Seperti biasa pada setiap kali jumaat saya ke masjid Namursi di Qaumiyyah untuk mendengar khutbat dan solat jumaat disana. Kerana disinilah satu satunya masjid yang berjaya mencuri hati saya untuk mendengar taujihat dan khutbah yang berdegar-degar menggegarkan jiwa. Apabila mendengar khutbah di masjid ini saya rasa seolah-olah sama dengan ciri-ciri khutbah nabawiyyah yang pernah dipelajari toerinya (lantang, wajah baginda kemerah dan sebagainya) di bilik kuliyyah di bawah tajuk Khitobah.
Hari ini bukan pengkhutbah yang biasa yang lantang suaranya itu yang cukup bersemangat penyampaiannya. tetapi pengkhutbah jemputan yang juga tidak asing dikalangan ahli jemaah kerana beliau (pengkhutbah) selalu saja dijemput.
Khutbah hari ni bertajuk "kemaafan" yang disampaikan oleh seorang khatib jemputan. khatib tersebut menceritakan sifat maaf adalah mulia, Allah bersifat dengan sifat pemaaf, begitu juga dengan semua utusan Allah swt dan banyak ayat al-Quran dan hadis nabi dibaca oleh syeikh tersebut. cukup menarik isi khutbah yang disusun oleh syeikh tersebut dari awal hingga akhir khutbah pertama.
bermula khutbah kedua dengan sedikit pujian kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. dan diakhhir khutbah ini khatib ada menyebut tentang sifat kemaafan rakyat terhadap penguasa yang zalim yang membuat kerosakan diatas permukaan bumi (Hosni Mubarak). selepas saja selesai solat bangun seorang ahli jemaah solat menuju kepada imam dan diikuti beberapa orang mengatakan sesuatu kepada imam seolah tidak setuju dengan cara penyampai imam mengunakan mimbar khutbah jumaat menyokong kezaliman yang dilakukan pemerintah (Hosni Mubarak).
Hosni Mubarak,83, dan isterinya yang ditahan kerana dakwaan rasuah akan memohon maaf kepada rakyat Mesir dan memulangkan aset mereka dalam percubaan terdesak untuk mendapatkan pengampunan, menurut satu laporan media.
Menurut laporan yang disiarkan akhbar tempatan Al-Shorouk bulan lepas, Hosni dilaporkan akan menulis sepucuk surat yang akan disiarkan stesen-stesen televisyen Mesir untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarga berhubung kesalahan yang pernah mereka lakukan terhadap rakyat Mesir.
Keadaan dalam masjid menjadi bertambah kacau bilau setelah ketidakpuasan ahli jemaah dengan imam tadi mengheret kepada muncul satu kumpulan lagi yang menyokong imam (pengkhutbah tadi). saya melihat pengkhutbah itu tidak menjawab apa-apa hujahan yang dilemparkan kepadanya. malah mengambil sikap berdiam dan masuk ke dalam bilik imam. Tetapi keadaan masih masih belum reda semakin rancak pendebatan antara dua kelompok yang menyokong dan menentang pengkhutbah jemputan itu. Suasana dalam masjid bertukar menjadi suasana di pasar dan masing tidak menjaga kesucian masjid.
Mungkin ahli jemaah yang bangun tadi tidak dapat menerima kezaliman dan kemungkaran yang merantai rakyat mesir sejak hosni menjadi pemerintah 30 tahun lalu. Mungkin juga dendam rakyat mesir cukup kuat terhadap penguasa yang zalim. Mungkin juga ada anggota keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa revolusi mesir yang berlaku beberapa bulan lepas yang meragut ratusan nyawa.
Saya terfikir sejenak, sebab apa perkara-perkara seumpama ini payah untuk berlaku di Malaysia. beratus-ratus penyelewengan pemerintah rejim Mahathir, Abdullah dan Najib dibongkarkan satu demi satu. Tapi rakyat masih membisu tidak berani tampil menyatakan kebenaran. apa yang malang ada pengampu-pengampu yang kerja mereka cukup jelek dan menjijikkan.
Saya mengharapkan para ustaz, tok imam, tok qadhi, tok mufti dan tok-tok yang lainnya supaya tidak menjadi pengampu kepada kerajaan zalim. Takut hilang punca pencari rezeki? takut hilang pengaruh? takut hilang kerja? Takutlah kita daripada hilangnya kasih sayang Allah swt kepada kita.
1 comments:
Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.
-Imam Al-Ghazali-
Post a Comment