TOK GURU NIK AZIZ HINA NABI?

Beberapa bulan sudah timbul satu isu fitnah terhadap tok guru menteri besar Kelantan yang dikatakan menghina nabi saw dalam ucapan beliau di Kuliah Jumaat bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu. Lihat di sini



Saya cukup pantang orang menghina para alim ulama. Walau yang berlaku antara kedua pihak itu terdiri daripada mereka yang bergelar ulamak..



Saya berkeyakinan antara ribuan yang hadir mendengar kuliah beliau ada di antara mereka itu hadir dengan niat jahat untuk mengintip dan mencari kesalahan yang tidak disengajakan. sekian bakti yang tok guru curahkan berbekal idea, keringat, jiwa raga, ilmu dan kenyakinan tidak sedikit pun dipedulikan mereka. Kerana niat mereka hendak mencari kesalah dan kekurangan yang berlaku.



Bagi saya, apa yang tok guru ucapkan itu tidak berniat untuk menghina baginda saw berdasarkan pokok perbicaraan tok guru bukan berkisar tentang kelahiran baginda tetapi berkisar tentang perutusan baginda saw itu sendiri. Sebab itulah soal berkait dengan kelahiran tok guru tidak mendetailkan, malah disebut secara sepintas lalu sahaja. Jika kuliah pagi itu membicarakan soal kelahiran betul boleh kita katakan tok guru tersilap. Ulang suara TERSILAP bukan menghina. Adakah tersilap dengan sebab terlupa fakta-fakta sirah sama dengan menghina?



Jauh dari lubuk hati Tok Guru untuk menghina baginda saw. Kerana sedari dulu Tok Guru lah yang banyak menyumbang idea untuk memastikan ketulenan manhaj Islam itu terlaksana dalam tanah air kita. Pada masa sama Tok Guru banyak mempertahankan sunnah-sunnah baginda saw dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-harian beliau.



Saya tidak nafikan ada beberapa hadis dan riwayat-riwayat yang menyebut tentang kelahiran Baginda saw berlainan dengan cara bayi-bayi lain dilahirkan.



Sebagaimana berkata Aminah bonda Rasulullah saw: ketika aku melahirkannya, dia (Nabi saw) berlutut degan kedua lututnya sujud, memandang ke arah langit kemudian menggengam segenggam tanah dalam keadaan jari telunjuknya terangkat ke atas seperti orang menghinakan dan merendahkan diri kepada Allah swt.



Lagi diriwayatkan



Berkata Ikrimah: ketika Aminah melahirkan Muhammad saw, maka beliau meletakkan di dalam sebuah bakul dan setelah itu aku mengangkat bayi tersebut. Beliau berkata: Aku melihat bayi tersebut, pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.



Sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan tentang perbezaan cara kelahiran Baginda saw dengan kelahiran bayi-bayi lain. Jika hendak dihurai satu persatu peristiwa yang berlaku sudah tentulah mengambil masa yang lama kerana banyak sangat cerita yang menarik dan ajaib tentang kelahiran baginda saw. Antara yang boleh saya sebut di sini berhala tersembang ke tanah di hari kelahiran Baginda saw, bulan purnama berkata-kata dengan baginda saw semasa Baginda dalam buaian, Baginda lahir dalam keadaan bersih dan sudah dikhatankan, Baginda saw juga dilahirkan tanpa tali pusat sebagaimana bayi-bayi lain, syaitan berteriak semasa kelahiran baginda saw dan sebagainya.



Sebab itulah saya menulis di atas tadi bukan ucapan Tok Guru hendak memfokuskan kepada kelahiran baginda saw.



Kita kadang-kadang ada juga situsi begitu kita hadapi. Contohnya seseorang bertanya kepada kita sesuatu jalan yang seseorang tersebut itu tersesat mencari destinasi. Maka kita boleh sebut kepada orang tersebut “kamu jalan terus jumpa simpang 4, kamu masuk kiri lepas tu jalan terus lebih kurang 5km kamu akan jumpa kedai runcit, dan kamu Tanya orang situ. Saya tak boleh nak sebut secara tepat sebab lorongnya terkebelakang dan tercorok. Itulah perumpamaanya, wallahua’lam.



SOAL MENYAMBUT HARI MAULID NABI SAW:



Tok guru bukan menolak perayaan menyambut hari Maulid Rasul. Tetapi menolak sangkaan dan tanggapan masyarakat melayu hari ini apabila mereka menyambut hari maulid Rasul saw maka mereka merasa selesai tanggungjawab mereka terhadap baginda saw yang bermati-matian mengerakkan jentera dakwah dalam memastikan islam tersebar keseluruh pelusuk dunia.



Balik dari majlis maulid mereka membuka aurat, mereka menentang hukum Allah swt, mereka lawan ulamak, mereka menyokong kezaliman dan sebagainya. Dan ini sebenarnya yang dipersoalkan oleh Tok Guru “Majlis Maulid Rasul ni tak sudah”



Saiduna Abu Bakar as-Siddiq r.a menyatakan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka dia akan menjadi temanku di syurga.



Telah berkata saiduna Umar al-Khattab r.a: sesiapa yang membesarkan hari kelahiran Nabi saw, maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam.



Telah berkata saiduna Uthman Ibn ‘Affan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain.



Telah berkata imam as-Syafi’ie: sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Nabi saw, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibaca maulid Nabi saw itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah swt pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada dan para solihin serta berada dalam syurga-syurga naim.



Wallahu’alam..

Mohon Maaf, Bayar Pampasan dan Tutup Kem Kemunting.


1. Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani. Setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA], kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata - mata kerana persaingan politik yang tidak matang.

