KELAB ISTERI TAAT & ‘PELACUR KELAS PERTAMA’ & ULASAN


Naib Presiden Taat Dr Rohaya Mohamed (kanan) dan Faiziah Ariffin sebagai Presiden Kelab Isteri Taat

Dalam salah satu ucapan Menteri Besar Kelantan TGNA ada menyebut: “Seorang lelaki ingin daripada seorang wanita untuk menjadi isteri yang ideal, berperilaku baik dalam segala hal, dan mencurahkan cinta, penjagaan dan kasih sayang, manakala wanita ingin daripada suaminya agar menjadi seorang yang berperibadi kuat suaminya yang dapat dijadikan pergantungan, yang mampu memenuhi keperluan mereka, dan dapat memberikan keyakinan bahawa merekalah wanita terakhir di dalam hidupnya. Kepada golongan suami, jadilah insan yang terbaik kepada isteri anda!”

Setelah hampir seminggu saya mengikuti isu kelab isteri taat & ‘pelacur kelas pertama’, semakin hari semakin rancak dan menampakkan ada sesuatu motif rahsia yang mengiringi kenyataan pimpinan-pimpinan negara. kerana saya melihat kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Royaha salahnya bukanlah besar mana pun. hanya penggunaan istilah oleh beliau saja yang menimbulkan kontroversi. Tetapi isu ini telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seakan-akan mahu sahaja Kelab Taat Suami itu dinyahkan daripada senarai pertubuhan yang berdaftar.

kenyataan Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

Selain itu, Dr Rohaya Mohamed juga menerangkan kelab itu ditubuhkan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak seks suami, tetapi memenuhi tuntutan agama. Katanya, seorang isteri yang solehah perlu memenuhi empat kriteria yang digariskan dalam Islam iaitu sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan diri dan taat kepada suami.

Dr Rohaya Mohamad berkata, kaum wanita seringkali lupa bahawa sebagai “isteri yang baik” mereka juga perlu memenuhi keperluan suami di bilik tidur.

Pendapat saya maksud Dr. Rohaya itu kesediaan yang bersungguh-sungguh seorang isteri untuk berkorban untuk si suami walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Tidak pula bermaksud suami itu menyamakan isteri mereka seperti pelacur. Perlacur dan isteri tetap tidak sama dan tidak boleh disamakan. Pelacur dan pelacuran satu yang hina dan menjijikan. Manakala isteri dan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci yang diredhai Allah dan suami isteri saling melengkapkan antara satu sama lain.

Selepas itu muncul pula kenyataan “isteri bukan objek seks kepada suami”

Jika kita lihat sekarang ini masyarakat Malaysia bising jika dikatakan wanita dilayan sebagai objek seks suami. tetapi pada masa yang sama tidak pula mereka bising wanita menjadi objek dalam majalah dan TV ... mengapa mereka bising jika isteri dijadikan objek seks kepada suami mereka? sedangkan ia adalah sah dan diharuskan oleh Allah swt.


Bagi saya dunia Malaysia sekarang sudah jauh menyimpang dari ketentuan wahyu Allah swt. seolah-olah umat ini tidak pernah diutuskan seorang Rasul pun sebagai penunjuk jalan hidayah. puncanya ialah kerana peranan golongan ulamak dan golongan berpendidikan agama dikesampingkan dan semakin dikecil ruang dan peluangan mereka. dalam hal ini ulamak bertegas, kenapa kita mengunapakai ketetapan dan perundangan yang dibuat oleh manusia disamping kita mengenepi hukum-hakam dan ketetapan daripada Allah swt. hari ini ramai yang mempertahankan Sister In Islam (SIS), satu pertubuhan yang memperjuangankan hak kebebasan wanita tanpa mendasari kebenaran dan telunjuk wahyu, lebih malang perjuangan mereka berasaskan nafsu dan akal pendek. seorang wanita bernama Amina Wadud didakwa sebagai antara pengasas SIS. Amina Wadud wanita yang pernah mencetuskan kegemparan di seluruh dunia apabila beliau dengan berani mengimamkan solat Jumaat pada 28 Oktober 2005 dengan makmumnya bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Kegemparan ini menimbulkan rasa marah dan kecaman dari majoriti umat Islam di seluruh dunia.

Dr. Amina Wadud

Amina Wadud ialah seorang wanita, feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25 September 1952 di Bethesda, Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari Arab, Berber dan Afrika pada kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau.

Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan Pengajian Quran dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar.

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di Universiti Commonwealth Virginia (Virginia Commonwealth University) di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang lama semenjak 1989.

Teguran buat media arus perdana berkaitan isu ‘pelacur kelas pertama’

Apa yang saya ingin ulas disini pihak media tidak pandai melihat siapa mereka yang berautoriti memberi kenyataan berkaitan isu agama seumpama ini. hari ini Berita harian mengambil artis sebagai pengukuh hujah media menyerang Kelab Taat Suami itu. Ternyata kenyataan artis tersebut salah dalam mengunakan perkataan ‘HARAM’ tidak kena pada situasi yang berlaku. berikut adalah kenyataan artis tersebut.

“Walaupun isteri adalah hak mutlak suami, ‘HARAM’ untuk suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan daripada isteri kerana golongan Hawa dilahirkan bukan sekadar untuk menjadi tempat golongan Adam memuaskan nafsu mereka.

Setakat pengajian yang saya terima. tidak ada maksud haram kepada suami yang ingin menunaikan hajat ke atas isterinya.

menjadi kewajipan ke atas wanita menunaikan permintaan suaminya untuk berjimak sehingga suaminya dapat mengawal dirinya. perkara ini wajib dilaksanakan pada setiap kali permintaan suami untuk berjimak selagi mana tidak terikat dengan kewajipan lain seperti puasa di bualn ramdhan, ihram dimusim haji atau dia didatangi haid atau nifas. atau suami itu meminta untuk meliwatnya atau dia sakit yang tidak mampu untuk berjimak walaupun sakit yang berbentuk jiwa. manakala di dalam keadaan tidak bersangkutan dengan hak yang lain dan tidak ada uzur syar’ie maka dia wajib menunaikan kpermintaan sauminya. (Dr. Saadduddin mas’ad hilali, Prof. Fiqh perbandingan, Universiti Al-Azhar)

Berdasarkan hadis Talaq bin Ali, bahawa Nabi saw bersabda maksudnya:

Apabila seorang lelaki memanggil isterinya untuk keperluannya (jimak) maka hendaklah dia tunaikan walaupun berada di dapur (memasak)

Jumhur ulamak berpendapat bahawa seseorang isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak sekiranya tidak ada sebab syar’ie dalam bertuk bersungguh bukannya bermanja maka dia dianggap nusyuz (derhaka) dan diboleh digantung nafkah. ini adalah sebahagian pendapat ulamak hanafi, pedapat masyur di dalam mazhab maliki dan ia adalah pendapat syafie dan hambali. (Dr. Saadduddin mas’ad hilali, Prof. Fiqh perbandingan, Universiti Al-Azhar).

Pernah dulu isu hudud di perdebatan. golongan yang memperjuangankan hukum Allah ini diwajah hina dan dibobrokkan sebagai usaha kembali kepada zaman mundu. sekali lagi pihak media mengambil langkah tempang dengan meminta pendapat mereka-mereka yang tiada berautoriti menjawab isu tersebut. Mana boleh kita meminta jawapan kewajaran hukuman hudud dipraktikkan di Malaysia dengan kita bertanya kepada mat-mat rempit dan penjual goreng ditepi-tepi jalan. ini tidak adil dan amanah.

Ketidakamanahan media arus perdana hari ini sama kesnya juga dengan kenyataan Perak Mufti Datuk Sri Harussani Zakaria mengenai video seks anwar yang pihak media tidak menyiarkan sepenuhnya ulasan beliau. Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” kata Harussani kepada The Malaysian Insider. Dalam isu video seks anwar, Utusan Malaysia perlu bertanggungjawab kerana tidak amanah menyebarkan berita yang jujur dan tepat.

Satu kisah telah berlaku di zaman Saidina Umar r.a ketika mana Saidina Umar r.a mahu keluar ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Beliau telah terserempak dengan seorang lelaki dan seorang wanita sedang berzina. pada siangnya saidina umar mencerita kejadian kepada Saidina Uthman. lantas Saidina Uthman bertanya Saidina Umar: kamu melihat kejadian itu dengan berapa orang saksi?. Saidina Umar menjawab: tiada bersamaku saksi, ketika itu aku bersendirian. lalu membalas Saidina Uthman: kalau begitu jika engkau ingin menjatuhkan hukum terhadap penzina tadi, engkau yang kena hukuman qazaf (tuduh zina). maka dengan pantas Saidina Umar menjawab: aku tak Nampak apa yang berlaku (Saidina Umar terpaksa menarik balik sebab beliau bersendirian melihat kejadian itu tanpa hadir 3 lagi saksi yang lain. Tengok!!! manusia yang bertaraf amirul mukminin dan dijanjikan syurga oleh Baginda saw pun tidak berani mengatakan seseorang itu berzina lantaran tiada 4 orang saksi yang adil melihat jenadian tersebut.

