PERPECAHAN AKIBAT BANYAKNYA JEMAAH



Masalah perpecahan ini bukan berlaku di Malaysia sahaja. malah bibit-bibit perpecahan itu mula tumbuh di sini (Mesir).. ana cukup bimbang perpecahan ini ia akan berterusan sampai ke Malaysia dan akan membentuk satu masa depan yang buruk kepada gerakan islam bernama PAS. kerana peranan PAS sebagai sebuah gerakan islam ialah mengerakan islam yang sengaja dibeku oleh pemikiran atau ideologi ciptaan manusia seperti sekularisme dan sebagainya. PAS datang untuk menyelamatkan nasib umat melayu yang dibelenggu pemikiran mereka dalam untuk mengenal erti islam yang sebenar.

manakala UMNO berperanan menghilangkan kefahaman dan pelaksaan islam secara syumul dalam kehidupan rakyat Malaysia.

PAS bukan ditubuhkan secara spontan. Tetapi PAS ditubuhkan atas perintah Allah swt untuk memastikan kalimat Allah, Hukum Allah dan Syariat Allah yang diturunkan daripada langit berada di kedudukan tertinggi dalam negara kita.

kembali fokus kita kepada tajuk perbincangan. Kalau dulu anak melayu yg belajar di Universiti Azhar semua mereka bernaung di bawah PMRAM. Manakala pelajar daripada jurusan Pengajian Sains Perubatan semua bernaung di bawah panji PERUBATAN. segala program dapat dijalankan secara lancar dan senang untuk memberi kefahaman islam kepada ahli. sekarang banyak faedah2 dan kefahaman yang jelas tentang islam mahasiswa2 baru terkandas untuk menerimanya disebabkan wujudnya kelompok perosak ini.

kelompok-kelompok ini, mereka mendabik dada boleh menganjurkan semua program yang telah dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang sedia ada. sehingga untuk mendapat sokongan ahli atau mahasiswa baru usrah pun mereka sanggup perdagangkan. saya kurang pasti manhaj usrah yang mereka bawa bertepatan atau memenuhi kehendak usrah itu sendiri atau tidak. jika sekadar ingin menunjukan sikap “aku boleh buat juga” ia amat malang sekali. kerana ia bukan memberi kesan kurang harmoni kepada kelompok mereka sahaja. malah turut tempias kepada ahli-ahli yang baru yang ikhlas mencari kefahaman Islam. Manhaj yang disediakan oleh PMRAM dan PERUBATAN ana yakin ini manhaj terbaik yang disusun oleh bukan sahaja kepimpinan pelajar malah turut diambil pandangan pakar-pakar daripada luar dan sebagainya.

ada yang mendakwa tarbiyyah PMRAM dan Perubatan tidak mantap. ana ingin bertanya pihak sebelah sana, adakah mencipta perpecahan ini tarbiyyah menjadi mantap? kemukakan bukti..

Rujuklah kebenaran itu dengan agama. tiada satu pun dalil yang menyokong untuk mengatasi sesuatu masalah hendaklah berpecah.

Banyak seruan para rasul mengajak supaya bersatu dan mengancam kepada mereka2 yg ingin mencipta sunnah perpecahan ini. Dalam al-Quran Allah swt menceritakan kisah pembinaan masdij Dhirar oleh golongan munafik. surah at-Taubah: 107 - 110

