Perbezaan antara PAS dan UMNO

Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat

Undang-undang dan Negara



PAS: Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya dan menerima secara syumul.



UMNO: Tidak menjadikan Islam dasar perjuangan. Mereka lebih mendukung dasar nasionalis Melayu (Asabiyyah Melayu). Mereka hanya menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagiannya.



PAS: Menjadikan al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas sebagai hukum yang tertinggi. Dasar ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat parti tetapi di peringkat negara sekiranya ia berkuasa.



Di mana al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas akan dijadikan undang-undang tertinggi negara, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan sumber di atas maka ia dengan sendirinya terbatal setakat mana yang ia bercanggah.



UMNO: Tidak menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan qiyas sebagai sumber perundangan negara.



Mereka mendukung Perlembagaan ciptaan manusia yang jelas meletakkan sumber tersebut di bawah perlembagaan, bahkan kiranya hukum al-Quran atau Sunnah bercanggah dengan Perlembagaan maka hukum al-Quran dan Sunnah dikira batal setakat yang ia bercanggah (Perlembagaan Perkara 4(1).



Sebagai contoh merotan 100 rotan orang berzina seperti yang ditetapkan oleh al-Quran tidak dibenarkan oleh Perlembagaan kerana Perlembagaan hanya menentukan hukum yang berbeza, iaitu denda, penjara atau disebat enam rotan.


PAS: Berjuang untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam di dalamnya. Perjuangan ini telah berterusan sejak lebih 50 tahun lalu.


UMNO: a) UMNO tidak memperjuangkan penubuhan negara Islam. Sungguhpun di dalam Perlembagaan memperuntukkan "Islam sebagai agama Persekutuan" ia bukan bererti Malaysia sebagai negara Islam. Ia tetap sebagai negara sekular.


Perkara ini telah ditegaskan oleh pemimpin UMNO pada masa negara mula mencapai kemerdekaan di dalam menghuraikan maksud perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia.


b)UMNO berusaha menggagalkan setiap kerja untuk mewujudkan kerajaan Islam. Apa yang dilakukannya ke atas kerajaan Kelantan sudah cukup sebagai bukti.


PAS: Berusaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan rakyat Islam umumnya menerima rancangan ini.


UMNO: Berusaha menggagalkan rancangan ini dengan pelbagai alasan termasuk alasan Perlembagaan tidak membolehkan perlaksanaannya. Di samping menuduh ia hudud PAS, dan tidak sempurna. Bila diajak muzakarah mereka menolak.


PAS: Menerima hukum Islam secara keseluruhan sama ada ibadat muamalat, jenayah, kehakiman dan kenegaraan.


UMNO: Menerima hukum Islam pada sudut-sudut tertentu sahaja seperti ibadat khusus dan sebahagian hukum muamalat yang lebih mendapat keuntungan pulangan ekonomi. Dan penerimaan mereka juga bermusim dengan berpandukan kepada reaksi dan sikap umat Islam.


UMNO dan PAS dalam menangani perkara halal-haram


PAS: Mendukung tuntutan al-Quran berhubung dengan dasar Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Sikap PAS ini adalah berpunca dari dasarnya yang menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma dan qiyas sebahagai sumber undang-undang.


Sumber-sumber di atas begitu jelas memberi hukum qati tentang larangan ke atas perkara mungkar. Larangan ke atas arak, judi, berzina dan berbagai jenis kemungkaran telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya.


Ayat-ayat al-Quran berhubung dengan Amar Makruf dan Nahi Mungkar begitu banyak di antaranya Al Imran: 104, 110, 114, al-Maidah, 79, Al-Araf: 157, Al-Taubah: 67, 71, 112, An-Nahl 90.


Ayat yang berhubung dengan zina, An-Nur: 2 menuduh zina:4. Ayat yang berhubung dengan rompakan Al-Maidah: 33. Ayat yang berhubung dengan pengharaman arak dan judi, Al-Maidah: 90. Kesemua ayat-ayat di atas secara qati' (tanpa dipertikaikan) menegaskan bahawa perlaksananya adalah wajib.


Selain dari itu terdapat hadith yang mutawatir tentang larangan dan hukuman ke atas peminum arak dan murtad juga beberapa hadith yang melarang amalan mungkar yang hukumnya dijalankan melalui ta'zir.


Sebahagian dari undang-undang yang berkaitan telahpun dilaksanakan di Kelantan dan sebahagian lagi belum boleh dilaksanakan kerana halangan dari kerajaan BN Pusat.