2. Saya tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah mengisytiharkan komitmennya untuk memansuhkan ISA sebentar tadi, biarpun UMNO dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang - undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan. Sementara PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam.

3. Sejurus mendengar pengisytiharan Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini, hampir mengalir air mata saya mengenang penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dialami oleh bekas tahanan ISA sebelum ini. Alangkah jika ISA dimansuhkan sejak komunis menyerah diri dan membubarkan parti serta perjuangan mereka tempoh silam. Pastinya mereka tidak perlu menderita dan sengsara hanya kerana dendam politik sang pemerintah.

4. Datuk Seri Najib Tun Abd Razak mesti mengotakan komitmennya dengan membentangkan secara rasmi Kertas pemansuhan ISA ini di dalam Parlimen yang akan bersidang awal bulan depan dan disokong pula oleh keseluruhan Ahli Parlimen UMNO dan BN sekaligus mengusulkan penutupan Kem Kemunting dengan membawa semua tahanan yang masih ada kemuka pengadilan untuk diadili mengikut proses undang - undang negara.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Kerajaan UMNO dan BN pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak juga mestilah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta membayar pampasan kepada semua mangsa - mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka yang terpaksa mengalami penderitaan dan trauma yang teruk akibat akta draconian ini.[ISA]

6. Alhamdulillah, Sekali lagi saya lafazkan rasa syukur kepada Allah swt. berikutan komitmen yang diberi oleh YAB Perdana Menteri untuk turut mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

7. Subjek yang diumum dan diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan jurus - jurus kecil dari pelan induk Reformasi yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat khasnya melalui Buku Jingganya sebelum ini. Demikian juga apa yang ditawarkan oleh PAS menerusi Dokumen Negara Berkebajikan. Tidak mengapalah siapa pun yang melaksanakannya asal ia membawa kebaikan kepada rakyat. Namun Kerajaan UMNO dan BN mesti sedar dan insaf, bahawa masih terlalu banyak perkara yang perlu direformasikan secara menyeluruh. Tidak memadai YAB Perdana Menteri pancing sokongan pengundi dengan hanya membuat beberapa perubahan atau pindaan yang bersifat jurus - jurus kecil sedang masaalah pokok masih tergantung diawangan.

8. Masaalah pokok yang saya maksudkan di sini ialah pemulihan sistem demokrasi yang adil dan ketelusan sistem pengurusan pilihanraya. Tiada erti perubahan itu dilakukan sedang hak pengundi untuk mengundi secara adil, telus dan saksama ternafi atau dinafikan dengan pincangnya sistem demokrasi dan selewengnya pengurusan pilihanraya.

9. Hari ini, negara masih berdepan dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan keraguan yang timbul dari daftar pemilih, corak pengendalian pilihanraya, identiti pengundi, mykad palsu, pengundi klon dan undi pos sebagaimana yang didedahkan oleh DPP Malaysia, malah ianya masih gagal dijawab dengan jawapan yang meyakinkan oleh pengendali pilihanraya iaitu SPR mahupun kerajaan sendiri.

10. Ketelusan sistem pengurusan pilihanraya menjadi perkara terpenting setelah dilihat kepada usaha YAB Perdana Menteri cuba melakukan perkara yang serupa dengan apa yang mahu dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Apabila dilihat program dan subjeknya serupa, maka rakyat perlu kepada keadilan dan ketelusan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk menjadi kerajaan atau pemimpin bagi melaksanakan program reformasi negara tersebut.

11. Apa yang pasti, kini Pakatan Rakyat telah dilihat mampu memimpin dan memerintah. Tiada siapa boleh menafikannya lagi setelah banyak idea dan program reformasi negara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat kini dilaksanakan oleh kerajaan UMNO dan BN.

12. Saya sendiri bertambah yakin. Bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju kepimpinan negara, kerana rakyat kini beralih perhatian untuk memilih siapa yang paling layak memimpin dan memerintah setelah dilihat idea dan program perubahan hampir serupa dari kedua - dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah rakyat tahu siapa yang menggerakkan program dan idea perubahan tersebut.

13. Ertinya selepas ini nilai integriti, akhlak pemimpin, kecerdasan dan karisma kepimpinan akan menjadi nilai fokus pada pengundi untuk diberi mandat kepimpinan negara, kerana tiada erti diserahkan urusan pemerintahan kepada manusia yang rosak nilai integriti, rasuah dan tidak diyakini kewibawaannya. Justeru itu, berikan ruang secukup dan seadilnya untuk rakyat membuat pilihan tepat tanpa sebarang tekanan dan ugutan jua tanpa sebarang manipulasi.

14. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, pengumuman YAB Perdana Menteri malam ini adalah isyarat gendang tari pilihanraya telah dipalu. Pemuda PAS secara asasnya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya di adakan pada bila - bila masa secara spiritual, mental, material dan fizikal. Pembentangan belanjawan pada bulan hadapan juga pastinya akan dijadikan belanjawan pilihanraya seperti lazimnya dan akan banyaklah tawaran - tawaran dikemukakan kepada rakyat terutama rakyat marhaen dan menengah.

15. Kini DPP Malaysia telah memasuki gear lima untuk terus meluncur dengan persiapan dan gerakkerjanya ke arah memenangi pilihanraya umum ke 13 insyaallah.



Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

11.00 malam

15 Sept 2011

Akal manusia bertembung kekuasaan Allah swt



1) "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidangMajlis, Tertinggi Umno, 1994

2) "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

3) "Saya nak tahu siapakah di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor

4) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan

5) "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

6) "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

7) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja" Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992

8) "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak" Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992