šúïÏ%©!$#ur (#räsƒªB$# #YÉfó¡tB #Y#uŽÅÑ #\øÿà2ur $K)ƒÌøÿs?ur šú÷üt/ šúüÏZÏB÷sßJø9$# #YŠ$|¹öÎ)ur ô`yJÏj9 šUu%tn ©!$# ¼ã&s!qßuur `ÏB ã@ö6s% 4 £`àÿÎ=ósuŠs9ur ÷bÎ) !$tR÷Šur& žwÎ) 4Óo_ó¡ßsø9$# ( ª!$#ur ßpkôtƒ öNåk¨XÎ) šcqç/É»s3s9 ÇÊÉÐÈ Ÿw óOà)s? ÏmÏù #Yt/r& 4 îÉfó¡yJ©9 }§Åcé& n?tã 3uqø)­G9$# ô`ÏB ÉA¨rr& BQöqtƒ ,ymr& br& tPqà)s? ÏmÏù 4 ÏmÏù ×A%y`Í šcq7Ïtä br& (#r㍣gsÜtGtƒ 4 ª!$#ur =Ïtä šúï̍Îdg©ÜßJø9$# ÇÊÉÑÈ ô`yJsùr& š[¢r& ¼çmuZ»uø^ç/ 4n?tã 3uqø)s? šÆÏB «!$# AbºuqôÊÍur îŽöyz Pr& ô`¨B }§¢r& ¼çmuZ»uø^ç/ 4n?tã $xÿx© >$ãã_ 9$yd u$pk÷X$$sù ¾ÏmÎ/ Îû Í$tR tL©èygy_ 3 ª!$#ur Ÿw Ïöku tPöqs)ø9$# šúüÏJÎ=»©à9$# ÇÊÉÒÈ Ÿw ãA#ttƒ ÞOßgãZ»uŠø^ç/ Ï%©!$# (#öquZt/ Zpt7ƒÍ Îû óOÎgÎ/qè=è% HwÎ) br& yì©Üs)s? óOßgç/qè=è% 3 ª!$#ur íOŠÎ=tæ íOŠÅ3ym ÇÊÊÉÈ

107. Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah Dengan berkata:" tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.

108. Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

109. Maka Adakah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya di tepi jurang Yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia Dengan Yang membangunkannya ke Dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang zalim.

110. (Keruntuhan masjid) Yang dibina oleh mereka Yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada Yang sedia ada) Dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat di atas ini tepat sekali untuk dijadikan pedoman bersama. Pada zaman Rasulullah dulu ada segolongan manusia yang digelar sebagai golongan munafik. Sifat mereka tidak suka melihat orang islam bersatu. Puncanya mereka dengki melihat kekuatan orang islam. sama halnya dengan orang yahudi tidak mahu mengikut ajaran Baginda saw semata-mata kerana kerana mereka dengki dengan Nabi Muhammad diutus sebagai Nabi terakhir. kerana mengharapkan Nabi akhir zaman itu diutus dari kalangan kaum mereka.

Berbalik kita kepada kisah golongan munafik yang membina masjid Dhirar. Secara zahir nampak niat membina masjid itu suatu yang baik dan tiada siapa boleh menafikan. Tetapi dengan pertolongan Allah, niat keji mereka dibongkar oleh Allah melalui turunnya ayat di atas. lantas Rasulullah mengarahkan beberapa orang sahabat supaya pergi membakar masjid itu.

jika dilihat kelompok yang wujud hari ini, alasan mereka mewujudkan kelompok baru cukup cantik antaranya menjalankan amanah ibu bapa di Malaysia, memberi kebajikan, persatuan yang sedia ada kurang berkesan dalam memberi kebajikan dan sebagainya.

ingatlah kalian perpecahan yang kalian cipta itu bukan datang daripada kebenaran agama. Bahkan, tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada syaitan dan nafsu semata-mata.. Tiada dalam sejarah umat ini berpecah itu satu kekuatan bagi orang Islam. Islam tak pernah menang jika umatnya dalam keadaan berpecah belah dan tiada kesatuan.. Sebaliknya rahsia kemenangan orang Islam dalam setiap perjuangan dan dakwah adalah bersatu dan berpadu.

Ana cuma meningatkan dan melaksanakan kewajipan sahaja.. sape2 yg mencipta sunnah perpecahan ini, mengajar orang lain untuk berpecah dan menggalak org yg diajar itu menuruskan perpecahan ini sekali gus menyebabkan mahasiswa di sini berpecah belah dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt. Tak percaya kita jumpa di sana..