UMNO: Hanya melaksanakan dasar amar makruf tidak nahi mungkar. Kalau ada pun mereka telah mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.


Mereka tidak berminat untuk mengubah hukum buatan manusia kepada hukum Allah bagi perbuatan mungkar diatasnya. Yang anehnya undang-undang lain lebih-lebih lagi untuk tujuan membolot kuasa dan kekayaan yang lebih banyak mereka tidak jemu-jemu memindanya.


UMNO menghalalkan judi dan tempat perjudian dengan syarat mendapat lesen dari kerajaan. Judi hanya haram kalau dikendalikan tanpa lesen. Malaysia hari ini dikenali dunia sebagai tempat judi yang ketiga terbesar di dunia.


UMNO membenarkan pembinaan kilang arak dan membiarkan jualannya tanpa sekatan. Bilangan rakyat yang menjadi penagih arak kian meningkat di negara ini.


UMNO menolak hukum hudud terutama bagi kesalahan mencuri dan berzina. Oleh itu kita dapati jenayah mencuri kian meningkat dan perbuatan zina serta membuang anak luar nikah jauh kian menjadi-jadi. Apa yang lebih mendukacitakan kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kalangan umat Islam.


UMNO membenar dan memberi laluan yang luas kepada pengusaha tempat-tempat hiburan. Tempat-tempat hiburan telah tumbuh seperti cendawan di seluruh negara termasuk bandar-bandar kecil.


Dasar ini telah mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam masyarakat yang sekali gus berlakunya keruntuhan moral di kalangan rakyat terutama di kalangan remaja.


UMNO mendukung dasar amalan riba. Sungguh pun Bank Islam dan kaunter muamalat Islam diperkenalkan dikebanyakan bank, ia tidak bererti mengharamkan riba kerana dasar kewangan negara masih menjunjung dasar riba. Kalau mereka ikhlas mereka sepatutnya menjadikan semua Bank Islam sebagai tempat simpanan wang kerajaan Pusat, negeri dan semua agensi kerajaan. Tetapi apa yang berlaku adalah jauh api dari panggang.


Kerajaan PAS Kelantan sungguhpun tidak menubuhkan Bank Islam telah membuat dasar supaya semua wang kerajaan di simpan di Bank Islam.


Pengagihan kekayaan negara adalah mengikut ajaran Islam.


PAS: Memperjuangkan arahan al-Quran supaya kekayaan negara diagihkan secara adil di kalangan rakyat. Firman Allah: "Janganlah harta beralih tangan hanya di antara orang kaya di kalangan kamu." (maksud ayat al-Hashr:7)


UMNO: Tidak beramal dengan dasar ini di mana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa para pemimpin UMNO dan golongan kapitalis yang bersekongkol dengan mereka telah merebut peluang untuk menguasai kekayaan negara dengan pelbagai cara sama ada halal mahupun haram. Amalan ini adalah berpunca dari fahaman mereka bahawa Islam mahu orang Islam maju dalam ekonomi barulah dihormati. Anggapan ini adalah salah kerana hanya mencari rezeki secara halal yang dibenarkan oleh Islam.



PAS: Memperjuangkan supaya harta orang kaya diberi kepada orang miskin sama ada secara wajib (zakat) atau sunat (hadiah atau anugerah). Rasulullah bersabda: "Ambillah harta orang kaya di kalangan mereka untuk diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka."


UMNO: Mengamalkan dasar sebaliknya terutama ditahun-tahun kebelakangan ini di mana harta orang miskin telah diambil untuk diberikan kepada golongan kaya, atas alasan pembangunan ekonomi. Tindakan UMNO ini dapat dilihat bagaimana tanah rakyat diambil untuk diberi kepada usahawan dari dalam dan luar negeri. Apa yang pasti rakyat miskin kehilangan hak dan pengusaha mendapat keuntungan. Kesemuanya ini berpunca dari pindaan Kanun Tanah Negara. Sekarang apakah dasar yang didukung oleh UMNO menepati dengan ajaran Islam seperti yang pernah diamalkan oleh nabi dan para khalifah yang mendukung ajaran Allah.


Syiar Islam


PAS: Menghormati hukum Islam termasuk juga syiarnya. Oleh itu PAS terus memperjuangkan hukum Islam dan keutuhan syiarnya. Dalam hubungan ini PAS terus menentang apa saja perbuatan yang menggugat dan mencemari syiar Islam. PAS tidak dapat bertolak ansur atas apa alasan sekalipun setiap perbuatan yang boleh mencemarkan syiar Islam.


UMNO: Bukan sahaja tidak menghormati hukum Islam bahkan mencemarinya.


Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.



Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.



Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.



Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.



Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.



Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.



Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.



Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?



Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.



Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.



Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib

Ketua

Dewan Ulamak PAS Pusat

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.



Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.



Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.



Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.



Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.



Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.



Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.



Sumber: http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/

dialog terbuka PENJELASAN ISU-ISU SEMASA “KUTUB SITTAH”



Selepas mendapat message offline dari kawan-kawan bahawa akan diadakan majlis penjelasan isu-isu semasa “Kutub Sittah” dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan Persekutuan Melayu Repubik Arab Mesir (PMRAM). Majlis yang dimaksudkan telah berlaku malam tadi di rumah Badan Kebajikan Anak-anak Selangor (BKAN Selangor).




Ratusan mahasiswa yang hadir untuk mendengar penjelasan berkaitan isu tersebut. Saya yang berkaki tiga (bertongkat sakit kaki dah seminggu main bola lawan Indonesia) datang jauh nun dari Muhafazah Zaqaziq semata-mata untuk mengambil bahagian mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak (PMRAM & JPMK).




Tapi sayang.. wakil JPMK (pihak Kedutaan) Prof. Jamil yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Pihak JPMK telah menghampakan perasaan ramai mahasiswa yang datang dari seluruh pelusuk Mesir. Beberapa orang dari pihak mahasiswa telah menghubungi saudara Jamil melalui telefon bimbit malangnya panggilan tersebut tidak dijawab.




Majlis Pembacaan Kutub Sittah 2009 bermula dengan Sohih Bukhari sebagai perinstis kepada tahun-tahun yang akan datang yang akan disusuli selepas ini dengan Sohih Muslim, Sunan Tarmizi, Ibnu Majah, Abi Daud dan Nasai yang akan memakan masa selama enam tahun. Majlis yang dihadiri ulama tersohor dunia berlangsung pada 17 – 20 oktober 2009 di dewan Azhar Conference Centre (ACC) baru-baru ini telah dihalang oleh sekeping surat dari JPMK kepada Sheikhul Azhar Sheikh Sayyid Tantawi.




Beberapa orang pimpinan PMRAM menjadi saksi melihat dengan mata kepala sendiri surat yang ditunjuk oleh pihak Azhar Conference Centre (ACC) tersebut di tanda tangani oleh si jamil. Antara isi kandung tersebut menyatakan “PMRAM umpama parti pembangkang kerajaan”. Si Jamil mengatakan tanda tangannya itu telah dicopy dan beliau juga mengatakan itu adalah desakan pihak atasan. Inilah antara alasan pelajar tadika yang selalu digunakan oleh pihak JPMK untuk menipu mahasiswa Azhar yang jauh lebih matang. Kalau benar tanda tangan beliau ditiru atau dicopy kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada mahasiswa dalam majlis penjelasan isu semalam. Kalaulah ada urusan yang tidak dapat dielakkan kenapa tidak menjawab panggilan telefon dari pihak mahasiswa? Kalaulah betul PMRAM umpama parti pembangkang, apa kaitan dengan majlis pembacaan hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan dihadiri ramai ulama tersohor dunia.




Saya cukup terharu mengenang pengorbanan sheikh-sheikh (Masyaikh) yang dijemput sebagai tetamu V.I.P sanggup membantu PMRAM. Mereka para Masyaikh menggunakan kredit telepon menghubungi AJK masjid, pihak polis dan masyaikh yang lain menyusun kembali jadual yang berlaku perubahan serta kekacauan dan perpindahan tempat angkara JPMK. Ada masyaikh yang datang jauh dari Iskandariah bersama anak isteri. Syeikh Dr. Yusri pada hari tersebut ada tugasan sendiri sanggup meluangkan masa bersama anak-anak Melayu yang dinaungi PMRAM, selepas itu beliau bergegas pulang ke hospital menyambung tugas sebagai doktor pakar bedah.




Para masyaikh yang hadir turut memuji atas kejayaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menganjurkan program yang cukup bermakna itu. PMRAM juga sekali lagi mencatat sejarah pada majlis penutup tersebut kerana dihadiri oleh seorang ulama terkemuka dunia Syeikh Dr. Ali Jumaah (Mufti Mesir) yang sudah sekian lama anak-anak Melayu disini merindui melihat dan mendengar sendiri kata-kata keramat dari bibir beliau secara langsung.




