TOK GURU NIK AZIZ HINA NABI?

Beberapa bulan sudah timbul satu isu fitnah terhadap tok guru menteri besar Kelantan yang dikatakan menghina nabi saw dalam ucapan beliau di Kuliah Jumaat bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu. Lihat di sini



Saya cukup pantang orang menghina para alim ulama. Walau yang berlaku antara kedua pihak itu terdiri daripada mereka yang bergelar ulamak..



Saya berkeyakinan antara ribuan yang hadir mendengar kuliah beliau ada di antara mereka itu hadir dengan niat jahat untuk mengintip dan mencari kesalahan yang tidak disengajakan. sekian bakti yang tok guru curahkan berbekal idea, keringat, jiwa raga, ilmu dan kenyakinan tidak sedikit pun dipedulikan mereka. Kerana niat mereka hendak mencari kesalah dan kekurangan yang berlaku.



Bagi saya, apa yang tok guru ucapkan itu tidak berniat untuk menghina baginda saw berdasarkan pokok perbicaraan tok guru bukan berkisar tentang kelahiran baginda tetapi berkisar tentang perutusan baginda saw itu sendiri. Sebab itulah soal berkait dengan kelahiran tok guru tidak mendetailkan, malah disebut secara sepintas lalu sahaja. Jika kuliah pagi itu membicarakan soal kelahiran betul boleh kita katakan tok guru tersilap. Ulang suara TERSILAP bukan menghina. Adakah tersilap dengan sebab terlupa fakta-fakta sirah sama dengan menghina?



Jauh dari lubuk hati Tok Guru untuk menghina baginda saw. Kerana sedari dulu Tok Guru lah yang banyak menyumbang idea untuk memastikan ketulenan manhaj Islam itu terlaksana dalam tanah air kita. Pada masa sama Tok Guru banyak mempertahankan sunnah-sunnah baginda saw dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-harian beliau.



Saya tidak nafikan ada beberapa hadis dan riwayat-riwayat yang menyebut tentang kelahiran Baginda saw berlainan dengan cara bayi-bayi lain dilahirkan.



Sebagaimana berkata Aminah bonda Rasulullah saw: ketika aku melahirkannya, dia (Nabi saw) berlutut degan kedua lututnya sujud, memandang ke arah langit kemudian menggengam segenggam tanah dalam keadaan jari telunjuknya terangkat ke atas seperti orang menghinakan dan merendahkan diri kepada Allah swt.



Lagi diriwayatkan



Berkata Ikrimah: ketika Aminah melahirkan Muhammad saw, maka beliau meletakkan di dalam sebuah bakul dan setelah itu aku mengangkat bayi tersebut. Beliau berkata: Aku melihat bayi tersebut, pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.



Sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan tentang perbezaan cara kelahiran Baginda saw dengan kelahiran bayi-bayi lain. Jika hendak dihurai satu persatu peristiwa yang berlaku sudah tentulah mengambil masa yang lama kerana banyak sangat cerita yang menarik dan ajaib tentang kelahiran baginda saw. Antara yang boleh saya sebut di sini berhala tersembang ke tanah di hari kelahiran Baginda saw, bulan purnama berkata-kata dengan baginda saw semasa Baginda dalam buaian, Baginda lahir dalam keadaan bersih dan sudah dikhatankan, Baginda saw juga dilahirkan tanpa tali pusat sebagaimana bayi-bayi lain, syaitan berteriak semasa kelahiran baginda saw dan sebagainya.



Sebab itulah saya menulis di atas tadi bukan ucapan Tok Guru hendak memfokuskan kepada kelahiran baginda saw.



Kita kadang-kadang ada juga situsi begitu kita hadapi. Contohnya seseorang bertanya kepada kita sesuatu jalan yang seseorang tersebut itu tersesat mencari destinasi. Maka kita boleh sebut kepada orang tersebut “kamu jalan terus jumpa simpang 4, kamu masuk kiri lepas tu jalan terus lebih kurang 5km kamu akan jumpa kedai runcit, dan kamu Tanya orang situ. Saya tak boleh nak sebut secara tepat sebab lorongnya terkebelakang dan tercorok. Itulah perumpamaanya, wallahua’lam.