7 Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta


1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.

Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.

Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8

2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )

Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:

"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?

5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

Mulut tutup, aurat lengan buka.

6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.

Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:

"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."

7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.

Sebelum menonton, anda kena ingat:-

1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.



Sumber:Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan Ke Mesir Kena Sabotaj?


saya melahirkan rasa terharu dan mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan negeri kelantan yang sudi menghantar delegasi untuk menjenguk dan menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan anak-anak kelantan di mesir.

walau bagaimanapun, saya merasa terkilan di atas tindakan beberapa pihak tertentu seolah2 ada sabotaj ke atas kehadiran delegasi ini. antara persoalan yang bermain di fikiran saya, di manakah wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) @ Education Malaysia (EM) yang sepatutnya menyambut ketibaan delegasi ini? Adakah maklumat tentang kehadiran ini tidak diketahui atau disembunyikan oleh pihak2 tertentu? yang pasti pihak delegasi telah memaklumkan akan kehadiran mereka kepada pihak KBMK. lagi pun kehadiran delegasi ini atas nama rasmi kerajaan negeri kelantan yang terdiri Dato Timb. Menteri Besar, Dato Nik Amar, Dato Takiyddin, Dato Setiausaha Negeri, YPD MKPB-BRI dan beberapa orang lagi

Antara lain, tujuan pihak delegasi kerajaan negeri datang ke mesir ialah bertemu dengan pihak Universiti Al-Azhar untuk membincangkan soal pengajian di sini. Pengaturan dan ketetapn tarikh pertemuan telah dimaklumi awal oleh pihak delegasi kepada pihak KBMK di atas tujuan tersebut, masalahnya, pihak delegasi dimaklumi pertemuan tersebut tidak dapat diadakan kerana sheikhul Azhar difahamkan berada di luar Mesir.

apa yang menguatkan tanggapan saya bahawa ada sabotaj pihak2 tertentu ialah apabila 6 jam (hari terakhir) sebelum keberangkatan pulang delegasi, barulah dimaklumkan bahawa pihak universiti al azhar bersetuju mengadakan pertemuan tersebut. itupun setelah seorang wakil delegasi pergi berjumpa secara direct dengan pihak KBMK.

jika kesilapan ini berlaku tanpa disengajakan saya boleh terima, akur dan mohon penjelasan lanjut. akan tetapi jika ia satu perancngan atas dasar sentimen kenegerian atau kepolitikan saya anggap satu tindakan yang tidak profesional dan kurang matang.

Wallahua'lam..

Pemuda Pas mahu Dr Dzulkefly minta maaf



SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, perkara-perkara yang besar dan melibatkan dasar parti perlu diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti sama ada muktamar tahunannya atau Majlis Syura Ulama selain memerlukan pindaan Perlembagaan Pas.

Katanya, langkah-langkah itu memerlukan proses yang panjang dan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti dan semua ahli.

“Bukan semudah itu untuk melontarkan sesuatu pandangan yang besar apabila melibatkan dasar dan perlembagaan parti.

“Beliau sepatutnya merujuk Perlembagaan Pas serta kepemimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan kerana boleh menimbulkan satu polemik yang meresahkan ahli di peringkat bawahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahir, natijah dari kenyataan Dzulkefly semalam, pengundi Melayu juga sudah mula mempertikaikan kenyataan beliau dengan menganggap Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Menurut beliau dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Katanya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Ujar, Mohd Shahir, perlembagaan parti dengan jelas menggariskan syarat bahawa ahli mestilah beragama Islam.

Katanya, sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan dasar dan matlamat perjuangannya Islam, sudah tentu mereka yang mendukungnya juga mesti terdiri daripada orang-orang Islam.

Sementara itu, Mohd Shahir berkata, amat sukar bagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam menerima kepemimpinan tertingginya daripada kalangan bukan Islam.