Islam datang membawa keadilan

Maksud adil dalam Islam bukan sama berat, bukan sama besar, sama ringan dan sama kecilnya. Islam mengatakan adil itu meletakkan sesuatu itu kena pada tempat. Jika orang muda yang gagah perkasa kita suruh mereka mengangkat 50kg berat sesuatu barang. Maka kita tidak menyuruh orang tua yang lemah tak bermaya mengangkat benda yang sama timbangan beratnya dengan. Itu tidak adil namanya.

Hari ini dalam soal rumah tangga para isteri melihat keadilan itu suami isteri mesti buat kerja sama kuat dan sama letihnya. Tujuannya untuk mencapai kesaksamaan dan keadilan. Kalu mengikut akal manusia memang itulah yang dikatakan adil. Tetapi Islam tampil memberi jawapan yang demikian itu tidak adil kerana kerja-kerja rumah yang biasa menjadi tanggungjawab isteri dan yang biasa dibuat oleh isteri itu tidaklah besar dan berat berbanding tanggungjawab yang Allah swt pundakkan ke atas bahu lelaki atau suami.

Seorang lelaki atau suami bukan bertanggungjawab memastikan setiap ahli keluarga dibawahnya selamat dan bahagia di dunia sahaja. bahkan terselamat daripada jilatan api neraka Allah swt. Jika diabaikan amanah ini si lelaki atau suami akan dihumbang ke dalam neraka jahanam. Bebanan tugas dan amanah lelaki atau suami tidak terhenti setakat dunia ini saja. Bahkan di akhirat hendaklah dipastikan supaya mereka (lelaki atau suami) tidak ditarik ke dalam neraka jahanam oleh kaum sendiri iaitu anak2 dan para isteri.

Tidakkah kita tidak tergiur dengan kenikmatan dan ganjaran syurga yg Allah swt sediakan kepada kita khusus para wanita yang sentiasa taat dan patuh kepada para suami? Lebih-lebih lagi wanita cukup mudah untuk mendapat syurga dan tidak susah juga wanita itu dihumbang ke dalam neraka berbanding kaum lelaki sebagaimana disabdakan oleh baginda saw antaranya: Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Berkata Ibnu Abbas r.a bahaaw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai berserta syaitan dengan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali."

Islam membela maruah dan martabat wanita

Mengangkat martabat wanita yg saya maksudkan ialah menjadi AHLI SYURGA. Hujung jatuh atau nasib untung iaitu syurga atau neraka bagi seorang wanita adalah ditentukan oleh suami..

Gelaran ‘Isteri’ dalam Al-Quran

Perkataan yang AllahSWT gunakan dalam Al-Quran bagi menunjukkan suami ataupun isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris perkatan untuk suami ‘husband’ manakala perkata untuk isteri ‘wife’. Sementara dalam bahasa perancis pula, perkataan untuk suami ialah ‘mari’ manakala perkataan ‘femme’ untuk isteri. Dalam Al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dengan dua perkataan yang berbeza iaitu ‘zaujuh’ dan ‘zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan bagi kedua-duanya iaitu ‘zaujuh’ yang bermakna ‘pasangan’. Islam melihat suami dan isteri sebagai pasangan, penutup dan juga pelindung antara satu sama lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna kaum lelaki dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada wanita. Namun, gelaran ‘zaujuh’ ini hanya diberikan kepada isteri yang sama-sama beriman seperti suami mereka. bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak sibut sebagi zaujuh. contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Dalam al-Quran mereka disebut ‘Imraah’ kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya. (Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Bunga kebahagiaan)

Bahagian tubuh wanita dianugerahkan nama yang mulia

Dalam tubuh seorang wanita, ada bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu ‘rahim’. perkatan ini diambil daripa nama Tuhan, yang bermaksud ‘Maha Penyayang’. Allah swt tidak akan memberi nama yang semulia itu kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu dia kan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nana yang begitu mulia. Rahim inilah penghubung kepada semua makhluk. Di dalam rahim inilah wanita menjaga dan melahirkan ciptaan-Nya. Anugerah rahim kepada kaum wanita ini bukti mereka dimulia oleh Allah swt. (Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Bunga kebahagiaan)

Jangan jadi isteri yang nusyuz

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Antara tanda seorang isteri derhaka ialah tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


Wallahu'alam..




Rosdi Latif As-Syarqawi

Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir

Universiti al Azhar, Mesir

0 comments:

Post a Comment