PEMIKIRAN UMNO BERTARAF SAMPAH: 10 SEBAB UMNO MENGAPA RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENJAUHI PERHIMPUNAN BERSIH



SAYA CUBA MENJAWAB

1) BERSIH sebenarnya diadakan dengan mempunyai agenda halus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan atas kes liwat. 9 Julai yg dipilih sebagai tarikh BERSIH sebenarnya merupakan tarikh di mana Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sg. Buloh. Jadi, pak...atan haram cuba mencetuskan huru-hara dengan harapan mereka dapat menjatuhkan kerajaan, seterusnya menyelamatkan Anwar.


Jawapan: klu betul anwar bersalah tangkap saja la.. masalah sekarang polis tidak boleh menangkap Anwar sebab umno main tuduh jer bukti xde, tengok video ni sampai episode akhir.. http://www.youtube.com/watch?v=6L_rM1f0Gq4&feature=related ..


2) BERSIH boleh menjerumuskan negara ini ke dalam kancah huru-hara seperti yg berlaku di Mesir dan Libya. Perhimpunan haram tersebut boleh menjejaskan sektor ekonomi negara seperti perniagaan dan pelancongan. Ia juga boleh mencetuskan kesesakan lalulintas, mengancam keselamatan awam dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.


Jawapan: BERSIH berlaku secara aman, punca berlaku huru-hara perserta BERSIH diganggu polis dan kumpulan PATRIOT serta PERKASA, andai BERSIH diberi peluang berarak dan menyerahkan memorandum kpd YDP Agong lepas itu bersurai, mana huru-hara? nama malaysia sudah lama tercemar dengan watak korupsi pemimpin UMNO.. tercemar dengan rakyat turun ke jalan raya lebih berwibawa dan lebih mulia daripada tercemar nama negara dengan sikap pemimpin yang mengamalkan rasuah, korup dan kronisme.. apabila berlaku demo tugas polis menjaga lalu lintas bukan menghalang pendemontrasi..


3) BERSIH boleh mengundang campur tangan asing terhadap hal ehwal negara ini. Mengambil contoh seperti apa yg berlaku di Libya, negara asing khususnya yg tidak sefahaman dengan Malaysia sudah pasti akan mengambil kesempatan ini untuk bertindak dari aspek ketenteraan dan sekatan ekonomi jika perhimpunan berlarutan ke tahap pertumpahan berdarah. Akhirnya, negara ini akan dijajah sekali lagi.


Jawapan: Hujah yang paling bodoh dalam sejarah manusia.. peserta demontrasi diarah oleh presiden PAS supaya menjaga adab dan elak daripada membuat provokasi.. perserta juga tidak di arah membawa senjata.. so apa yang menyebabkan pertumpahan darah..


4) Masa depan yg gelap bakal menimpa para peserta BERSIH jika ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa. Jika anda seorang kakitangan awam dan penuntut IPTA, tindakan keras termasuk dipecat/dibuang universiti bakal dikenakan. Adalah tidak berbaloi untuk anda menggadaikan kerjaya anda semata-mata demi mempertahankan seorang pemimpin yg korup moral.


Jawapan: Masa depan yg lebih teruk jika BERSIH tidak dapat dilaksanakan. Antara tuntutan BERSIH membersihkan senarai UNDI, pilihan raya yang terdahulu UMNO menang secara tipu.. UMNO memerintah negara bukan dengan mandat dan kepercayaan rakyat tetapi penuh dengan penipuan UMNO melalui SPR lihat link: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/07/satu-alamat-88-pengundi-apa-penjelasan.html ..


5) BERSIH dicemari oleh anasir-anasir komunis yg dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Adalah amat malang khususnya kepada umat Melayu Islam yg sanggup bersengkongkol dengan puak komunis yg anti agama, anti monarki dan berhajat menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini.


Jawapan: Tuduhan tanpa asas.. almarhum Ustaz Ibrahim Libya dulu 'dituduh' sbgai komunis.. cuba sebut 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang ada cirri-ciri komunis??!!!..


6) BERSIH didakwa dibiayai oleh agensi luar negara yg mempunyai kaitan dengan Yahudi. Sudah pasti mereka ini memiliki agenda tersirat untuk menjajah negara ini dengan menjadikan puak pakatan haram sebagai proksi. Inilah juga cara yg digunakan oleh puak-puak Yahudi-Zionis untuk menjatuhkan kerajaan sebuah negara Islam, iaitu dengan menaja parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yg memerintah.


