Adik2 Baru dibiarkan Tanpa Musyrif

Alhamdulillah,rupenye ramai yang mengikuti perkembangan situasi yang berlaku kepada adik2 baru.saya mintak maaflah kerana lambat menyambung cerita adik2 baru ni kerana disana adanya komitmen lain yang perlu saya utamakan.insyaAllah kali ini saya cuba menyambung kesinambungan yang berlaku kepada adik2 baru.



Baiklah,hari pertama berakhir dengan sebahagian adik2 baru ditempatkan di rumah Serawak,di villa Terengganu(rumah tamu) dan juga seramai 8 orang adik2 baru ditempatkan di Walidain(rumah sewa yang agak jauh dari asrama Terengganu).



Manakala,hari kedua bermulanya pengembaraan adik2 baru ke sekitar Qaherah. Dalam kepenatan oleh kerana baru sahaja sampai,adik2 sudahpun dibawa berjalan-jalan dan berpening lalat dengan hiruk pikuk kota Qaherah yang dihiasi dengan pelbagai gelagat arab dan juga suasana yang jauh berbeza dengan negara kita Malaysia. Keadaan cuaca yang semakin menjengah ke musim sejuk juga membimbangkan kesihatan adik2 baru.



Perjalanan pada hari kedua tersebut yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berlarutan sehinggalah lebih kurang jam 10.00 malam barulah terlihat kelibat mereka pulang. Keadaan adik-adik cukup menyedihkan kerana masing-masing keletihan yang amat. Kebetulan sekumpulan adik2 yang menetap di Walidain ingin pulang ke rumah mereka, saya menahan seorang adik untuk bertanyakan khabar mereka,ternyata rungutan kepenatan dan tidak puas hati dengan pengurusan keluar dari mulutnya.



Saya bertanyakan kepadanya adakah tidak ada di kalangan mereka yang merungut kepada PEGAWAI akan kepenatan mereka itu,dijawabnya bahawa sudah beberapa kali rungutan dan keluhan adik2 kepada PEGAWAI dan petugas2nya namun tidak dihiraukan akan rungutan mereka. Mereka tetap dengan kekerasan mereka untuk ‘melarikan adik2’ daripada abang2 lama. Dimanakah kebajikan para pelajar yang sepatutnya menjadi aspek/tujuan utama pegawai berada di Mesir ini??



Oleh kerana ketinggalan dibelakang,saya menawarkan diri untuk menghantar adik itu pulang ke rumahnya,dibimbangi kegelapan malam membawa bermacam2 ancaman lagi2 khusus kepada adik2 baru. Ketika dalam perjalanan,kami sempat berkenalan dan berbual sedikit sebanyak mengenai keadaan adik2 baru. Dalam perbicaraan itu,saya sempat bertanya kenapa pegawai tidak menempatkan adik2 baru di asrama Terengganu?dan jawapan yang diberikan oleh adik itu menyentap hati dan jantung saya,apakah dia jawapannya?



“pegawai cakap,abang2 lama tak mahu keluar dan tiada tempat untuk adik2 baru,jadi kene tunggu abang2 keluar/balik dulu baru kami boleh masuk ke asrama”



Itulah jawapan yang adik itu berikan,ya Allah...begitu begitu kejam abang2 lama ini dimata adik2 baru?dan kenapa fitnah sedemikian yang PEGAWAI titlekan kepada abang2 lama? Sungguh sedih dan geram hati ini apabila mendengar jawapan adik tadi. Demi Allah yang maha mengetahui,kami sudahpun menyediakan tempat untuk didiami oleh adik2 baru ini.untuk pengetahuan saudara/i di luar sana,bukan semata-mata omong kosong saya lafazkan, perkara ini disaksikan abang-abang lama yang berada di Asrama Darul Iman. Sehari sebelum adik2 tiba,operasi membersih dan gotong-royong bagi menyiapkan penginapan adik2 baru sudah dilakukan. Dan segala macam persiapan sudah disiapkan. Tapi kenapa abang2 lama juga dipersalahkan? Tidakkah pegawai yang bertugas tahu akan kekosongan di rumah2 asrama Terengganu dan boleh diisikan dengan pelajar baru?kenapa masih menempatkan adik2 dirumah selain asrama Terengganu? Persoalan2 ini hanya pegawai yang boleh menjawabnya.



Saya tiba di rumah sewa adik2 baru,sebahagian adik2 yang kepenatan terus membaringkan diri di atas katil. Dua tiga orang adik menemani saya dan berbual2 tentang kehidupan di Mesir ini,walaupun tidaklah begitu banyak pengalaman saya di sini,bolehlah sekadar menggambarkan kepada adik2 kehidupan di perantauan ini bukanlah semudah dan sesantai yang disangka. Kesihatan,keselamatan merupakan aspek utama perbualan kami pada waktu itu.



Ketika sedang enak bersembang dan bersuai kenal dengan adik2,tiba-tiba seseorang mengetuk pintu. Kelihatan adik2 risau dan bimbang kalau2 yang datang itu mata-mata pegawai atau pembantu pegawai. Dengan tenang,saya menyuruh adik2 membuka pintu itu,bukannya salah pun saya berkenal2an dengan adik baru,tiada alasan untuk saya dimarahi...sejurus kemudian,terdengar kalam ammiyyah(bahasa arab mesir) diluar sana. Rupa-rupanya seorang warga arab sedang bercakap dengan seorang adik baru. Adik yang belum mampu memahami kalam arab tersebut tergagap2 untuk menjawab soalan arab tersebut dan hanya mampu menjawab “ana la ‘arif”(saya tidak tahu)



Kemudian datanglah abang lama ni yang kebetulan ada di rumah itu(sayala tu..huhu) dan memulakan percakapan dengan arab itu. Dikenali dengan nama Khalid,beliau merupakan tuan bangunan yang didiami oleh adik2 tersebut. Tujuannya datang adalah untuk meminta duit siyanah yang tertunggak semenjak bulan november 2008(sekarang sept 2009) lebih kurang setahun tidak dibayar,jika dihitung agak banyak bayarannya. Tapi saya tidak mengizinkan adik2 membayarnya dan cuba merujuk kepada saudara pembantu pegawai yang rupa2nya juga tidak tahu apa2 mengenai pengurusan rumah tersebut.



Akhirnya saya memberikan nombor telefon pembantu pegawai itu dan biarkanlah mereka yang uruskan,saya sudah bantu apa yang patut, oleh kerana mempunyai urusan di asrama,saya terpaksa meninggalkan adik2 untuk membiarkan mereka berehat dek seharian berjalan-jalan. Sebelum keluar,saya sempat memesan agar tidak memberikan apa2 duit atau membuka pintu sekiranya ada warga arab yang datang. Saya sangat terkilan dengan PENGURUSAN pegawai yang hanya membiarkan adik2 baru yang belum boleh berbicara dengan warga arab tanpa seorang mas’ul@musyrif. Apakah akan berlaku sekiranya saya tiada pada waktu itu? Kemungkinan adik2 itu terpaksa membayar duit yang begitu banyak kepada arab tersebut. Mungkin inilah Allah ingin membuka kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kepada adik-adik.




Sumber: http://kembaramursyid.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment