dialog terbuka PENJELASAN ISU-ISU SEMASA “KUTUB SITTAH”



Selepas mendapat message offline dari kawan-kawan bahawa akan diadakan majlis penjelasan isu-isu semasa “Kutub Sittah” dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan Persekutuan Melayu Repubik Arab Mesir (PMRAM). Majlis yang dimaksudkan telah berlaku malam tadi di rumah Badan Kebajikan Anak-anak Selangor (BKAN Selangor).




Ratusan mahasiswa yang hadir untuk mendengar penjelasan berkaitan isu tersebut. Saya yang berkaki tiga (bertongkat sakit kaki dah seminggu main bola lawan Indonesia) datang jauh nun dari Muhafazah Zaqaziq semata-mata untuk mengambil bahagian mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak (PMRAM & JPMK).




Tapi sayang.. wakil JPMK (pihak Kedutaan) Prof. Jamil yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Pihak JPMK telah menghampakan perasaan ramai mahasiswa yang datang dari seluruh pelusuk Mesir. Beberapa orang dari pihak mahasiswa telah menghubungi saudara Jamil melalui telefon bimbit malangnya panggilan tersebut tidak dijawab.




Majlis Pembacaan Kutub Sittah 2009 bermula dengan Sohih Bukhari sebagai perinstis kepada tahun-tahun yang akan datang yang akan disusuli selepas ini dengan Sohih Muslim, Sunan Tarmizi, Ibnu Majah, Abi Daud dan Nasai yang akan memakan masa selama enam tahun. Majlis yang dihadiri ulama tersohor dunia berlangsung pada 17 – 20 oktober 2009 di dewan Azhar Conference Centre (ACC) baru-baru ini telah dihalang oleh sekeping surat dari JPMK kepada Sheikhul Azhar Sheikh Sayyid Tantawi.




Beberapa orang pimpinan PMRAM menjadi saksi melihat dengan mata kepala sendiri surat yang ditunjuk oleh pihak Azhar Conference Centre (ACC) tersebut di tanda tangani oleh si jamil. Antara isi kandung tersebut menyatakan “PMRAM umpama parti pembangkang kerajaan”. Si Jamil mengatakan tanda tangannya itu telah dicopy dan beliau juga mengatakan itu adalah desakan pihak atasan. Inilah antara alasan pelajar tadika yang selalu digunakan oleh pihak JPMK untuk menipu mahasiswa Azhar yang jauh lebih matang. Kalau benar tanda tangan beliau ditiru atau dicopy kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada mahasiswa dalam majlis penjelasan isu semalam. Kalaulah ada urusan yang tidak dapat dielakkan kenapa tidak menjawab panggilan telefon dari pihak mahasiswa? Kalaulah betul PMRAM umpama parti pembangkang, apa kaitan dengan majlis pembacaan hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan dihadiri ramai ulama tersohor dunia.




Saya cukup terharu mengenang pengorbanan sheikh-sheikh (Masyaikh) yang dijemput sebagai tetamu V.I.P sanggup membantu PMRAM. Mereka para Masyaikh menggunakan kredit telepon menghubungi AJK masjid, pihak polis dan masyaikh yang lain menyusun kembali jadual yang berlaku perubahan serta kekacauan dan perpindahan tempat angkara JPMK. Ada masyaikh yang datang jauh dari Iskandariah bersama anak isteri. Syeikh Dr. Yusri pada hari tersebut ada tugasan sendiri sanggup meluangkan masa bersama anak-anak Melayu yang dinaungi PMRAM, selepas itu beliau bergegas pulang ke hospital menyambung tugas sebagai doktor pakar bedah.




Para masyaikh yang hadir turut memuji atas kejayaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menganjurkan program yang cukup bermakna itu. PMRAM juga sekali lagi mencatat sejarah pada majlis penutup tersebut kerana dihadiri oleh seorang ulama terkemuka dunia Syeikh Dr. Ali Jumaah (Mufti Mesir) yang sudah sekian lama anak-anak Melayu disini merindui melihat dan mendengar sendiri kata-kata keramat dari bibir beliau secara langsung.




KONVOKESYEN SAFARAH/KEDUTAAN




Ada desas-desus mengatakan sebab surat dari JPMK itu diutuskan kepada Sheikh Azhar kerana PMRAM cuba mengagalkan Konvo yang akan dianjurkan oleh pihak Safarah/Kedutaan. Mengikut sumber sejarah dulu-dulu urusan berkaitan dengan pelajar termasuk konvokesyen dibawah uruselia PMRAM pihak Safarah/Kedutaan lebih kepada diplomasi antara dua kerajaan dan global. Sekarang apabila majlis konvokesyen PMRAM mendapat sambutan dan belaku sebaliknya di peringkat kedutaan maka pihak Safarah/Kedutaan bertindak meletakkan nafsu di depan akal. Terkini pihak JPMK telah mengugut mahsiswa tahun akhir yang tidak menyertai Konvo Safarah/Kedutaan akan dinafikan hak membuat urusan di Safarah/Kedutaan terutama urusan penterjemahan. Saya secara peribadi terkilan dengan sikap JPMK menyalahgunakan kuasa dan sesetengah mahasiswa yang berpendirian songsang sanggup mengatakan “kalau tak ikut konvo Safarah/Kedutaan payah nak minta kerja” dan “payah untuk urusan penterjemahan”. Bagi saya itu adalah ugutan semata-mata dan kepada yang berpendirian demikian, tolong jawab siapa yang memberi rezeki kepada kita dan semua makhluk yang hidup melata di muka bumi ini, pihak Safarah/Kedutaan atau siapa?




Jutaan terima kasih kepada pihak PMRAM dan semua “Adhoc” serta AJK pelaksana yang mengorbankan segenap kemampuan bagi menjayakan majlis bersejarah ini. Yakinlah kita di pihak yang benar, biarlah ia dihalang oleh pihak JPMK asalkan ia mendapat sambutan dan sokongan oleh para ulama tersohor yang jauh lebih alim dan mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t. berbanding tangan-tangan pengacau di JPMK..

1 comments:

Bet365 Casino & Promos 2021 - JTM Hub
Full list of Bet365 Casino & 출장안마 Promos · Up to £100 in Bet Credits for new customers at bet365. Min deposit £5. herzamanindir.com/ Bet microtouch solo titanium Credits available for use upon 바카라 사이트 settlement of bets to value of https://septcasino.com/review/merit-casino/

 

Post a Comment