Semalam Malaysia digegarkan dengan kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed berkata 'isteri kena layan suami macam pelacur kelas atasan'
Hari ini pula kecoh dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang melihat kenyataan Dr Royaha sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam dan meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula pendaftaran kelab berkenaan yang disifatkan menimbulkan rasa tidak senang wanita Islam.
saya tak nmpak kenyataan tidak menjatuhkan martabat Dr Rohaya jatuh imej Islam dan Wanita. Apa yang saya lihat Dr. Masyitah yg tak faham. tugas utama wanita apabila bergelar isteri bukan sahaja memasak, basuh pakaian kemas rumah. malah Islam mengajar lebih daripada itu isteri sebagai pelengkap kepada suami. Seorang isteri WAJIB mengikuti segala arahan suami selagi mana arahan tersebut tidak menyalahi syariat..
hatta arahan suami lebih besar dan lebih kuat daripada arahan pembesar. contohnya jika isteri dijemput ke istana oleh pembesar, maka si isteri tidak boleh keluar pergi tanpa keizinan daripada suami.
lebih-lebih lagi dalam soal hubungan kelamin, isteri hendaklah menerima ajakan suami tanpa tangguh dan berlengah dan memenuhi apa saja kehendak suami pada bila-bila dan di mana-mana saja. Sehingga Nabi saw berpesan: Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta
mana-mana isteri yang tidak mahu memenuhi kehendak suami mereka akan dilaknat oleh Allah swt. bukan kata tidak mahu memenuhi kehendak suami, bahkan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan Allah sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
Mut’akhir ini timbul “isu suami rogol isteri” sepatutnya isu ini tidak timbul dalam masyarakat islam kita pada hari ini. Ada tiga sebab terjadi isu-isu yang bejat seumpama ini. Pertama, sifat jahil yang menebal dalam diri setiap anggota masyarakat. Kedua, pihak berkuasa yang menggubal undang-undang terutama yang berkaitan kekeluargaan tidak mesra syariat. Ketiga, perjuangan kumpulan Hak Asasi Manusia tidak mendasari kebenaran dan telunjuk wahyu, lebih malang perjuangan mereka berasaskan nafsu dan akal pendek.
Apabila saya membaca kenyataan Dr Rohaya yang disiarkan BHarian (disini) tidak ada yang salah cuma mungkin dari sudut penggunaan bahasa sahaja yang menimbulkan sedikit kegusaran pembaca. Kenyataan yang berani dan tegas seperti Dr Rohaya ini perlu dijadi contoh oleh semua wanita lain kerana ia bukan sahaja mengangkat martabat wanita malah memelihara agama daripada tangan-tangan jahat musuh Islam.
Wallahu’alam
11 comments:
tengok gak la laki yang macam mana....laki skrg ramai yang tak guna...menyemakkan hidup je...tanggungjawab diorang, jarangla diorang buat ikot kehendak Islam...tapi bab2 sex ni laju je ikot cara Islam...patut la ramai pompuan yang takot nak kawin skrg ni..taat pon taat bertempat la....korang buat btul2 tanggungjawab korang...baru la wife pon leh buat btul2 tanggungjawab diorang....ini kalau beli barang bulan pon duit bini, minyak kete duit bini, paih tu nak layanan first class dari bini...mana ada jalan....laki gatal pon salah bini gak ke?? ingat bini ni ape?? robot? tak reti nak berehat?? siang kerja...malam kerja.....anak2 punya hal pon laki lepas tangan kat bini..habih tu laki buat apa? just bayag one off duit hantaran pastu goyang kaki seumo hidup???
mengangkat martabat wanita? bagaimana pulak kenyataan tersebut mengangkat martabat wanita? dengan menyamakan wanita sebagai pelacur???
jawapan tuk soalan yang pendek tu
Maksudnya kesediaan yang bersungguh-sungguh seorang isteri untuk berkorban untuk si suami walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Tidak pula bermaksud suami itu menyamakan isteri mereka seperti pelacur. Perlacur dan isteri tetap tidak sama dan tidak boleh disamakan. Pelacur dan pelacuran satu yang hina dan menjijikan. Manakala isteri dan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci yang saling melengkapkan antara satu sama lain.
Mengangkat martabat wanita yg saya maksudkan ialah menjadi AHLI SYURGA. Hujung jatuh atau nasib untung iaitu syurga atau neraka bagi seorang wanita adalah ditentukan oleh suami..