KONVOKESYEN SAFARAH/KEDUTAAN




Ada desas-desus mengatakan sebab surat dari JPMK itu diutuskan kepada Sheikh Azhar kerana PMRAM cuba mengagalkan Konvo yang akan dianjurkan oleh pihak Safarah/Kedutaan. Mengikut sumber sejarah dulu-dulu urusan berkaitan dengan pelajar termasuk konvokesyen dibawah uruselia PMRAM pihak Safarah/Kedutaan lebih kepada diplomasi antara dua kerajaan dan global. Sekarang apabila majlis konvokesyen PMRAM mendapat sambutan dan belaku sebaliknya di peringkat kedutaan maka pihak Safarah/Kedutaan bertindak meletakkan nafsu di depan akal. Terkini pihak JPMK telah mengugut mahsiswa tahun akhir yang tidak menyertai Konvo Safarah/Kedutaan akan dinafikan hak membuat urusan di Safarah/Kedutaan terutama urusan penterjemahan. Saya secara peribadi terkilan dengan sikap JPMK menyalahgunakan kuasa dan sesetengah mahasiswa yang berpendirian songsang sanggup mengatakan “kalau tak ikut konvo Safarah/Kedutaan payah nak minta kerja” dan “payah untuk urusan penterjemahan”. Bagi saya itu adalah ugutan semata-mata dan kepada yang berpendirian demikian, tolong jawab siapa yang memberi rezeki kepada kita dan semua makhluk yang hidup melata di muka bumi ini, pihak Safarah/Kedutaan atau siapa?




Jutaan terima kasih kepada pihak PMRAM dan semua “Adhoc” serta AJK pelaksana yang mengorbankan segenap kemampuan bagi menjayakan majlis bersejarah ini. Yakinlah kita di pihak yang benar, biarlah ia dihalang oleh pihak JPMK asalkan ia mendapat sambutan dan sokongan oleh para ulama tersohor yang jauh lebih alim dan mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t. berbanding tangan-tangan pengacau di JPMK..

Rasul Melayu dihukum penjara 10 tahun, 6 kali sebatan

SHAH ALAM: Ketua ajaran sesat atau lebih dikenali sebagai Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi Rabu.


Beliau juga telah dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali.



Kahar,59, bapa kepada enam orang anak pada 24 September lepas mengaku bersalah di atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor kerana mengisytiharkan dirinya Rasul Melayu, mengajar ajaran sesat, melanggar fatwa Mufti Selangor, melafazkan kata-kata kufur dan mengajar kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam.



Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di No 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor di antara 10 Mei hingga 23 Jun 2005.



Kahar telah ditangkap oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor pada bulan puasa lalu (16 September)di rumahnya di Sungai Long, Kajang pada kira-kira jam 9.45 pagi ketika sedang menikmati sarapan pagi.



Sebaik sahaja ditangkap Kahar telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kerana dia telah mengingkari perintah mahkamah untuk hadir pada perbicaraan kesnya pada tahun 2005.



Dia kemudiannya dinafikan ikat jamin dan terus dibawa ke Penjara Sungai Buloh sehinggalah kesnya didengar hari ini.



Sumber: Mstar

Pelajar Universiti Helwan membantah kerana "Gangguan" dalam Pilihan Raya Persatuan Pelajar

EGYPT - Pelajar-pelajar University Helwan, bergabung dengan gerakan Ikhwan Mulislimin (IM) Parti pembangkang Mesir dan ahli-ahli "Merintangi" mengadakan demonstrasi pada Isnin lalu menentang gangguan dalam pilihan raya persatuan pelajar yang akan berlansung tidak lama lagi dan bagi menghadapi ancaman dari pihak pentadbiran universiti serta radas keselamatan.


Anak-anak gerakan IM yang berdemonstrasi berkata pihak pentadbiran universiti sudah membatalkan 100 nama pelajar yang terlibat dengan IM daripada senarai pengundi pilihan raya tersebut.



Turut menarik perhatian pelajar-pelajar yang menyertai demonstrasi membantah berlakunya penindasan di dalam pilihan raya kampus tersebut membawa sebuah replika keranda bertulis "Pilihan Raya Persatuan Pelajar." Manakala yang lain secara simbolik mengikat tangan dan mulut masing-masing dalam bantahan tersebut.



Sementara itu anak-anak gerakan IM di Universiti Ain Shams, Kaherah juga turut sama merancang mengadakan demonstrasi di kampus mereka sendiri atas sebab-sebab yang sama.



Dalam satu perkembangan berkaitan, pegawai-pegawai di Universiti Kaherah telah pun memilih dan mengumumkan presiden-presiden bagi persatuan pelajar dan naib presiden untuk 11 buah fakulti.



Sumber: Al-mirs al-youm.net