SEDIKIT NASIHAT DARI SAMI (BATU CAVE) YANG BARU MEMELUK ISLAM


Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread ni tapi harap dapat baca sampai habis.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis ni menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut Hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut Hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah penganut Hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis ni. Itu sajala yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.

2 comments:

Apa yang diberitahu oleh bekas sami ni semua nya tidak benar. Tak ada seorang pun orang hindu menyimpan abu mayat dalam rumah dan mereka tidak membakar mayat berdir. Semua ni karut belaka. Saya bukan orang hindu tapi sikh dan walaupun bukan hindu saya tahu dan yakin tak ada sebarang agama pun yang membenarkan manusia menyimpan abu mayat atau sembah iblis. Apa yang saya tahu ialah 99% orang india / hindu yang memeluk islam adalah kerana duit/wang. Setiap orang hindu yg memeluk agama islam diberi RM5,000.00, dia juga akan menerima RM500 setiap bulan sebagai sara diri. Jika dia perkenalkan org lain utk memeluk islam dia akan menerima RM2,000 setiap seorang. Kalau dia membawa anak-anak bawah umur dia yg akan terima RM5000 itu dan RM500 setiap anak tapi kena make sure anak nya tak keluar islam. Kawan hindu saya yag memeluk islam beritahu sy hal ni. TAPI SAYA YAKIN JIKA ORANG YANG TAK HORMAT DENGAN AGAMA YANG DIA DILAHIRKAN, DIA SELAMA-LAMANYA TIDAK BOLEH MENGHORMATI AGAMA LAIN!

 

Casino.com.au Review - DMSD
Casino.com.au has a reputation for delivering all the quality, excitement, entertainment and 전주 출장마사지 A lot of them can 동두천 출장마사지 be found in 광주 출장샵 their own offices or in a 상주 출장샵 local casino, such  서산 출장샵 Rating: 4 · ‎Review by Dr

 

Post a Comment