Jawapan: Sebelum mengatakan dana BERSIH 2.0 dibantu yahudi, lihat dulu kepada umno yang telah menggunakan khidmat yahudi melalui syarikat apco worldwide sebagai penasihat perdana menteri najib dengan bayaran menggunakan harta rakyat membayar sebanyak RM 76 juta setahun.. Jika betul yahudi bagi apa masalah? lebih baik daripada Umno yang bagi duit kpd yahudi.. tp yg pastinya BERSIH 2.0 tiada kaitan sedikit pun dengan yahudi, ini fitnah semata2..


7) Khusus untuk org Melayu, BERSIH berkemungkinan besar mencetuskan pertempuran berdarah di antara 2 kumpulan Melayu yg bertentangan ideologi. Satu pihak menyokong BERSIH iaitu Melayu pakatan haram, manakala UMNO dan PERKASA menentang BERSIH. Jika 13 Mei 1969 diingati sebagai tragedi berdarah rusuhan kaum, 9 Julai 2011 pula mungkin akan diingati kerana tercetusnya rusuhan berdarah sesama org Melayu.


Jawapan: Siapa yang bersalah? kenapa PERKASA dan pemuda UMNO berarak memilih tarikh yg sama, sedang BERSIH sudah lama menetapkan tarikh 9/7 itu.. kenapa menggunakan istilah BERSIH ‘perhimpunan haram’ dan perhimpunan PERKASA n pemuda UMNO tidak haram sedangkan perarakkan PERKASA dan pemuda UMNO juga tidak dikeluarkan permit oleh pihak polis..


8) Org Melayu Islam yg dijangka menjadi peserta teramai BERSIH bakal diperkudakan oleh puak-puak kafir seperti Ambiga Sreenevasan, DAP dan komunis PSM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg diketuai oleh org Melayu Islam. Puak kafir ini hanya akan memberi arahan saja kepada org Melayu tanpa perlu turun berdemonstrasi. Yang akan mati katak nanti adalah org Melayu juga.


Jawapan: Tidak mungkin akan berlaku Melayu diperkuda oleh ambiga.. program BERSIH bukan anjuran ambiga.. prog BERSIH anjuran PAS bersama 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). PAS telah melantik ambiga sebagai pengurusi jawatankuasa induk saja.. bukti BERSIH bukan program ambiga ialah BERSIH pertama 2007 berlaku tanpa ambiga..


9) BERSIH digunakan oleh puak pakatan haram untuk mengubah struktur negara ini. Jika berjaya, mereka bakal meminda Perlembagaan dengan menghapuskan Perkara 153, memansuhkan sistem beraja di negara ini dan memastikan Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara.


Jawapan: Tuduhan tanpa asas.. mana bukti? sebenarnya UMNO tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat semakin muak dengan politik dan kezaliman serta penyelewengan UMNO. antara 8 tuntutan BERSIH ialah 'Akses Media'. Di sini lah puncanya UMNO tidak boleh menerima kehadiran BERSIH 2.0 dan terpaksa menolak dengan pelbagai helah, tidak cukup dengan polis UMNO menggunakan media, tidak cukup dengan itu UMNO mengunakan JAKIM dan persatuan PESILAT dan sebgainya. jika dilihat di negara demokrasi yang maju rakyat menjadi hakim media menjadi saksi.. semua parti politik diberi peluang menghebahkan iklan n infomasi, jika ada parti yang difitnah mereka diberi peluang untuk menjawab fitnah tersebut... tidakkah sauasana ini lebih adil? pemikiran rakyat juga akn menjadi lebih terbuka, adil dan saksama...


10) BERSIH digunakan oleh pakatan haram untuk mengembalikan semula momentum sokongan rakyat kepada mereka. Ia juga dijadikan alat untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kelemahan mereka mentadbir 4 negeri yg ditawan pada 2008 dan ingin menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan selepas menyedari peluang mereka untuk menang pada PRU akan datang adalah tipis.


Jawapan: Cara berkempen itu terpulang kepada parti masing2 hendak menganjurkan BERSIH atau pun KOTOR, yang pasti sekarang UMNO sudah mula sedar dan menggelabah dengan sokong yang cukup kuat rakyat kepada PAKATAN RAKYAT. Daripada momentum BERSIH pertama 2007 Pakataan Rakyat dapat mengambil alih pemerintahan di empat negeri dan mengekakalkan kemenangan di kelantan..



RAKYAT MULA BANGKIT.. 9 JULAI AKAN MENJADI KENYATAAN

0 comments:

Post a Comment