Sahabat-sahabatku, Hari ini kita lihat ISMA membisu seribu kata. Tiada jawapan balas dari mereka (pimpinan atasan) berlainan dengan isu Joget dahulu terus je jawab dengan membabi buta. Sekarang nampak mereka lebih berhati-hati. Membisu memberi banyak kelebihan kpd mereka. Nak tnjkkan yang mereka langsung tidak terlibat. Kerja jalan jer.
Ok. Skrng kita cuba pk knpa mereka BISU? mungkin sebab benar apa yang mereka katakan. ISMA TIDAK TERLIBAT (secara rasmi). Nampak betul dan benar dakwaan ini, kerana yang terlibat adalah anak-anak buah mereka. Pimpinan atasan sebagai Master Planner untuk semua tujuaan tersebut. Dalam pengamantan saya, kalau kita melihat semua kes-kes yang berlaku semestinya ada perancangannya. Saya juga telah bertemu dan bertanya kepada beberapa orang budak-budak ISMA berkenaan kes ini. Apa jawapab mereka. “Kebetulan yang terlibat tu adalah budak ISMA”, “tiada apa2 keputusan dari pimpinan pusat dalam masalah ini” dll. Jawapan untuk budak sek ren mesti boleh makan punyer. Korang terpikir tak? kalau la kebetulan. tak jadi macam ni. Nak plan ke sinai, nuwaiba’, taba dll tempat ingat boleh sikit2 kebetulan ke? Nak plan rumah di musallas ingt kebetulan ke? kes terbaru yang aku baca kat Mansurah, ingat kebetulan ke?. Orang bodoh je terpengaruh ngan kalam2 manis dari puak2 ni. (sabar2 jgn keluar kata2 kesat).
Aku tak blh nak pk, sebuah tempat ada 2 pemimpin atau lebih. Dua2 persatuan ni tak sehaluan. Dua2 nak jaga kebajikan ahli, dua2 nak uruskan mahasiswa/wi baru, dua2 bt prgrm lebh kurang sama je. Arghhh.. Pening aku. Kalau Allah ada dua dah lama hancur dunia ni. Nak cerita ada “Allah Baik” ada “Allah Jahat” (jgn pk aku nak duakan Allah plk). Saya rasa benda ni semua orang faham tak payah nak syarah tinggi2. Tgk benda ni, dah faham. Persatuan pelajar, bukan lah apa sangat, jaga kebajikan ahli itu dan ini je. Bukan boleh buat undang2 Hudud, Qisas, Perlaksanaan Pembangunan dll mcm sebuah negara. Aku tgk ISMA ni ntah bile ditubuhkan tetiba sekrang ni melalak tak tentu hala. Buat itu lah buat ini lah. Ingat korang ini bagus sangat ke?. Persatuan pelajar (PMRAM,DPM,BKAN) dah ada berkurun2 kat sini. Aku nampak skrng ISMA ni mcm nak rampas kuasa bukan nak tarbiyah ahli. Suka pada kekuasaan. Sampai tak nampak perpecahan. Kalau korang (ISMA) kata tarbiyah, ukhuwah HEBAT (ezo sampai puji melambung) kenapa benda ni pon tak nampak?. Mana tarbiyah korang? kenapa tak ramai azhari damm korang? kenapa tak ramai azhari join koran? opss..aku lupa “kam min fiatin qolilatin gholabat fiatan khasirah” (baca dengan tajwid bukan tulisan ni ye). Kot2 ayat ni yang korang canang2kan.
Apa masalah korang dengan PMRAM? sampai aku dngar di Msia lg dieorang dah target ahli die org. Kalau ISMA di Msia di sini mesti berpegang dengan “agama” ISMA mereka. Tak boleh nak masuk “agama” PMRAM, BKAN atau DPM. Sebab tu, budak2 yang ISMA dari msia datang sini tak pernah pk pon pasal ni. Tiba2 tak sampai sehari, tak sempat nak kenal PMRAM, BKAN dan DPM dah ditarik dengan cara yang paling “kotor” sekali. Mcm mn tarbiyah korang? tak faham aku.
Member aku ada cakap, ISMA ni apa benda? . Ambik budak2 pandai, kalau korang tengok salah satu cara die org tarik ahli dengan pancing akademik. Budak2 mesti suka giler. Sampai tinggalkan thaqafah tak pa. Tak faham apa itu agama macam tak bersalah jer. Cukup tarbiyah ISMA mereka akan faham dengan Islam. Mmg lain sungguh dengan apa yang Nabi bawak, tidak ada selected org2 tertentu dalam memeluk agama Islam bahkan di awal kedatangan Islam ramai orang-orang bawahan, miskin, hamba dll masuk agama Islam. ISMA tak nampak ke benda ni?. Ingat, buat jalan sendiri tanpa tgk sejarah dl betul ke?.
Aku nak berkongsi lg…opss silap, Saya ingin berkongsi lagi berkenaan sikap mereka di sini, kalau mereka bertutur, masyaAllah..Hebat, lembut, beralun2 usap2 bahu kita mcm2 cara. Sikap cam ni menyebabkan orang ramai cakap ISMA baik. bagi pulak makanan, buat prgrm2 kemasyarakatan, masak kat rumah kita, masuk prgrm2 (walaupun bukan ahli) itu dan ini. Kerja kuat sungguh die org. Dah dapat tarik ahli, blah cam tu je. Korang kalau betul2 bergerak atas dasar Islam, pergi ajak budak2 yang banyak buat masalah hisbah tu. Ntah la..tak reti aku nak cakap. Korang jgn jadi “syaitan bisu”.
Member aku pernah pergi prgrm bdk2 ISMA ni, pergi matruh. Mula2 kita cakap, jgn duk pergi la..die nak gie jgk…Murah!! sapa taknak gi. Balik2 rumah merepek, apesal la ISMA ni, dalam prgrm tarbiyah, ukhuwahlah, Muhasabah la..apa lah, mcm2 citer.. Orang nak gie seronok2 jer. Yer la benda baik, tp melampau2. Slot2 tu jgn la isi byk sngt (aku muhasabah ISMA plk). Bagi aku.. buat la free skalipun, jgn harap aku nak pergi, seolah2 pergi tu menyetujui semua perbuatan mereka. Orang yang th mana baik dan buruk akan fikir.
Buat blogger2 penulis2 dan sesapa jer, korang kena faham situasi skrng. Kenapa ISMA “membisu”, sy fikir mereka akan meletakkan Bomm Atom satu hari nnti, dengan kata lain, kenyataan rasmi “ISMA DIFITNAH”. Buat masa sekrang die akan carik maklumat, kelemhan dan apa2 jer. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM melenting..siap lah. Korang tgk, organisasi die org, safarah ada, kedutaan ada, Nadi UMNO ada. Byk pihak dieorang akan guna. Mmg giler bye bye la dieorg punya strategi (jgn pk aku puji). Hebat lah perancangan “jahat” korang. Ingat, kebatilan PASti akan lenyap jgk nnti. Jangan pk, plan2 korang ni diredhoi dan diberkati Allah. Jangan pk “ijtihad” korang ni benar dan tepat. hurm, tak tau la aku nak cakap cam ne.
Nasihat buat adik2 baru, kalau masuk ke bumi Mesir ni, kenal dl sapa itu “Husni Mubarak”, “Syeikhul Azhar”, “Ikhwan Muslimin” dll. Kenal betul2 baru pilih mana satu. Bukan kerana anutan kita “ikhwan muslimin” terus pergi dengan “ikhwan muslimin” ni.. mana satu yang harus diikut, mana satu yang benar, mana satu ada Ulama’ dalamnya. Mana satu dasarnya bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Ingat boleh main suka hati je ke pilih jemaah ni?. Masuk negara orang, ketuk dulu pintu rumah pastu bagi salam, kalau diizinkan masuk, bual2 kosong dl dngn tuan rumah. Kalau tuan rumah bagi syai..minum.. Kalau tuan rumah bagi penyapu..keluar, carik rumah yang lain pulak. Jangan terus nak pergi rumah perompak yang nak ajar kita cara merompak. Perompak die takkan kata die ni Perompak pada awalnya, tp die didik, didik dan terus didik sampai si tetamu tu akan rasa “Perompak adalah satu pekerjaan mulia”.
Kepada abang2 dan akak2, jaga lah adik2 baru ni, pk2 lah mana baik dan buruk, tanya ulama’2 kat sini. Tanya ulama’2 kat msia mana satu “Rumah” yang harus kita masuki dan berteduh di bawahnya. Kalau “rumah” tu “usang” sekalipun tapi masih lg boleh digunakan, tidaklah terlalu mewah, hanya guna daun nipah sebagai bumbung, beralaskan tikar mengkuang, berdindingkan kayu2 buruk tetapi yang duduk dalamnya alim ulama’, sebenarnya ia adalah “rumah” terbaik, kita sama2 baiki “rumah” tersebut kita tolong menolong menampal atap yang bocor. Bukan kita ambik jentolak musnah kan “rumah” usang ini. Walaupun dah lebih 70 thun rumah ini, tapi masih utuh dan kukuh walau “badai” datang menghempas, kerana Tuhan “Rumah” ini masih menjaga disebabkan di dalamnya ada Ulama’2 pewaris bagi para anbiyak.
Renung2kanlahh. Korang sebagai manusia muslim. Manusia yang belajar agama. Menuntu Ilmu. dan lain2 istilah.
Sumber: http://menjejakharapan.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment