Mengguna kitab Utusan Malaysia bagi menyerang Ustaz Nasha


Saya ingat selepas sahaja muktamar, tak ada lagi siri-siri kempen sehingga melampaui batas dan agama terutama kepada kumpulan blogger yang pernah disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "blogger celako".

Saya masih percaya kekalahan ustaz Nasha dalam pemilihan baru-baru ini bukan daripada kesan kempen tapi atas diri beliau sendiri dan mood perwakilan yang nak sesuatu yang lebih terserlah. Sebagaimana pernah berlaku orang menolak Ustaz Hassan Shukri, bukan kerana dia tak bagus. Ustaz Hassan adalah 'hamba abadi' parti! Jiwa dan raganya adalah untuk PAS.

Terbaca blog Zainul Faqar dan meneliti secara halus tulisan yang jelek dan hina. Masih menjadikan Utusan Malaysia sebagai sumber rujukan dalam penulisan blognya.

Menyerang Ustaz Nasha menggunakan hujah Utusan secara halus dan tidak bertanggungjawab.

Dia ini telah dimasukkan ke dalam harakah, menjadi pemberita semasa dia belum lagi jadi ahli PAS. Pasal itu tidak hairan kalau dia boleh mencerca ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS tertekala semua orang memuji ucapan tersebut. Dan paling menyedihkan Presiden PAS dicerca oleh wartawan harakah sendiri sedangkan pada masa itu wartawan lain ada yang memuji!

Selepas dikeluarkan daripada Harakah, dia menjadi wartawan Malaysian Insider. Sehingga saya terfikir kenapa sebelum ini Malaysian Insider mendapat maklumat 'firsthand' tentang berita-berita PAS yang mana berita ini hanya boleh diperolehi daripada wartawan kanan harakah sahaja.

Tak lama selepas itu, dia juga dikeluarkan daripada Malaysian Insider (pecat). Tapi biasalah kalau tak ada kebolehan dalam bidang wartawan atau menulis, siapa nak yang nak tanggung?

Saya tak tahu dia berkerja dengan siapa sekarang ini. Tapi sebelum pemilihan muktamar PAS baru-baru ini dia ibarat sebagai 'anjing upahan'.

Selagi ada manusia yang tak boleh berfikiran rasional dalam PAS, menerima hakikat perjuangan. saling tolak ansur selagi itu PAS nampak tak aman dengan 'bunga-bunga' fitnah. Walaupun mereka ini tak ramai tapi 'api syaitan' sentiasa membuatkan kita menjadi tak menentu.

Sumber: blog tin-buruk

0 comments:

Post a Comment