Obama turun ke kampus


Universiti Kaherah diberi kepercayaan untuk menyambut presiden AS berbicara dengan dunia Islam.

_____________________________________________________________________________________



Dengan putih kekuningan dan seni bina neoklasiknya, Universiti Kaherah di Giza telah berdiri sebagai satu mercu tanda kebudayaan dan pusat akademik paling terkenal di bandar tersebut sejak 1908.



Ia bukan sahaja tempat pelbagai fakulti dan institusi saintifik tetapi sepanjang alur sejarahnya telah menjadi titik pertemuan beberapa peristiwa berkaitan politik, kebudayaan dan saintifik. kebanyakan graduannya menjadi orang yang terkemuka dunia seperti nobel Laurate: Ahmed El-Baradei (pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa), Naguib Mahfouz (Anugerah Nobel Kesusasteraan), prof. Magdi Yaqoub( pakar bedah jantung) profesor cardiothoracic di Imperial College, London dan Boutros-Ghali, mantan Setiausaha Agung PBB.



Pada tangga 4 jun Universiti Kaherah sekali lagi menjadi tumpuan apabila Presiden AS Barak Obama akan dijadual akan tiba disini, yang mana menjadi platform perbicaraan tentang dunia Islam yang sekian lama dinantikan.



Walaupun lawatan Obama ke Mesir telah diumumkan minggu lepas, pilihan Universiti Kaherah baru sahaja dibuat .Oleh itu, Universiti Kaherah masih dalam keadaan tidak bersedia, semua kakitangan dan mahasiswa-mahasiswa berkerja lebih masa bagi menyambut hari yang penuh bermakna itu. tiga orang pekerja membersih kubah universiti menggunakan peralatan tali sementara yang lain sibuk menanam pokok-pokok bunga supaya persekitaran nampak lebih segar.



Pekerja-pekerja membawa paip air yang sangat panjang membersih dinding-dinding dan membuang grafiti(lukisan dinding mengunakan cat spray) dan contengan-contengan ayat-ayat jiwang yang ditulis oleh pelajar. manakala perkerja lain sibuk memberus tangga-tangga marmar. Di kawasan luar universiti pula, perkerja-pekerja memasang 5,000 meter persegi pagar besi sekitar kawasan padang hijau.



"Kaherah Universiti menjadi tuan rumah acara yang penting ini" Sami Abdel-Aziz sebagai juru bicara Universiti Kaherah telah berkata kepada Al-Ahram Weekly Abdel-Aziz berkata "sejak lebih daripada 100 tahun yang lalu, Universiti Kaherah telah banyak kali menempa sejarah, memetik kata-kata bekas Presiden Gamal Abdel-Nasser Universiti Kaherah pernah dikunjungi lebih daripada 15 pemimpin-pemimpin Arab dan pemimpin-pemimpin asing, termasuk raja-raja dan presiden-presiden luar negara.



Disebabkan oleh lawatan Presiden AS Barak Obama, banyak perubahan besar telah dilakukan. Abdel-Aziz menyatakan Al-Khartoum Hall(bangunan berbentuk kubah) dijadikan tempat sidang akhbar.



Sehubungan itu, lawatan Obama ini semasa peperiksaan akhir semester, di sana jadual peperiksaan perlu ditangguhkan. Mereka yang terjejas adalah pelajar-pelajar tahun empat fakulti perdagangan, undang-undang dan seni. Pelajar-pelajar tahun pertama dan tahun kedua fakulti sains dan ujian postgraduates bagi fakulti arkeologi. Semua peperiksaan itu telah dijadualkan untuk 4 Jun ini dan perlu ditangguhkan.



Di dewan "Great Hall Celebration" seluas 400 meter persegi inilah akan berdirinya obama bagi manyampaikan ucapannya.




Sumber: Berita Al-Ahram Mesir

0 comments:

Post a Comment