnu `Abbas –radhiyallahu `anhuma-, "Sesungguhnya menjadi mahram dari susuan apa-apa yang menjadi mahram dari nasab".

Kesembilan: Akhwatukum minar radha'ah (dan saudara-saudara perempuan kalian dari susuan). Yang termasuk dalam kategori saudara perempuan sesusuan adalah :

1. Perempuan yang kamu disusui oleh ibunya ( ibu kandung maupun ibu tiri).

2. Atau perempuan itu menyusu kepada ibumu.

3. Atau kamu dan perempuan itu sama-sama menyusu pada seorang perempuan yang bukan ibu kalian berdua.

4. Atau perempuan yang menyusu kepada istri yang lain dari suami ibu susuanmu.

Kesepuluh: Ummahatu nisa`ikum (dan ibu isteri-isteri kalian). Ibu isteri mencakup ibu dalam nasab dan seterusnya keatas dan ibu susuan dan seterusnya keatas. Mereka ini menjadi mahram bila/dengan terjadinya akad nikah antara kalian dengan anak perempuan mereka, walaupun belum bercampur.

Tidak ada perbedaan antara ibu dari nasab dan ibu susuan dalam kedudukan mereka sebagai mahram. Demikian pendapat jumhur ulama seperti Ibnu Mas'ud, Ibnu `Umar, Jabir dan Imran bin Husain dan juga pendapat kebanyakan para tabi'in dan pendapat Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Ashhab Ar-ro'y yang mana mereka berdalilkan dengan ayat ini, oleh karena itu kita tidak bisa menerima perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menyatakan bolehnya seorang lelaki menikah dengan ibu susuan isterinya dan saudara sesusuan istrinya. Wallahu A'lam.

Kesebelas: Anak-anak istrimu (Ar-Raba`ib) yang dalam pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya. Ayat ini menunjukkan bahwa Ar-Raba`ib adalah mahram. Dan menurut bahasa arab Ar-Raba`ib ini mencakup :

1. Anak-anak perempuan istrimu.

2. Anak-anak perempuan dari anak-anak istrimu ( cucu perempuannya istri).

3. Cucu perempuan dari anak-anak istrimu.

4. dan seterusnya ke bawah.

Tapi Ar-Raba`ib ini dalam ayat ini menjadi mahram dengan syarat apabila ibunya telah digauli adapun kalau ibunya diceraikan atau meninggal sebelum digauli oleh suaminya maka Ar-Raba`ib ini bukan mahram suami ibunya bahkan suami ibunya itu bisa menikahi dengannya. Dan ini merupakan pendapat Jumhur Ulama seperti Imam Malik, Ats-Tsaury, Al-Auza'y, Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan lain-lainnya. Hal ini berdasarkan dzhohir ayat di ayat, "Dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya." Adapun yang tersebut di ayat (Ar-Raba`ib yang dalam pemeliharaanmu) kata "dalam pemeliharaanmu" dalam ayat ini bukanlah sebagai syarat untuk dianggapnya Ar-Raba`ib itu sebagai mahram. Semua Ar-Rabaib baik yang dalam pemeliharaan maupun yang diluar pemeliharaan adalah mahram menurut pendapat jumhur ulama. Jadi kata "dalam pemeliharaanmu" hanya menunjukkan bahwa kebanyakan Ar-Raba`ib itu dalam pemeliharaan atau hanya menunjukkan dekatnya Ar-Raba`ib tersebut dengan ayahnya. Dengan demikian nampaklah hikmah kenapa Ar-Raba`ib menjadi mahram. Wallahu A'lam.

Keduabelas: Istri-istri anak-anak kandungmu (menantu). Ini meliputi :

1. Istri dari anak kalian.

2. Istri dari cucu kalian.

3. Istri dari anaknya cucu.

4. dan seterusnya kebawah baik dari nasab maupun sesusuan.

Mereka semua menjadi mahram setelah akad nikah dan tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama dalam hal ini.

SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN HARAP DITEGUR

Sains Barat Menyesatkan Iman Umat Islam

Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.

2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).

3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.

4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda". Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: "Masjid al-Haram", saya bertanya lagi: "kemudiannya...", balas Rasulullah SAW: "Masjid al-Aqsa". Saya bertanya lagi: "Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: "empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)".Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDLM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.


Sumber: tranungkite.net