“Sepatutnya sebagai pimpinan Pas di peringkat pusat, beliau perlu berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan dan berbincang dengan kepemimpinan Pas Pusat supaya kenyataan beliau selari dengan dasar parti,” katanya.

“Kami berharap Dr Dzulkefly Ahmad lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pas,” katanya.SH

Sumber: Sinar Harian

Timbalan Presiden Bukan Islam?.-Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

1. PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Ia bukan cabang politik atau menjadi Lajnah Siasah kepada mana - mana jamaah induk lain seperti Harakah Islamiah Syamilah [HIS] atau lainnya dengan namanya yang baru. Sebaliknya PAS adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengambil peranan Gerakan Islam yang berjuang ke arah menegak dan mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta.

2. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang mendokong cita - cita perjuangan Islam serta objektif perjuangannya menepati kesyumulan Islam, lalu PAS meletakkan orientasi perjuangannya secara seimbang dan sepadu antara Gerakan Tarbiyyah, Gerakan Dakwah dan Gerakan Siasah.

3. Justeru itu PAS tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti politik semata - mata seperti mana parti - parti politik yang lain. Sebaliknya PAS adalah sebuah gerakan atau jamaah induk yang dibawahnya mempunyai pelbagai jabhah atau lajnah seperti Lajnah Tarbiyah, Lajnah Dakwah dan Lajnah Siasah.

4. Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua tertinggi yang dipilih melalui muktamar PAS. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya sarat dengan perencanaan untuk memperjuangkan Islam, maka wajiblah pimpinannya terpilih dari kalangan muslim, selain ianya adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh perlembagaan parti.

5. Jawatan Timbalan Presiden adalah antara jawatan tertinggi parti. Ia adalah Jawatankuasa Harian parti dan saff tertinggi selaku pemegang rahsia dan amanah perjuangan Islam yang didokong oleh parti.

6. Saya tegas meletakkan keseluruhan saff kepimpinan tertinggi disemua peringkat parti atau saff kepimpinan yang menjadi ahli mesyuarat utama dan tetap parti mestilah terdiri dari kalangan muslim kerana PAS adalah Gerakan atau Jamaah Islam, bukan badan kebajikan atau biro politik kepada jamaah tertentu.

7. Apabila saya menegaskan demikian, bukan bermakna PAS sebagai sebuah Gerakan Islam meminggirkan golongan non muslim. Jauh sekali untuk mencurigai mereka tanpa sebab dan asas yang jelas. Kerana umum mengetahui bagaimana prinsip dan sikap Islam terhadap non muslim yang tidak memerangi Islam.

8. Sekurang - kurang kita mempunyai 3 saluran untuk mengekalkan hubungan baik dengan non muslim.

Pertama : Melalui Tahaaluf Siasi [ kerjasama politik ] atau sosial yang dibina di atas persamaan tertentu pula tertakluk kepada perjanjian tertentu.

Kedua : Membentuk sebuah organisasi khas non muslim yang memiliki ketua dari kalangan mereka sendiri serta bernaung dibawah badan induk parti seperti yang ada pada hari ini iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketiga : Memanggil atau mengundang pemimpin non muslim untuk menyertai mesyuarat tertinggi parti di semua peringkat berdasarkan keperluan. Ertinya bukan sebagai ahli mesyuarat tetap.

9. Mengisi Jawatan dalam parti seperti PAS sebagai sebuah Gerakan atau Jamaah Islam tentunya berbeza perbahasannya dengan mengisi jawatan dalam kerajaan.

10. Non muslim tidak perlu tersinggung apa lagi rasa diperkecil apabila tidak masuk senarai wajar mengisi jawatan tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden kerana PAS secara analoginya adalah sebuah rumah orang Islam, so ketua keluarga rumah orang Islam tentunya muslim. Adapun hubungan baik dengan non muslim boleh berlansung dengan pelbagai keadaan yang dibenarkan seperti non muslim boleh bertandang atau menziarahinya spada masa - masa tertentu atau boleh mengundang non muslim tinggal berjiran.

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Timbalan Presiden Bukan Islam?.-Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

1. PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Ia bukan cabang politik atau menjadi Lajnah Siasah kepada mana - mana jamaah induk lain seperti Harakah Islamiah Syamilah [HIS] atau lainnya dengan namanya yang baru. Sebaliknya PAS adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengambil peranan Gerakan Islam yang berjuang ke arah menegak dan mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta.

2. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang mendokong cita - cita perjuangan Islam serta objektif perjuangannya menepati kesyumulan Islam, lalu PAS meletakkan orientasi perjuangannya secara seimbang dan sepadu antara Gerakan Tarbiyyah, Gerakan Dakwah dan Gerakan Siasah.

3. Justeru itu PAS tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti politik semata - mata seperti mana parti - parti politik yang lain. Sebaliknya PAS adalah sebuah gerakan atau jamaah induk yang dibawahnya mempunyai pelbagai jabhah atau lajnah seperti Lajnah Tarbiyah, Lajnah Dakwah dan Lajnah Siasah.

4. Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua tertinggi yang dipilih melalui muktamar PAS. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya sarat dengan perencanaan untuk memperjuangkan Islam, maka wajiblah pimpinannya terpilih dari kalangan muslim, selain ianya adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh perlembagaan parti.

5. Jawatan Timbalan Presiden adalah antara jawatan tertinggi parti. Ia adalah Jawatankuasa Harian parti dan saff tertinggi selaku pemegang rahsia dan amanah perjuangan Islam yang didokong oleh parti.

6. Saya tegas meletakkan keseluruhan saff kepimpinan tertinggi disemua peringkat parti atau saff kepimpinan yang menjadi ahli mesyuarat utama dan tetap parti mestilah terdiri dari kalangan muslim kerana PAS adalah Gerakan atau Jamaah Islam, bukan badan kebajikan atau biro politik kepada jamaah tertentu.

7. Apabila saya menegaskan demikian, bukan bermakna PAS sebagai sebuah Gerakan Islam meminggirkan golongan non muslim. Jauh sekali untuk mencurigai mereka tanpa sebab dan asas yang jelas. Kerana umum mengetahui bagaimana prinsip dan sikap Islam terhadap non muslim yang tidak memerangi Islam.

8. Sekurang - kurang kita mempunyai 3 saluran untuk mengekalkan hubungan baik dengan non muslim.

Pertama : Melalui Tahaaluf Siasi [ kerjasama politik ] atau sosial yang dibina di atas persamaan tertentu pula tertakluk kepada perjanjian tertentu.

Kedua : Membentuk sebuah organisasi khas non muslim yang memiliki ketua dari kalangan mereka sendiri serta bernaung dibawah badan induk parti seperti yang ada pada hari ini iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketiga : Memanggil atau mengundang pemimpin non muslim untuk menyertai mesyuarat tertinggi parti di semua peringkat berdasarkan keperluan. Ertinya bukan sebagai ahli mesyuarat tetap.

9. Mengisi Jawatan dalam parti seperti PAS sebagai sebuah Gerakan atau Jamaah Islam tentunya berbeza perbahasannya dengan mengisi jawatan dalam kerajaan.

10. Non muslim tidak perlu tersinggung apa lagi rasa diperkecil apabila tidak masuk senarai wajar mengisi jawatan tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden kerana PAS secara analoginya adalah sebuah rumah orang Islam, so ketua keluarga rumah orang Islam tentunya muslim. Adapun hubungan baik dengan non muslim boleh berlansung dengan pelbagai keadaan yang dibenarkan seperti non muslim boleh bertandang atau menziarahinya spada masa - masa tertentu atau boleh mengundang non muslim tinggal berjiran.

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat