Minggu ini penuh dengan kehinaan

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Unversiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh dengan ‘kehinaan’.

“Saya khuatir sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap segala yang berlaku pada minggu ini,” katanya.

Safwan dalam kenyataannya menyatakan sedemikian merujuk kepada beberapa rentetan peristiwa yang sedang heboh diperbincangkan masyarakat ketika ini.

Sabtu lalu, katanya selepas perlawanan Piala FA, kecoh tentang isu rakyat menghina Yang di-Pertuan Agong.

Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.

Mereka dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila.

“Dan semalam kecoh tentang isu sebuah akhbar tempatan hina hukum Allah,” tambahnya merujuk karikatur dalam Utusan Malaysia yang menghina hukuman kes rogol.

Tambahnya, perkataan ‘jihad’ juga dihina oleh penganut Islam sendiri.

Belau merujuk kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ail yang memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan ‘perang jihad’ jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Tambahnya, wang rakyat juga ‘dihina’ dengan begitu rakus sekali yang merujuk kepada perbelanjaan RM1.8 juta semata-mata untuk menyelenggara satu Facebook.

“Saya lihat beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini adalah berpunca daripada kesilapan kita sendiri.


Sumber: HarakahDaily.net

0 comments:

Post a Comment