Ramadhan perkataan dari bahasa arab yang bermaksud “panas terik”. Bulan Ramadhan bulan yang ke sembilan mengikut kalendar Islam. Pada bulan ini umat Islam seluruh dunia menjalani ibadat puasa selama sebulan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ibadat puasa disyariatkan pada tahun kedua hijrah keatas semua umat Islam. Pada bulan ini juga pelbagai kelebihan yang ditawarkan dan keistimewaan yang berlaku, antaranya:
Diturunkan Al-Quran & Malam Lailatul Qadar
Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih utama dari seribu bulan. Seribu bulan tersebut jika ditukar kepada tahun akan menjadi 83 tahun. Bukan semua orang dapat hidup sampai umur 83 terutama umat Nabi Muhammad s.a.w. cuba kalian renung dan fikirkan perkiraan umur tersebut yang akan dikurniakan kepada kita semua. Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud sebagaimana berikut:
Sesungguhnya kami turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa yang dinamakan lailatul Qadr itu. Lailatul Qadr itu lebih dari seibu bulan
Diturunkan Al-Quran & Malam Lailatul Qadar
Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih utama dari seribu bulan. Seribu bulan tersebut jika ditukar kepada tahun akan menjadi 83 tahun. Bukan semua orang dapat hidup sampai umur 83 terutama umat Nabi Muhammad s.a.w. cuba kalian renung dan fikirkan perkiraan umur tersebut yang akan dikurniakan kepada kita semua. Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud sebagaimana berikut:
Sesungguhnya kami turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa yang dinamakan lailatul Qadr itu. Lailatul Qadr itu lebih dari seibu bulan
(Al-Qadr:1-3)
Bulan kemenangan bagi umat Islam
Disepanjang alur sejarah banyak peristiwa atau kejadian telah membukti Islam sentiasa berada dipihak yang menang terutama pada bulan ramadhan dengan pertolongan Allah s.w.t. Perang Badar menjadi bukti terkuat menyokong kenyataan ini. Begitu juga kemenangan bagi umat Islam kerana pada setiap hari pada bulan ini Allah s.w.t membebas umat manusia dari api neraka.
Tentera Mesir berjaya mengalahkan Britain, Perancis dan Israel dalam peristiwa pembebasan Sinai pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir tahun 50an
2 Kegembiraan bagi mereka yang berpuasa dan bau mulut orang berpuasa
Setiap amal ibadat yang kita kerjakan itu ada had dan batas tentang pahalanya, kecuali puasa sahaja. Maka pahalanya tidak dapat ditentukan dengan kadar yang tertentu atau pun dibataskan sampai sekian dan sekian. Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Setiap amal anak Adam dilipat kaligandakan pahalanya sepuluh kali ganda seumpamanya. Berkata Allah s.w.t: kecuali puasa. Maka amal itu adalah untuk Ku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (orang yang berpuasa itu) telah meninggalkan makan, minum dan menahan syahwatnya keranaKu. Orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t. Adalah bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi.
Cubalah kalian renungkan hadis kudsi diatas ini; kecuali puasa, amal itu untuk Ku, dan aku sendiri akan membalasnya. Cuba kalian telitikan janji yang mutlak dari Allah yang Maha Mulia, Maha Pemurah lagi Maha Belas Kasihan. Kemudian renungkan pula maksud bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Lantaran kelebihan bau mulut dan keutamaannya di sisi Allah s.w.t. maka dihukumkan makruh bagi orang berpuasa bersiwak (bersugi) selepas matahari tergelincir hingga waktu berbuka puasa, sebab bersiwak itu akan menghilangkan bau mulut ataupun mengurangkan baunya.
Pahala berlipat kali ganda
Diriwayatkan juga sesiapa yang beribadat kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan solat sunat maka ganjaran pahalanya sama seperti solat fardhu di bulan-bulan yang lain. Manakala bagi sesiapa yang mengerjakan solat fardhu ganjaran baginya amatlah besar seumpama menunaikan solat tersebut sebanyak 70 kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga pahala bagi sesiapa yang membaca al-Quran bagi bulan ramadhan ini. Bukan pada setiap ayat, bukan pada setiap kalimah diberi pahala yang berlipat kali ganda. Bahkan setiap huruf yang dibaca dilipatgandakan pahala di sisi Allah s.w.t.
Pintu neraka ditutup, Syaitan dibelenggu
Diriwayatkan bahawa pada bulan ramadhan semua pintu langit dan pintu syurga dibuka disepanjang bulan ini. Disamping pula ditutup dan dikunci pintu neraka. Syaitan dan iblis dibelanggu supaya mereka tidak diberi peluang oleh Allah s.w.t. menghasut dan menganggu orang Islam menunaikan ibadat puasa dan qiamullai. Jika berlaku lagi perkara-perkara jahat dan tidak halal dilakukan oleh orang Islam maka itu adalah buaian atau ajakan hasutan hawa nafsu bukan dari gangguan syaitan atau iblis. Pada setiap malam pula ada satu suara yang menyeru: siapa yang mahu kebaikan, marilah! Siapa yang mahu kejahatan, pergi dan berambuslah.
Sunnah terbesar: hidup berjemaah
Bersempena bulan ramadhan al-mubarak ini semestinya kita menghidupkan sunnah terbesar iaitu berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
Para malaikat turut mendoakan
Para malaikat memintakan ampun bagi mereka hingga mereka berbuka, sedangkan malaikat adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan disisi-Nya, yang tidak pernah melanggar perintah-Nya, dan selalu melaksanakan apapun yang diperintahkan-Nya. Maka sudah sewajarnya kalau Allah mengkabulkan permohonan mereka untuk orang-orang yang bepuasa itu, yang memang sudah diizinkan oleh-Nya. Allah mengizinkan para malaikat untuk memintakan keampunan buat orang-orang yang beriman dari kalangan umat Islam ini adalah semata-mata demi menghormati mereka, meningggikan sebutannya, dan menampakkan keutamaan puasa mereka.
Galakkan beristighfar dan minta ampun
Istighfar adalah permohonan ampun, iaitu menutup dosa di dunia dan di akhirat serta menghapuskannya. Istighfar merupakan permohonan yang paling tinggi dan puncak segala tujuan, kerana semua manusia pasti mempunyai kesalahan dan sering kali pula melakukan tindakan yang berlebihan terhadap dirinya sendiri sehingga mereka benar-benar memerlukan pengampunan Allah.
Rebut dan raihlah segala tawaran hebat dari Allah s.w.t. kepada kita semua sebagai hambaNya. Bulan ramadhan adalah bulan BONUS bagi umat Islam mencari keuntungan dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala dalam menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.
Sebagai menaikkan semangat kita menjalani ibadat puasa dipaparkan juga cabaran umat Islam di Paris menunaikan ibadat puasa.
Mengikut berita yang tersebar masyarakat Islam di Perancis menghadapi cabaran hebat tahun ini kerana perlu berpuasa hampir 16 jam setiap hari pada Ramadan kali ini kerana waktu siang lebih panjang. Sepanjang Ramadan, penduduk Islam mula menahan diri daripada makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari yang jatuh antara jam 5.15 pagi hingga 9 malam di Paris. Cabaran yang cukup hebat buat mereka dan semangat buat semua meraih kesempurnaan ramadhan al-mubarak. Semoga penulisan artikel ini dapat memberi keinsafan dan keikhlasan kepada semua dalam menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.
Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment