Pada bulan Mei dan Jun yang lalu posting berkenaan TA'ADUD JEMAAH (bhg1 & bhg2) mendapat kritikan hebat dari sahabat-sahabat pembaca terutama dari kalangan anggota jemaah ISMA, JIM, KONSIS, KARISMA, ABIM, HALUAN dan sebagainya. Setiap pengkritik menyatakan pendirian yang berbeza mewakili jemaah masing-masing punya matlamat ingin melihat agama Islam diletakkan ditempat yang selayaknya dalam kontek pemerintah bernegara atau dalam bahasa mudahnya ingin menegakkan daulah islamiyyah.
Walau bagaimanapun keghairah kita menuju kearah itu jangan dilupai dan jangan sama sekali kita melampaui dan menodai kaedah “matlamat tidak menghalalkan cara”
Walau semulia mana sekali pun matlamat yang hendak dicapai dan digapai. Allah s.w.t. tidak akan menerima hasil usaha dan penat lelah yang datang dari tindakan atau melalui jalan yang boleh mengundang kemurkaan dan berbentuk larangan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. melarang keras segala bentuk PERPECAHAN sebagaimana telah dinyatakan dalam surah Ali Imran: 103) yang bermaksud:
"Dan berpegang eratlah kalian semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah"
Kalimat “jangan kalian berpecah belah” bermaksud peringatan Allah kepada umat Islam utk bersatu dalam persaudaraan Islam dan Allah s.w.t. melarang untuk berpuak-puak yang menyebabkan lemahnya umat Islam di hadapan umat lain.
Penutup Imam Abu Abdillah dalam bukunya Al-Ibanah berkata “Ketahuilah wahai saudaraku Allah telah menunjukkan kepada kita kebaikan berpersatuan dan telah menghindarkan kita dari perpecahan melalui kisah-kisah tentang umat yang terdahulu dalam Al-Qur’an. Perpecahan yang terjadi pada mereka mengakibatkan mereka berani mengingkari Allah dengan berusaha melanggar ajaranNya yang dibawa para rasul dengan merubah ajaran tersebut. Juga Allah mengajarkan kepada kita bahwa rasa dengki terhadap sesama disebabkan ditinggalkannya Al-Qur’an sebagai rujukan dan pedoman hidup dan akhirnya keluarlah mereka dari rel yg ditetapkan Allah.” .
Punca kurang kefahaman berkenaan fenomena songsang Ta’adud jemaah secara tulus dan luhur yang berlaku di dalam kelompok ISMA, JIM, KONSIS, KARISMA, ABIM dan lain-lain akan membenihkan satu kesan yang amat buruk kepada servival sebuah gerakan Islam sedia ada seperti PAS.
Biarlah ada yang mendakwa ISMA, JIM, ABIM dan sebagainya boleh berkerjasama dengan PAS tanpa sebarang kesangsian dan perlu hati-hati. Tetapi bacaan politik saya mengatakan TIDAK, mungkin boleh dikatakan kerjasama yang dibuat itu sekadar untuk menumpang teduh mencari pengaruh secara kecil-kecilan melalui kebersamaan dengan PAS dalam menangani sesetengah isu yang timbul sahaja.
Selain mereka tidak mengerti secara mendalam soal ta’adud jemaah, masalah kefahaman yang sempit menilai kewajipan berintima’ dengan sebuah gerakan Islam juga menjadi punca rosaknya kaedah agama “matlamat tidak menghalalkan cara”. Saya membawa contoh intima’ untuk dikongsi bersama iaitu intima' Maslahi (Penglibatan kerana tujuan dan kepentingan tertentu)
Intima' dan penglibatan seperti ini sememangnya rapuh justeru ia berasaskan kepentingan tertentu yang ingin dicapai dengan menyertai PAS. Maksudnya PAS hanya menjadi batu loncatan untuk mengapai sesuatu tujuan.
Ada sesetengah dari mereka menggunakan nama PAS untuk menarik dan merekrut ahli-ahli baru untuk menyokong mereka sekali gus terbukti kelompok ini mengiktiraf PAS sebagai sebuah gerakan Islam tetapi disebabkan oleh keegoan, kesombong dan keta’suban meraka sanggup mengenepikan hakikat yang berlaku dan realiti yang dihadapi mereka.
Andai kata sepuluh lima belas tahun akan datang ISMA and The Gang menubuhkan satu parti baru dan saya membuat contoh Parti Ikhwan Malaysia (PIM) dengan mendakwa bermatlamat membina sebuah negara Islam. Persoalannya apa yang akan terjadi dengan parti PAS yang berjuang sejak setengah abad yang lalu, yang di dalamnya ramai golongan agamawan, yang terkumpul di dalamnya ulama-ulama haraki. jika mahu diukur pada skala 1 hingga 10 mencapai matlamat membina sebuah negara Islam mungkin boleh dikatakan PAS berada pada skala 7. Jika ada angan-angan dari jemaah-jemaah tertentu mendakwa meraka boleh pergi lebih jauh dan lebih syumul dari PAS saya sarankan kelompok-kelompok tersebut cuba toleh semula kebelakang dan janganlah terlalu selesa bercakap diawan-awangan dan saya rasa ia sesuatu yang membuang masa.
Saya sendiri hairan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PAS seolah-seolah di dalam PAS tidak wujud agenda tarbiyyah. Pada pandagan mereka PAS hanya sebuah parti politik semata-mata. Sebagai maklumat tambahan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaran, dalam PAS ada Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah (ILHAM).. PAS bukan sekadar parti politik malah sebuah jemaah islam yang mengamalkan konsep kesyumulan Islam.. dalam PAS ada Dakwah & Politik kedua-dua ini berjalan seiringan.. Usrah seminggu sekali..ada Madrasah .. ada Tamrin Qiadi .. ada jundiyyah.. ada Liqa’ Fikri .. Bukankah itu semua eleman tarbiyyah?
0 comments:
Post a Comment