SOAL MENYAMBUT HARI MAULID NABI SAW:



Tok guru bukan menolak perayaan menyambut hari Maulid Rasul. Tetapi menolak sangkaan dan tanggapan masyarakat melayu hari ini apabila mereka menyambut hari maulid Rasul saw maka mereka merasa selesai tanggungjawab mereka terhadap baginda saw yang bermati-matian mengerakkan jentera dakwah dalam memastikan islam tersebar keseluruh pelusuk dunia.



Balik dari majlis maulid mereka membuka aurat, mereka menentang hukum Allah swt, mereka lawan ulamak, mereka menyokong kezaliman dan sebagainya. Dan ini sebenarnya yang dipersoalkan oleh Tok Guru “Majlis Maulid Rasul ni tak sudah”



Saiduna Abu Bakar as-Siddiq r.a menyatakan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka dia akan menjadi temanku di syurga.



Telah berkata saiduna Umar al-Khattab r.a: sesiapa yang membesarkan hari kelahiran Nabi saw, maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam.



Telah berkata saiduna Uthman Ibn ‘Affan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain.



Telah berkata imam as-Syafi’ie: sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Nabi saw, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibaca maulid Nabi saw itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah swt pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada dan para solihin serta berada dalam syurga-syurga naim.



Wallahu’alam..

11 comments:

saya harap tuan guru boleh menjelaskan atau memperbetulkan semula...kerana sudah ramai orang yang berasa ragu-ragu

 

sudah terang lagi bersuluh.. benang yg basah pun hendak ditegakkan, apa yang hak hendak dibatilkan kerana kepartian dan ingin mencari keredhaan rakan kuffar.

 

Syiah yg taksub
wahabi dia je yg betul
dah berjaya pun dajjal dan proxy di negeri2 libya, tunisia, mesir..dan yg penting mesti bjaya di Syria ni.
Kat timur ni plot tlh mdpt sokongan ramai..kekeliruan dh pun dijalankan oleh ulama2 yg lebih 'hebat' dr para sahabat serta tabiin..hebat yahudi dan dajjal ni. Mmg betul la yahudi ckp bangsa lain hanya taraf binatang tunggangan je. Tahniah syeikh!

 

Hbs mcm mana yang Nik Aziz kata ALlah lihat dalam Ribuan2 Manusia lalu Allah lihat Ada Muhammad yg terbaik diantara mereka dan diangkat menjadi nabi???? bukan kah Kisah Nabu Muhammad sudah tertulis sejak hantara adam kepada hawa iaitu shalawat 3 x kepad nabi Muhammad?? sedangkan Zakariya Allah telah beritahu tentang kelahiranya Yahya yg belum dilahirkan..kenapa Allah x tau kewujudan Nabi Muhammad yag lagi Mulia..?? siap kena tgk2 pulak dalam ribuan Manusia???ini berkaitan dengan Aqidah dan kepercayaa.Nik aziz jagalah Lisan Anda

 

nik aziz yg jahil tak layak bergelar mursyid!!!!!

 

mesir skrg tmpt bercambahnya puak2 wahabi!!!!! tunggulah kau MESIR banjir tsunami dari ALLAH!!!!!!

 

Tunggulah kau wahai wahabi2 di Mekah dan Madinah!!!!!!!! akan digoncang tanah haram dgn gempa dan digantikan di dalamnya dgn pengikut sebenar Rasulullah saw!!!!!!!!!

 