Tidakkah kalian tidak tergiur dengan kenikmatan dan ganjaran syurga yg Allah swt sediakan kepada para wanita yang sentiasa taat dan patuh kepada para suami? Lebih-lebih lagi wanita cukup mudah untuk mendapat syurga dan tidak susah juga wanita itu dihumbang ke dalam neraka berbanding kaum lelaki sebgaimana disabdakan oleh baginda saw antaranya: Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
Berkata Ibnu Abbas r.a bahaaw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai berserta syaitan dengan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali."
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Antara tanda seorang isteri derhaka ialah tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
.. di zaman hiburan gila-gila ini payah untuk lelaki mencari wanita yang solehah sebagai pasangan hidup, satu dalam sejuta belum tentu ada. Apa yang ramai wanita sekarang bnyak mengeluh tidak puas hati itu ini. Malah ada yg sanggup menyaman suami sendiri di mahkamah atas alasan yang remeh-temeh.
jawapan tuk soalan yang panjang di atas tu..
dlm masalah ini tidak lain dan tidak bukan jalan penyelesaiannya hendaklah dibawa berbincang.. Suami juga perlu memahami isi hati isteri mereka. Bukanlah tujuan perkahwinan itu untuk menjadikan isteri sebagai orang gaji. Amat malang ada berlaku dalam masyarakat kita berkata si ibu kepada anak lelaki mereka: “berkahwin lah kau mat, senang ckit ad orang jaga makan minum kau” . Disini menampakkan tujuan perkahwinan itu untuk meringankan beban sebelah pihak dan melimpahkan bebanan kepada pihak lain.
Sepatutnya saling bahu membahu antara pasangan suami isteri dan saling paham memahami itulah petua kebahagian berumah tangga.. ke macam mna org yg dh kahwin? Mdah2an betul kut!!!
Apa yang saya ingin tegaskan taat isteri kepada suami tidak ada istilah “taat pun taat bertempat”. Bimbang takut kita dikira isteri yang derhaka disisi Allah. Isteri mesti taat seratus peratus kepada suami kecuali dalam perkara maksiat kepda Allah.
لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق
Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah
Maaf, saya masih dengan pendirian saya, taat pon taat bertempatla....sebab saya yakin Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih dan Allah tidak suka hambaNya menzalimi diri sendiri. Jadi kalau ada isteri yang rasa dia dizalimi, dia perlulah bangkit mempertahankan haknya, bukan taat sembrono..
lelaki hanya tau bercakap sbb tak kena batang idung sendiri...let us shift duty...laki, tolong pi beranak, jaga anak, jaga rumah,masak, basuh baju,seterika baju, kadang2 beli barang bulan, siang pi kheja, malam perform nalla punya kat bedroom.....cuba la untuk seminggu...tgk lenyau tak badan...
kalau tugas laki stakat pi kheja siang, malam lepak kat kedai mamak tgk bola, pastu balik nak layanan fes class dari bini...mmg la no complain...
saya jugak teringin nak bukak satu kelab...nak daftar kat mana ye?? Kelab Suami Bertanggungjawab/Penyayang/Anti-klentong bini/Tidak penting diri/Muka maintain hensem/Perut tidak boroi
ok tak kelab tu???lelaki2 yang pandai berhujah meh le join ye...
Wallahualam....Segala Sabda Rasulullah SAW yang dinyatakan itu mmg benar belaka, tapi masalahnya, adakah suami2 pada zaman sekarang ni mengamalkan cara hidup berumahtangga spt Rasulullah SAW? Kenapa tanggungjawab isteri sahaja diambil kira berlandaskan hadith ttp tanggungjawab suami berlandaskan hadith langsung tidak diikuti? bukankah suami itu ketua, spatutnya ketualah yang menjalankan t'jawabnya terlebih dahulu, barulah pengikutnya boleh menjalankan t'jawabnya....saya bukan ahli SIS atau apa ke...saya cuma ingin satu solusi yang adil, supaya imej Islam tidak lagi diperburukkan oleh non-muslim....sebab saya amat yakin, Islam, agama fitrah saya adalah agama yang sangat adil..adil di dunia, adil di akhirat..
Maksud adil dalam islam bukan sama berat, bukan sama besar, sama ringan dan sama kecilnya. Islam mengatakan adil itu meletakkan sesuatu itu kena pada tempat. Jika orang muda yang gagah perkasa kita suruh mereka mengangkat 50kg berat sesuatu barang. Maka kita tidak menyuruh orang tua yang lemah tak bermaya mengangkat benda yang sama timbangan beratnya dengan. Itu tidak adil namanya.
