Undang-undang dan Negara
PAS: Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya dan menerima secara syumul.
UMNO: Tidak menjadikan Islam dasar perjuangan. Mereka lebih mendukung dasar nasionalis Melayu (Asabiyyah Melayu). Mereka hanya menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagiannya.
PAS: Menjadikan al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas sebagai hukum yang tertinggi. Dasar ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat parti tetapi di peringkat negara sekiranya ia berkuasa.
Di mana al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas akan dijadikan undang-undang tertinggi negara, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan sumber di atas maka ia dengan sendirinya terbatal setakat mana yang ia bercanggah.
UMNO: Tidak menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan qiyas sebagai sumber perundangan negara.
Mereka mendukung Perlembagaan ciptaan manusia yang jelas meletakkan sumber tersebut di bawah perlembagaan, bahkan kiranya hukum al-Quran atau Sunnah bercanggah dengan Perlembagaan maka hukum al-Quran dan Sunnah dikira batal setakat yang ia bercanggah (Perlembagaan Perkara 4(1).
Sebagai contoh merotan 100 rotan orang berzina seperti yang ditetapkan oleh al-Quran tidak dibenarkan oleh Perlembagaan kerana Perlembagaan hanya menentukan hukum yang berbeza, iaitu denda, penjara atau disebat enam rotan.
PAS: Berjuang untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam di dalamnya. Perjuangan ini telah berterusan sejak lebih 50 tahun lalu.
UMNO: a) UMNO tidak memperjuangkan penubuhan negara Islam. Sungguhpun di dalam Perlembagaan memperuntukkan "Islam sebagai agama Persekutuan" ia bukan bererti
Perkara ini telah ditegaskan oleh pemimpin UMNO pada masa negara mula mencapai kemerdekaan di dalam menghuraikan maksud perkara 3(1) Perlembagaan
b)UMNO berusaha menggagalkan setiap kerja untuk mewujudkan kerajaan Islam. Apa yang dilakukannya ke atas kerajaan Kelantan sudah cukup sebagai bukti.
PAS: Berusaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan rakyat Islam umumnya menerima rancangan ini.
UMNO: Berusaha menggagalkan rancangan ini dengan pelbagai alasan termasuk alasan Perlembagaan tidak membolehkan perlaksanaannya. Di samping menuduh ia hudud PAS, dan tidak sempurna. Bila diajak muzakarah mereka menolak.
PAS: Menerima hukum Islam secara keseluruhan sama ada ibadat muamalat, jenayah, kehakiman dan kenegaraan.
UMNO: Menerima hukum Islam pada sudut-sudut tertentu sahaja seperti ibadat khusus dan sebahagian hukum muamalat yang lebih mendapat keuntungan pulangan ekonomi. Dan penerimaan mereka juga bermusim dengan berpandukan kepada reaksi dan sikap umat Islam.
UMNO dan PAS dalam menangani perkara halal-haram
PAS: Mendukung tuntutan al-Quran berhubung dengan dasar Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Sikap PAS ini adalah berpunca dari dasarnya yang menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma dan qiyas sebahagai sumber undang-undang.
Sumber-sumber di atas begitu jelas memberi hukum qati tentang larangan ke atas perkara mungkar. Larangan ke atas arak, judi, berzina dan berbagai jenis kemungkaran telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Ayat-ayat al-Quran berhubung dengan Amar Makruf dan Nahi Mungkar begitu banyak di antaranya Al Imran: 104, 110, 114, al-Maidah, 79, Al-Araf: 157, Al-Taubah: 67, 71, 112, An-Nahl 90.
Ayat yang berhubung dengan zina, An-Nur: 2 menuduh zina:4. Ayat yang berhubung dengan rompakan Al-Maidah: 33. Ayat yang berhubung dengan pengharaman arak dan judi, Al-Maidah: 90. Kesemua ayat-ayat di atas secara qati' (tanpa dipertikaikan) menegaskan bahawa perlaksananya adalah wajib.
Selain dari itu terdapat hadith yang mutawatir tentang larangan dan hukuman ke atas peminum arak dan murtad juga beberapa hadith yang melarang amalan mungkar yang hukumnya dijalankan melalui ta'zir.
Sebahagian dari undang-undang yang berkaitan telahpun dilaksanakan di Kelantan dan sebahagian lagi belum boleh dilaksanakan kerana halangan dari kerajaan BN Pusat.
UMNO: Hanya melaksanakan dasar amar makruf tidak nahi mungkar. Kalau ada pun mereka telah mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
Mereka tidak berminat untuk mengubah hukum buatan manusia kepada hukum Allah bagi perbuatan mungkar diatasnya. Yang anehnya undang-undang lain lebih-lebih lagi untuk tujuan membolot kuasa dan kekayaan yang lebih banyak mereka tidak jemu-jemu memindanya.
UMNO menghalalkan judi dan tempat perjudian dengan syarat mendapat lesen dari kerajaan. Judi hanya haram kalau dikendalikan tanpa lesen.
UMNO membenarkan pembinaan kilang arak dan membiarkan jualannya tanpa sekatan. Bilangan rakyat yang menjadi penagih arak kian meningkat di negara ini.
UMNO menolak hukum hudud terutama bagi kesalahan mencuri dan berzina. Oleh itu kita dapati jenayah mencuri kian meningkat dan perbuatan zina serta membuang anak luar nikah jauh kian menjadi-jadi. Apa yang lebih mendukacitakan kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kalangan umat Islam.
UMNO membenar dan memberi laluan yang luas kepada pengusaha tempat-tempat hiburan. Tempat-tempat hiburan telah tumbuh seperti cendawan di seluruh negara termasuk bandar-bandar kecil.
Dasar ini telah mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam masyarakat yang sekali gus berlakunya keruntuhan moral di kalangan rakyat terutama di kalangan remaja.
UMNO mendukung dasar amalan riba. Sungguh pun Bank Islam dan kaunter muamalat Islam diperkenalkan dikebanyakan bank, ia tidak bererti mengharamkan riba kerana dasar kewangan negara masih menjunjung dasar riba. Kalau mereka ikhlas mereka sepatutnya menjadikan semua Bank Islam sebagai tempat simpanan wang kerajaan Pusat, negeri dan semua agensi kerajaan. Tetapi apa yang berlaku adalah jauh api dari panggang.
Kerajaan PAS Kelantan sungguhpun tidak menubuhkan Bank Islam telah membuat dasar supaya semua wang kerajaan di simpan di Bank Islam.
Pengagihan kekayaan negara adalah mengikut ajaran Islam.
PAS: Memperjuangkan arahan al-Quran supaya kekayaan negara diagihkan secara adil di kalangan rakyat. Firman Allah: "Janganlah harta beralih tangan hanya di antara orang kaya di kalangan kamu." (maksud ayat al-Hashr:7)
UMNO: Tidak beramal dengan dasar ini di mana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa para pemimpin UMNO dan golongan kapitalis yang bersekongkol dengan mereka telah merebut peluang untuk menguasai kekayaan negara dengan pelbagai cara sama ada halal mahupun haram. Amalan ini adalah berpunca dari fahaman mereka bahawa Islam mahu orang Islam maju dalam ekonomi barulah dihormati. Anggapan ini adalah salah kerana hanya mencari rezeki secara halal yang dibenarkan oleh Islam.
PAS: Memperjuangkan supaya harta orang kaya diberi kepada orang miskin sama ada secara wajib (zakat) atau sunat (hadiah atau anugerah). Rasulullah bersabda: "Ambillah harta orang kaya di kalangan mereka untuk diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka."
UMNO: Mengamalkan dasar sebaliknya terutama ditahun-tahun kebelakangan ini di mana harta orang miskin telah diambil untuk diberikan kepada golongan kaya, atas alasan pembangunan ekonomi. Tindakan UMNO ini dapat dilihat bagaimana tanah rakyat diambil untuk diberi kepada usahawan dari dalam dan luar negeri. Apa yang pasti rakyat miskin kehilangan hak dan pengusaha mendapat keuntungan. Kesemuanya ini berpunca dari pindaan Kanun Tanah Negara. Sekarang apakah dasar yang didukung oleh UMNO menepati dengan ajaran Islam seperti yang pernah diamalkan oleh nabi dan para khalifah yang mendukung ajaran Allah.
Syiar Islam
PAS: Menghormati hukum Islam termasuk juga syiarnya. Oleh itu PAS terus memperjuangkan hukum Islam dan keutuhan syiarnya. Dalam hubungan ini PAS terus menentang apa saja perbuatan yang menggugat dan mencemari syiar Islam. PAS tidak dapat bertolak ansur atas apa alasan sekalipun setiap perbuatan yang boleh mencemarkan syiar Islam.
UMNO: Bukan sahaja tidak menghormati hukum Islam bahkan mencemarinya.
Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
Oleh kerana itu,
Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.
Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas
Kalau hanya bercakap membina masjid, di
Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.
Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?
Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.
Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
Meneruskan Perjuangan
Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
0 comments:
Post a Comment