TGNA cuma bgtau yg kelahiran nabi SAW sama dgn kelahiran kanak2 sewaktu itu maksudnya kelahiran Baginda SAW sama seperti kaum2 hawa yg lain melahirkan anak..dari segi sama sahaja fizikal mereka..ada mata ,ada mulut..kena faham dgn loghat kelantan.. bukan TGNA mengatakan sama dari segi sifat dan perangai atau pun perendahkn akhlak baginda SAW seperti yg dikupas oleh ustaz azhar idrus mengenai isu ini iaitu fahami maksud dulu..TGNA itu ulama yg diiktiraf dunia..kenapa mahu memburukkan ulama..xfaham ada sesetengah ustaz yg tak kurang hebatnya di pentas ceramah agama boleh menghentam seseorg ulama lain tanpa faham dulu apa yg dimaksudkan dgn ucapan itu.. sama juga maksud TGNA mengatakan yg ibu baginda SAW sendiri tidak mengetahui bahawa yg dilahirkan itu seseorg nabi..sehingga lah terjadi perkara yg pelik2 semasa di dlm kandungan mahupun semasa melahirkan baginda SAW merupakan bukti tanda keagungan dan kesucian baginda Rasulullah sebagai manusia yang penuh maksum atau dalam keadaan terpelihara serta dilindungi oleh Allah SWT..Seperti juga yg penulis ingin sampaikan bahawa TGNA bukan mengulas tentang kelahiran baginda SAW..Begitu juga dgn apa yg disimpulkn oleh TGNA bahawa dlm ramai2 manusia iaitu jutaan mahupun trilion umat manusia di dunia ini Allah SWT melihat baginda SAW dan mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul dan khalifah yg paling Agung..bukan bermaksud yg Allah SWT buat pilihan semasa Baginda SAW di muka bumi.. kenapa masih ada yg x faham atau buat2 xfaham semata2 mahu menyerang peribadi TGNA?.. Tentang isu menyambut Maulidur Rasul seperti yg penulis dah terangkan bahawa TGNA bukannya menolak sambutan Maulid Rasul tp menegaskan bahawa kita masih tidak pernah cuba utk betul2 mengikut suruhan Baginda SAW..kita di warwarkn mengenai hari sambutan Maulidur Rasul tp suruhan dan tuntutan Baginda SAW masih kita abaikan termasuk menolak hukum Allah SWT..jd maksud TGNA adalah menyeru kita semua sama2 mengikut segala suruhan Baginda SAW dan mengikut panduan hidup kita berlandaskan Al Quran dan sunnah..Bukannya menyambut Maulid Rasul setiap tahun tanpa sebarang hasil..Disini saya ingin tegaskan bahawa saya menyayangi para ulama2 dan ustaz2 tetapi sayangnya ada di antara yg digelar para ulama dan ustaz ini juga menyerang sesetengah para2 ulama secara semborono sehingga mengelirukan kita semua tentang ini.. Wallahualam

 

kalau lah orang UMNO yg berkata seperti Nik Aziz kata.... tak tahu lah aku apa orang orang PAS akan comment. Tentu dikafirkan mereka ye, agak agaknya la.

 

Semakin dekat dgn pilihan raya, gamat lg la soal ni tp PAS masih akan ckp yg diaorg nk wat hukum hudud, dah 20 tahun kata nk wat. Pndangan saya sendiri, Tuan Guru tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian krn cara pemikiran masing2 berbeza... Jadi jgn keluarkan kenyataan yg bila org dengar...org akan ckp Tuan Guru menghina Nabi. Memang ulama' pewaris Nabi tp ulama' tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegitu... jadi jelaskan lebih lanjut pd org ramai yg lebih cetek pengetahuan dr Tuan Guru... saya sekadar berkongsi pandangan di sini... terpulang pd anda memikirkan soal ini...

 

Wahai saudara saudariku yg mudah2 an di mulia kan Allah swt..insya Allah..aku berpesan untuk dri ku dan juga kepada yg sudi .mmendengarkan.....yg membeza kan .seseorang ke atas seorang yg lain .iaitulah ILMU....maka barangsiapa yg .berilmu tentang sesuatu hal..maka dia .lebih layak berbicara tentangnya..dan .barangsiapa tidak punya ilmu tentang .perkara itu..mana mungkin dia boleh .menyanggah..sedang dia sendiri .tertanya2 'oo betol ke..atau ye .kerr..atau oo macam tuuu...rupa nyerr...atau dia mendengar dari TV atau radio...lalu menganggok2 kan kepala nya....barangsiapa yg berguru dnhn tv atau seumpamanya maka ilmu nya meragu kan bah kan tidak dapat d jadi kan HUJAH....oleh itu Rosulullah saw telah berpesan pada umat ini..agar berpeganglah dngn dua perkara nescaya tak kan sesat selamanya..iaitu Al Quran dan Hadith.....untuk memecah KERAGUAN maka sila BERGURU dengan 2 perkara ini....dan untuk memahami nya sila BETGURU dngn ULAMA....kerana ulama itu warosatil anbiya'....(pewaris .Nabi)..maka berhati2 saudara ssudariku...kerana LIDAH itu membinasakan ..melainkan jika untuk kebenaran......Tuan Guru...Nik Aziz.. semuga Allah merahmati mu..

 

Post a Comment