Diskriminasi FIFA: Skuad Olimpik Wanita Iran dilarang meneruskan perlawanan kerana bertudung


GARA-gara memakai tudung dan jersi menutup aurat, skuad Olimpik Wanita Iran dilarang meneruskan perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 menentang Jordan, kelmarin.

Arahan tersebut dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa), sekali gus menyaksikan Jordan diberikan kemenangan percuma 3-0.

Fifa memberi alasan faktor keselamatan punca perlawanan tersebut dibatalkan, selepas pemain wanita Iran enggan menanggalkan tudung dan memakai seluar pendek seperti diminta pegawai perlawanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Iran, Ali Kafashian bagaimanapun berkata pihaknya akan mengemukakan aduan dan rayuan kepada badan induk bola sepak dunia itu berhubung perkara tersebut.

Ini bukan kejadian pertama melibatkan skuad Iran, tahun lalu ketika menyertai Kejohanan Olimpik Remaja di Singapura perkara sama melanda pasukan itu di mana pemain diminta menanggalkan tudung dan hanya dibenarkan bermain memakai skarf yang menutup bahagian atas kepala.



Sumber: SinarHarian

0 comments:

Post a Comment