Kewujudan ISMA adalah rancangan jahat musuh-musuh Islam

Sebelum ini masih ragu-ragu status ISMA yang dilihat atau nampak dari sudut luarannya sebagai jemaah Islam, Tapi sekarang, tidak syak lagi kemunculan ISMA di bumi Mesir merupakan rancangan jahat musuh-musuh Islam bagi melambatkan kemenangan dan kerja-kerja umat Islam dan pada masa yang sama berperanan memecah-belahkan rumpun kesatuan anak-anak melayu yang berada di bawah bumbung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagaimana telah diwarwarkan oleh para blogers sebelum ini sebagai parasit dalam perjuangan. Cuma setakat ini , tidak diketahui ini adalah perancangan musuh Islam diperingkat setempat atau antarabangsa, yang pasti mereka orang-orang ISMA ini parasit atau kemuncut dalam perjuangan.



Alhamdulillah.. bersempena kedatangan pelajar-pelajar baru ke perlembahan Nil ini Allah s.wt. telah menzahirkan siapakah sebenarnya ISMA di mata umum.



Jemaah ISMA telah mengorbankan prinsip sendiri bergabung dan berkerjasama dengan UMNO membawa lari pelajar-pelajar yang baru tiba di Mesir dari rumah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Secara tradisinya BKAN sebenarnya yang terlebih berhak mengambil dan bermesra dengan adik-adik yang baru sampai.



Kenapa agresif menyerang ISMA?



Seperti yang berlaku di terengganu, pengurusan pelajar-pelajar yang baru sampai sepatunya diuruskan oleh Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), UMNO dan ISMA tiada kaitan pun dalam urusan ini dan mereka semua ini bukan warga Terengganu pun. Tugas sambut pelajar dan jaga kebajikan pelajar adalah di bawah persatuan pelajar/BKAN, pegawai pun sedia maklum perkara ini, tapi inilah perangai ISMA dan UMNO yang suka melanggar arahan dan peraturan. ISMA dan UMNO mereka tidak sedikit pun rasa bersalah malah lebih selesa melanggar peraturan dan undang-undang. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sama seperti binatang balhum adol yang tidak menghirau akan peraturan sesuka hati masuk dalam pagar atau kebun-kebun dimana-mana yang mereka suka.



Jika ada lagi manusia mengatakan ISMA dan UMNO tiada masalah dan boleh lagi berintima’. Saya sendiri tidak mengerti manusia jenis apa!!! mungkin ada juga yang masih tidak tahu masalah sebenar.. golongan ini tidak la bermasalah sangat, yang lebih teruk orang yang sudah tahu kelakuan dan kecelaruan fikrah ISMA dan UMNO, tapi masih sayang untuk berganjak. Mereka ini boleh diklasifikasikan sebagai orang yang suka hidup dalam kesesatan dan sekaligus menolak kebenaran.



Saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang berada di dalam ISMA dan UMNO usah lama-lama membuang masa berada dalam jemaah yang kononnya memperjuangkan Islam. Semua itu kalam yang telah digula-gulakan oleh pemimpin-pemimpin kalian tentang erti perjuangan.



ISMA dan UMNO sejenis spesis yang suka hidup dalam kesesatan dan kebatilan. buktinya baru-baru ini BKAN Kedah ada menganjurkan Bicara Siswa, wakil mereka sudah dijemput untuk sama-sama duduk semeja berbincang dihadapan ahli secara terbuka, tapi itulah manusia cakap di belakang sedap sesuka hati. Bila betul-betul dijemput ke atas pentas mulalah mencipta alasan-alasan yang pelbagai. Selepas ini jika pihak-pihak terbabit dijemput oleh pihak PMRAM dan masih beralasan sama maka betul apa yang saya katakan diawal tadi mereka suka dengan KESESATAN dan kita mesti memulau segala bentuk kerja sama dengan mereka.



Adakah betul ISMA jemaah Islam?



Inilah ISMA, sebelum ini dilebal sebagai jemaah yang hebat dari sudut tarbiyyah dan dakwah fardiyyah. Tapi sekarang mereka telah menyembah dan sujud di telapak kaki Nadi UMNO. Nadi UMNO dan UMNO tak perlu diulas panjang semua telah maklum sebuah parti politik tinggalan dan warisan penjajah yang menentang keras sebarang bentuk perkembangan dan kebangkitan Islam.



Macam mana ISMA boleh mendakwa kumpulan mereka jemaah Islam. sedangkan apa yang kita semua maklum sifat sebuah jemaah Islam itu adalah Syumuliyyah. So.. macam mana dengan dakwah ISMA yang suka memilih mad'u. ISMA memilih individu-individu yang telah menonjol dan mereka mengabaikan individu yang rosak akhlak dan fikrah lantas bangun bangkit melaungkan ISMA TARBIYYAH HEBAT!!! MANTOP!!! beginikah dakwah yang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w main pilih-pilih bulu.



Jika benar ISMA sebuah jemaah tarbiyyah dan betul-betul sayangkan Islam, secara peribadi saya mencabar pihak ISMA membantah pihak kerajaan Malaysia yang sudah semakin hilang arah menganjurkan konsert beyonce sebagaimana pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menghantar memorandum membantah supaya konsert tersebut dibatalkan pada 25 oktober akan datang.



Ingatan untuk adik-adik baru



Kepada adik-adik yang baru sampai hati dengan kumpulan ini (ISMA). Mereka akan mendekati dan menarik adik-adik dengan cara terlalu halus. Tengok lambang di atas dan hati bila bersama mereka. Jangan mudah untuk menerima pelawaan dan mengikuti ajakan ke markaz-markaz mereka.

3 comments:

hahahahahahaha

 

Salam Akhi, anta apa khabar? Ana setuju dgn sebahagian post anta di atas, dan itukan bukti manusia tak sempurna, bukankah selagi suatu pergerakan mcm2 di pimpin oleh manusia, selagi itu ianya tak sempurna kan kan, kan sebaik manusia dia mengkritik dan beri solusi, yeke?

salah satu dari prinsip kita,

setiap pandangan boleh diterima dan juga boleh ditolak, melainkan dari Rasulullah,
jadi klu anta nak tolak ataupun terima kire oklah nie kan

 

HAHAHAHAHAHAHA

 

Post a Comment