Hari ini dalam soal rumah tangga para isteri melihat keadilan itu suami isteri mesti buat kerja sama kuat dan sama letihnya. Tujuannya untuk mencapai kesaksamaan dan keadilan. Kalu mengikut akal manusia memang itulah yang dikatakan adil. Tetapi Islam tampil memberi jawapan yang demikian itu tidak adil kerana kerja-kerja rumah yang biasa menjadi tanggungjawab isteri dan yang biasa dibuat oleh isteri itu hanyalah kecil berbanding tanggungjawab yang terpundak atas bahu lelaki atau suami.
Seorang lelaki atau suami bukan bertanggungjawab memastikan setiap ahli keluarga dibawahnya selamat dan bahagia di dunia sahaja. bahkan terselamat daripada jilatan api neraka Allah swt. Jika diabaikan amanah ini si lelaki atau suami akan dihumbang ke dalam neraka jahanam. Bebanan tugas dan amanah lelaki atau suami tidak terhenti setakat dunia ini saja. Bahkan di akhirat hendaklah dipastikan supaya mereka (lelaki atau suami) tidak ditarik ke dalam neraka jahanam oleh kaum sendiri iaitu anak2 dan para isteri.
Tak boleh, tetap tak boleh. Mana boleh kena ada statement macam ni. Karut belaka. Banyak cara lain nak puaskan suami. Perangai kena jaga.
Pelacu kelas atasan mampu dimiliki. Kalau dah bini macam pelacur kelas atasan atas katil, takkan mau sesuka hati? Tak boleh.
Hubungan ada cara, ada adab, ada tujuannya. Kalau dah macam menggauli pelacur? Ish, rosak nanti. Tak boleh.
Bala, bala..
Kalau dirujuk kembali statement dr.Rohayah tu ada mengatakan :
Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.(saya copy bulat-bulat tu)
Perkataan sudah pasti tidak akan curang menimbulkan sedikit keraguan dalam diri saya. Soalannya, adakah kehebatan servis ranjang yang bakal ditawarkan isteri itu menjamin suami tidak akan curang? Adakah perkhidmatan seks itu merupakan nilai utama sedangkan kita punya banyak elemen lain yang lebih penting yang perlu dijaga sebagai isteri. Bagaimana kalau isteri itu kuat membebel,tetapi memberi perkhidmatan seks paling hebat kepada suami. Adakah suami akan bertahan juga? Jadi, adakah perkahwinan itu bertahan kerana seks?
Pendidikan rumahtangga memang penting. Saya maklum pada objektif pertubuhan ini. Tapi hati-hati pada penggunaan istilah. Istilah yang salah akan menyebarkan makna yang salah. Pelacur sanggup mengulum zakar dan menelan air mazi malah membuat seks luar tabiee. Jadi, bagaimana lagi kita bisa jadi lebih hebat dari mereka?
Renung-renungkanlah...niat yang betul susah mau jadi betul kalau sudah caranya tak berapa betul.
apa semua ni?????mmg seorg istri perlu mngikut kata2 suami,namun kalau ianya brcggh dngn Islam???perlu ke kita ikut????sebb tu lah...prkara2 y tdk sptutnya brlaku kini trjadi....sebb tulah kita prlu mncntohi nabi muhammad s.a.w, dalam arus kehidupan...
Tgk pada coment ni semuanya dah lama brtahun2 yg lepas.. Patutlah Allah bg hak talaq itu pd kaum lelaki, klau dpt ke kaum wanita, hari2 dia nak ceraikan suaminya.. Dan kepada yg komen dgn penuh emosi tu, nasihat saya agar bertaubat dan baiki hubungan kita dgn Allah, dgn suami dan masyarakat..
Apa yg kalian cuba sangkal semuanya berdalil dan diterangkan sendiri oleh Rasulullah..
Isteri yg ada iman dan taat pd Allah, akan taat pd suaminya kerana mengharapkan dengan bersungguh sungguh akan keundahan syurga..
Tetapi jika tidak, kalian sendiri tahu dimana tpt kalian kelak.. Nauzubillah...
Nasihat saya sbgai lelaki.. Jgn derhaka pd suami, kat luar tu perempuan lg ramai dr lelaki.. Yg bini byk bunyi dan byk lagu ni layak terima madu utk bg kesedaran.. Biar masing2 berlumba2 utk cari redha Allah..
Jika suami masih syg la..
Permikiran manusia ini.. bergantung kepada ilmunya... so.. xperlu nk kecam pun... statment ini... perkataan mcm.. bukanlah menyamakan.. tetapi nk mudah faham... bukan lah 100% perlu diikuti... sekadar mengikat kasih sayang..
Post a Comment