PERTEMUAN ANTARA PIHAK TENTERA DAN PIMPINAN POLITIK MESIR


Presiden Parti Hurriyyah wa A’dalah Dr. Muhammad Mursi(gambar atas) menjelaskan pertemuan antara pegawai-pegawai politik dan majlis angkatan tentera telah diadakan kelmarin (selasa) dan telah memutuskan beberapa ketetapan sebagaimana berikut:



  • Menerima perletakan jawatan kerajaan sementara dibawah pimpinan Dr. Essam Syaraf, Presiden Majlis Menteri-Menteri (gambar di bawah) dan membentuk kerajaan baru yang diberi mandat oleh rakyat.

  • Memastikan pilihan raya parlimen berjalan mengikut tarikh yang telah ditentukan sebelum ini iaitu hari isnin depan.

  • Memastikan proses penyerahkan kuasa kerajaan sementara ini (tentera) kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat selewat-lewatnya bulan julai tahun depan.

  • Menyediakan draf undang-undang dan prosuder perjalanan pilihan raya presiden.

  • Persetujuan menarik keluar pihak berkuasa tentera dan pihak menteri dalam negeri dari medan tahrir dan mengurangkan peranannya mengawal orang awam.

Hadir sama dalam pertemuan itu wakil-wakil dari parti politik yang bertanding. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Samy Annan (Presiden Turus Angakatan Tentera).


Beliau (Dr. Muhammad Mursi) meneruskan bahawa ia akan mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama antara pihak tentera dengan orang ramai memulakan siasatan ke atas semua mereka yang didakwa membunuh para 'syuhada'. Pampasan kepada keluarga 'syuhada' dan mereka yang menderita akibat tindakan kasar pihak berkuasa ke atas penunjuk perasaan.


Tidak melepaskan peluang para calon presiden turut menghadiri pertemuan tersebut seperti Amru Musa dan Muhammad Salim Al-A'wa. Abu Al-A'la Madi (Presiden Parti al-Wast), Syed Badwi (Presiden Parti al-Wafd), Emad Abdul Ghafour (Presiden Hizbul Nur) dan Said Kamal (Presiden Parti al-Juhbah).

0 comments:

Post a Comment