SATU CATATAN - TA'ADUD JEMAAH PART 4

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengiktiraf PAS



Masing-masing mendabik dada mengaku jemaah masing-masing lebih berhak dan lebih syumul. jika kesyumulan diukur melalui kata-kata atau ungkapan-ungkapan atau lirik-lirik ucapan ketika mana kalian didaurahkan tanpa disekalikan dengan melihat realitas dan kesungguhannya mengatasi isu-isu umat Islam dan dunia adalah menandakan jemaah itu tidak syumul. Kebanyakan pimpinan dari jemaah-jemaah ini (ISMA dan kuncu-kuncunya) banyak berteori dan mencipta formula diatas angin tanpa kesungguhan di sudut praktikal sebagai mana PAS menghadapinya dalam lapangan dakwah dan kebangkitan Islam.



Di Malaysia kesungguhan dan ukuran kesyumulan untuk mendaulatkan Islam adalah parti PAS. Setakat pengalaman saya selama 26 tahun hidup dan memerhati jemaah-jemaah lain yang mendakwa boleh pergi lebih jauh daripada PAS adalah retorik besar dalam menarik ahli dan menyedapkan pidato-pidato mereka sahaja. Sebaliknya jika ada yang berniat menguburkan kesatuan dan kejituan Islam di bumi Malaysia tercinta atau ingin melihat perpecahan terus berlaku atau ingin melambat-lambatkan kemenangan di pihak Islam atau menolak pendirian murni PAS sebagaimana jemaah Islam maka bergabunglah dengan ISMA, JIM, ABIM, KONSIS, HALUAN, IRC dan sebagainya.



Situasi di MESIR tidaklah jauh bezanya dalam menilai dan memilih sesebuah jemaah untuk berintima(bergabung diri). Izinkan saya sebut sedikit kefahaman dari hadist Nabi s.a.w bahawasanya orang Islam tidak berada atau duduk dalam satu kesesatan secara beramai-ramai. Maknanya pertubuhan yang ingin diintima itu hendaklah terdiri ramai di dalamnya dikalangan anak muda yang berjiwa besar, faqih dalam beragama dan ada figur-figur ilmu di dalamnya atau ulama muda. Saya membuat contoh PMRAM, di dalamnya ada ratusan rijal-rijal yang berjiwa besar, faqih dari sudut keilmuannya dan mampu menjadi menjadi kader-kader dakwah kepada generasi pelapis. Jika kita menolak golongan berjiwa besar ini atau pelapis ulama ini bagaimana hendak mengetahui selok-belok hukum-hakam Islam serta cara-cara menegakkan Islam sebagai manhajul hayat sekaligus ia boleh menampakan kecacatan pada kesyumulan Islam itu sendiri.



Diperkuatkan lagi dengan artikel Dr. Abu Hassan Hasbullah (GOLONGAN BELIA ADALAH AL-'ADIYAT) , seorang pensyarah media Universiti Malaya (UM) berkata:



Di ceruk hingar mat rempit, penagih, kaki pukul, Malaysia sebenarnya mempunyai sekumpulan anak muda berjiwa besar. Cukuplah andai saya sebutkan dua nama, GAMIS dan PMRAM, ia sudah memberi tenaga hebat membentuk sebuah negara. Pandangan dan idea yang mereka miliki bukan lagi bersifat local (setempat) tapi menyeluruh secara global. Kelicikan strategi, kekemasan gerak kerja dan kesepaduan anak muda ini sudah tidak perlu dipertikai lagi.



Maka sudah tiba saat dan ketikanya, golongan ini diberi tempat dalam pembentukkan negara Malaysia. Bukan sekadar didengar suaranya, tapi diberi meja dan kerusi untuk melakar rencana. Tidak kira pemimpin dari kerajaan atau oposisi, kedua-duanya harus mengambil cakna akan perkara ini. Sekiranya tidak, kalian bakal memadam satu generasi, yang mana akhirnya menyumbang kepada kemusnahan ketamadunan.



Jangan lupa tengok video di atas.. Wallahu’alam…

0 comments:

Post a Comment